salam
apa khabar semua...
kali aku mahu kongsikan perihal PENCERNAAN dalam tubuh
dibawakan daripada JABATAN GASTRO HUKM...
tadaaaaaaaa....
hampeh betol aku ni...
di tambah dengan sedikit ilmu aku masa dulu-dulu
lalalala....
tahap KEASIDAN dalam perut tidak dipengaruhi oleh kaedah kita memasak makanan. merebus, menggoreng, memanggang, mengukus... itu semua tidak menjadi masalah. kerana sememangnya perut kita mengandungi asid hidroklorik (HCl) faham?
makanan yang kita makan setiap hari akan mula diproses daripada dalam mulut lagi. faham? untuk pengetahuan korang sistem pencernaan terdiri daripada salur alimentari & kelenjar pencernaan.
kanji akan mula dihidrolisis apabila kita mula mengunyah makanan. enzim amilase akan menukarkan kanji menjadi maltosa. senang cite la.... kanji yang kita makan akan ditukar menjadi struktur yang lebih ringkas & mudah dihadam.
kemudian makanan akan bergerak ke bahagian PERUT melalui proses peristalsis. bahasa mudahnya salur makanan.... yang dari mulut gerak ke perut.... atau nama saintifiknya esofagus. dah sampai perut JUS GASTER sedia menunggu. JUS GASTER ni dirembeskan oleh KELENJAR GASTER. bila aku sebut JUS GASTER.... korang kena ingat JUS GASTER ni terdiri daripada ASID HIDROKLORIK, ENZIM RENIN & ENZIM PEPSIN.
tujuan ALLAH ciptakan ASID HIDROKLORIK ni supaya dapat membunuh kuman yang mungkin hadir dalam makanan. selain tu enzim renin & enzim pepsin paling aktif dalam keadaan berasid. makanan akan diproses dalam perut selama lebih kurang 4jam(bergantung pada kepantasan tubuh korang berkerja).
kemudian di duodenum akan menerima hempedu dari pundi hempedu & jus pankreas dari pankreas. fungsi hempedu adalah untuk mengemulsi LEMAK kepada bentuk titisan halus. supaya lebih mudah diproses. seterusnya akan bergerak ke USUS KECIL.akhir sekali adalah USUS BESAR. di mana akan berlaku penyerapan air.... so sisa makanan akan jadi keras. tadaaaaaa maka terhasilah TINJA/ TAHI hohoho...
kemudian mereka semua keluar BEBAS melalui LORONG KUNYIT... masuk ke tangki KUMBAHAN....
sekian perjalanan HIDUP KAMI...
kerana itu MAT SALEH amalkan pengambilan JUS OREN pada waktu pagi untuk tambahkan kandungan asid dalam JUS GASTER selain berfungsi untuk menyah toksin. kebiasaannya TOKSIN akan dimusnahkan di HATI... mungkin sampai satu tahap hati tak larat da nak menyah toksin...so kandungan TOKSIN akan jadi tinggi. akan terjadi kebarangkalian berlaku sirosis pada hati @ hepatitis B @ kanser hati...
p/s: aku tak ceritakan terlalu detail pada bahagian usus kecil & usus besar... takut korang tak faham. tapi aku rasa tak la penting sangat untuk tau... lalala... aku harap selepas ni tiada lagi kekeliruan...