GENG LENSA HIDUP

23 June 2013

KENAPA MALAYSIA TAK MARAH... BILA DILANDA JEREBU?



PETALING JAYA: Pengarah Jabatan Perhutanan Riau, Zulkifli Yusuf berkata, ladang syarikat dari Malaysia adalah antara yang terbakar di wilayah itu.

Kebakaran hutan di Sumatera menyebabkan jerebu dan asap tebal melanda Singapura dan Malaysia terutama di Johor dan Melaka.

Kata Zulkifli, antaranya ialah PT Langgam Inti Hibrida, yang berada di kawasan Desa Sering, Pelalawan, Kabupaten Pelalawan.

"Titik panas lain berada di kawasan ladang milik PT Bumi Reksa Nusa Sejati yang berada di Desa Simpang Kareman, Kecamatan Pelagiran, Kabupaten Indragiri Hilir.“Manakala yang lain terbakar adalah milik PT Tunggal Mitra Platation, PT Abdi Platation, PT Jati Jaya Perkasa, PT Udaya Loh Dinawi dan PT Mustika Agro Lestari.

"Semuanya milik modal asing dari Malaysia.“Jadi kami meluruskan (menjelaskan), itu bukan data yang dikeluarkan Jabatan Pehutanan. Titik panas itu dirakam satelit Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) dari peta kami melihat kawasan itu berada di ladang warga dan milik asing,” kata Zulkifli seperti dilapor viva.co.id.

Dalam perkembangan berkaitan, satelit pemantau cuaca dan pengesan panas bumi (NOAA) milik Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Riau mengesan 148 titik panas di wilayah itu.

Pemantauan Jabatan Perhutanan Riau, titik yang dirakam satelit sebahagian berada di kawasan ladang dan hutan tanaman industri milik Malaysia.

Channel News Asia pula melaporkan sebanyak 70 titik panas ditemui di Sarawak dan enam di Kelantan. Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan dibandingkan tahun-tahun sebelumnya dan cuaca di Malaysia panas dan kering.


Ini sekaligus menunjukkan kebakaran hutan ternyata tidak hanya terjadi di Indonesia yang menyebabkan asap dan jerebu melanda Malaysia dan Singapura 

SUMBER:  Free Malaysia Today

PALANIVAL LEBIH PENTINGKAN PANDA?


KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendakwa Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel lebih mementingkan keselamatan panda berbanding rakyat negara ini yang sedang berdepan ancaman kesihatan ekoran jerebu.

Menurut Guang Eng, Palanivel selaku menteri bertnggungjawab sewajarnya memberi keutamaan kepada masalah pencemaran jerebu yang semakin serius.

"Palanivel lebih pentingkan panda-panda dari Cina berbanding jerebu.

"(Padahal) lebih penting dari panda adalah manusia, iaitu rakyat Malaysia," kata Guan Eng pada sidang media selepas majlis pembukaan Konvensyen Kepimpinan Pakatan Rakyat di sebuah hotel di Ampang hari ini.

Guang Eng dipercayai mengulas tindakan palanivel semalam menghadiri majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai perlindungan dua ekor beruang panda gergasi dari Cina di Zoo Negara.

Difahamkan kedua-dua beruang panda itu akan tiba di Zoo Negara pada Disember ini.

Sedangkan menurut Guang Eng, dalam keadaan meruncing seperti ini, Palanivel seharusnya perlu fokus kepada bagaimana mencari penyelesaian untuk menjaga keselamatan rakyat.



"Kita mengharapkan tindakan lebih cepat, dan kita di pihak Pakatan Rakyat sedia untuk memberi kerjasama.

"Pada masa sekarang sekurang-kurangnya kerajaan sudah boleh mengedarkan topeng muka percuma kepada rakyat," katanya.

Tindakan kecemasan

Sementara itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media sama menggesa kabinet Datuk Seri Najib Razak segera bersidang bagi membincangkan pelan kecemasan bagi mengelakkan masalah jerebu semakin teruk.

"Kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia juga perlu mengadakan persidangan segera mengatasi masalah ini.

"Malayisa tidak boleh berdiam diri, meskipun yang terlibat (membuat pembakaran terbuka) adalah syarikat-syarikat kroni," kata Anwar.

Kerajaan Indonesia dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya mengenal pasti sebanyak lapan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Malaysia sedang disiasat kerana melakukan pembakaran di Riau dan Jambi, yang mengakibatkan jerebu sehingga memberi ancaman kepada negara jiran Malaysia dan Singapura.

Dalam perkebangan lain, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang di Johor berkuat kuasa serta merta selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 750 pagi ini.

ANAK AKU PERGI KURSUS...

salam dan selamat sejahtera

semoga semuanya sihat selalu...

fenomena seseorang pekerja untuk pergi berkursus satu perkara biasa... nak nak bila ade sesuatu yang baru... haruslah mereka akan dihantar berkursus...

haaaaaaaaaaaaaaaaaa
tapi yang aku paling tak boleh belah... golongan mak mak ni... suka bercerita kat jiran tetangga... dengan rasa bangganya anak mereka dihantar berkursus...

bak kate opah aku...
kalau kena pergi kursus tu bukan la pandai sangat... sebab tu kena pergi kursus selalu sangat... hu3

cuma kadang-kadang mak mak ni suka sangat dok bercerita kat orang lain yang anak diaorang gi kursus...

aku contohkan kat sini...

kalau nak gi haji... tapi lom tau cara nak nak wat haji... so kena la pegi kursus haji... ye tak?

kalau nak kawin kena pergi kursus kawin... dan macam macam lagi...

so...

dipendekkan kata... sesiapa yang dikehendaki pergi berkursus tu... maksudnya masih ade yang kurang la... so tak payah la nak buat ayat riak cite kat orang lain yang anak tu... pergi kursus...

sekian...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...