GENG LENSA HIDUP

04 June 2013

ORANG JAHAT BIASANYA LEBIH KREATIF?

Salam dan selamat sejahtera...

Semoga semuanya sihat selalu...

Orang jahat biasanya lebih kreatif... betul ke?

Situasi...

Orang baik... tengok mesin atm... mereka akan fikir untuk keluarkan duit menggunakan kad atm...

Manakala orang jahat bukan setakat berfikir untuk gunakan kad atm je... nak kuarkan duit... mereka akan fikrkan pelbagai cara yang lebih mendatangkan keuntungan yang besar... seperti mencabut mesi atm... atau kopak mesin atm... dan akan mempraktikkannya juga... untuk dapatkan hasil yang lebih banyak...

Daripada kenyataan aku ni... tak bermaksud pulak orang yang kreatif tu... semestinya jahat...

Fikir-fikir nanananana





BILAKAH ANAK-ANAK MULA BELAJAR MENIPU?

Salam dan selamat sejahtera...

Semoga semuanya sihat selalu....

Ramai ibu bapa yang sering katakan... 

"Aku tak pernah ajar anak aku menipu"

TapI sedarkah kita... secara tidak langsung kita telah mengajar anak menipu...

Situasinya...

Ibu bapa keluar rumah dengan tujuan tertentu... kadang kala terpaksa meninggalkan anak di rumah....

Kebiasaannya anak akan menangis kerana ditinggalkan...
Itu adalah salah satu cara untuk mempamerkan kesedihan jika ditinggalkan...
Dengan cara menangis...

Anak-anak menganggap berada di sisi ibu bapa adalah lebih selamat dan menyeronokan...

Lama kelamaan jika sering ditinggalkan...
Anak anak akan mula kawal diri daripada menangis... kerana jika jika menangis mereka tetap tak dapat ikut jugak...

Biarpun jauh dilubuk hati mereka... mahu pergi bersama sama ibu dan bapa... tapi kesedihan tu sudah tak dipamerkan dengan air mata...

Saat itulah anak anak sudah belajar menipu diri mereka... dengan cara melindungi kesedihan dihati mereka...

Seeloknya... terangkan kepada anak anak dengan sebaik baik nya... supaya mereka faham mengapa mereka tak boleh pergi bersama sama ibu bapa mereka...

Dan banyak lagi situasi... yang sering terjadi... kita sering menipu dan menakut  nakutkan anak anak...

Seperti...

"Pegi la sane... nanti ade hantu tangkap"

"Nakal nakal nanti misi cucuk"

Dan pelbagai lagi dialong yang sering kita dengar... menakutkan anak anak supaya mereka mendengar kata...

Berkatalah benar biarpun pada seorang kanak kanak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...