GENG LENSA HIDUP

10 June 2010

PERBEZAAN HADIS



salam
hai korang semua...
aku nak tumpang tanya & nak share sumtin...
sesape yang arif leh tolong ajar aku sekali... =)
budak-budak al-quran & sunah ke.... yang da belajar yang lebih mendalam
aku ni belajar kat permukaan je... hukhukhuk


Boleh awk terangkan apa yang dikatakan...
1. Hadis hidayah.
2. Hadis akidah
3. Hadis muamalah
4. Hadis tasawuf.
Semoga dapat dihuraikan dengan serbaringkas... 

menjawab kiriman emel 
(budak ni aku jumpa dalam satu forum.. pas tu nak blaja arab ngan aku... aku pun ajar le pe yang aku tau... skali dia tanya macam-macam la plak pasal agama... hukhukhuk... mati gua)
ni jawapan orang naif cam aku ni....

ulama-ulama hadis atau para ahli hadis dalam mengumpulkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tidak memberikan istilah-istilah hadis sebagai hadis hidayah,hadis akidah,hadis muamalah dan hadis tasawuf. jangan sampai tersalah faham. 


tapi untuk memudahkan pengumpulan hujah ilmu bolehlah dikumpulkan macam tu lebih-lebih lagi pengumpulan cara Melayu kerana secara ilmu... ilmu itu dibahagikan kepada: 

1.ilmu aqidah atau ilmu mengenal Allah. 
2.ilmu fiqah atau ilmu memahami aturan Allah termasuklah juga: 
a)fiqah ibadah-hubungan hamba atau makhluk dengan khaliq atau Allah.... 
b)fiqah muamalah-hubungan hamba atau makhluk dengan makhluk yang lain... 


dan ini juga termasuk ilmu-ilmu muamalah yang sebenar dalam ketetapan tatacara atau adab sopan atau pun akhlak perhubungan antara seorang hamba dengan Allah dalam mengakui, mentaati, memurni serta menghargai Maha Pencipta dan Maha Pengatur iaitu Allah Tuhan S.W.T...


ilmu muamalah pula dibahagikan ulama-ulama selain yang diterangkan diatas termasuk ilmu munakahat atau fiqh munakahat, fiqh muamalat, fiqh janayat(jenayah)... manakala ilmu adab pula berkembang secara falsafahnya dari tatacara zahir kepada pembentukan sikap atau suluk yang dipanggil akhlak atau khuluk sehinggalah proses pemurniaan jiwa secara fasafi ilmu yang dipanggil ilmu tasawuf iaitu ilmu pembersihan hati..... 

jenis-jenis hadis juga adalah hadis sahih, hadis mutawatir, hadis daif, hadis hasan, hadis mauduk.... ade lagi satu name hadis... tapi aku lupa huuuuu....


antara periwayat hadis yang popular adalah imam bukhari, imam muslim, imam abu daud dan beberapa orang lagi....


mama yah & papa wi tak berapa bagi aku memandai-mandai copy paste hadis dalam internet.... so kena la refer mane-mane sumber sahih lu... tu yang jadikan aku malas... nak bace kitab hadis mesti la kene selak satu-satu... adeh... da kompem betul baru leh tarok dalam blog... (aku ni malas)


rasanya setakat ni je aku leh terangkan.... nanti takut tersilap... aku harap kalau ade sesape yang lagi arif leh la terangkan ye...

baru-baru ni aku ade bergosip dengan si lok... pasal satu blog pelik... The Godfahter.... tapi dalam blog tu ade banyak hadis.... memang la The Godfather tu name gelaran bagi jawatan tertinggi kongsi gelap Italy.... ala...... cam dalam Mafia War tu... tapi aku masih tak puas ati gak ngan statement dak tu...  oh.... kat blog bro lok pun dia ade komen... tah la... kan zaman sekarang banyak hadis palsu... bak kate lok gua tak sedap ati la.... aku nak cakap lebih-lebih tak leh gak... coz blog ni hak individu.... =) ---->>> SINI

p/s: bahasa arab ni pon cam inggeris gak...  ade past tense... present tense... plural... & len-len... =) tu yang ade muamalat... muamalah... jenayat.... jenayah.... abu... abi... ummu... ummi... usrati... usratun... lebih kurang cam tu la...


wallahualam...

ADOI!!! GUA TAK TAHAN NAK NANGIS SAMA JUGAK LA...


salam semua
semalam aku tengok berita Rosmah menangis....
Bik Mama nangis...
kerana kematian 9 orang rakyat Turki...
yang telah dibunuh tentera Israel
menangislah sayang....

musykil jugak...
mase mak sedara beliau meninggal 
allahyarhamah Sofiah Katas
datang pun tidak....
ni kan nak menangis... (aku tak tau la beliau nangis ke tak)

rakyat Turki tu Bik Mama tak penah pun jumpa...
boleh menangis pulak...

ape-ape je lah....

wallahualam =)

________________________________________________________

rakyat Palestin telah lama menghadapi ribuan kematian
syahid menjadi buruan
airmata bukan teman...
andai itu jadi teman 
bila saatnya mahu kumpul kekuatan..
menentang segala kekejaman...

TELAH TERCATAT NABI ITU SEORANG MANUSIA TANPA SILAP

salam
kadang kala kita bercakap
kita leka
kita lupa
kita alpa
ya kita semua manusia...

kata-kata seperti sudah lengkap sudah
sendiri rasakan itulah yang paling indah
perlu ingat suatu masa dulu ada manusia TANPA silap

nabi juga manusia...
tetapi dijanjikan 'maksum'
hanya nabi manusia TANPA silap dan dosa
kerana setiap kata-kata baginda tidak sia-sia
kerana setiap perbuatan baginda bukan sia-sia
itulah contoh ikutan sepanjang zaman

tapi...
madah kita buat bicara
kadang kala kita lupa dan leka
kadang kita lupa...
suatu masa dulu ada manusia TANPA silap
selebihnya kita...

manusia yang tak sunyi daripada keSILAPan

p/s: maksum itu terpelihara daripada dosa =)
p/s/s: aku merayap pi blog orang ni la yang jumpa benda bukan-bukan bila bercakap

LELAKI TANPA WAJAH (HIRO) & ZULAIKHA

ini bukan kisah merong mahawangsa...
ini hanya kisah dogeng mereng mahawangsa...

sebelum baca...
sila selawat ke atas junjungan kita...
sebanyak 3 kali... (atas permintaan hiro mahukan unsur islamik)

menulis entri dengan penuh beradat... (hiro kate kitakan Melayu)

jadi aku berpantun laaaaaaa....

sorong papan tarik papan
buah tembikai dalam perahu
suruh makan hiro tak makan
suruh mengaji pura-pura tak tahu

malam tadi jumpa mayat
malam esok jumpa hantu
zulaikha tau hiro suka mengayat
berharap bapak zulaikha sudi buat menantu

lelaki tanpa wajah itulah hiro... bukan si penggoda itulah zulaikha.... dalam cite TAMIL hiro selalu datang lambat... tapi ni bukan cite TAMIL... ni cite Melayu.... sebab aku pun Melayu... jadi hiro dah masuk pada awal-awal cerita....

bukanlah cerita mereka... bukan juga mereka-reka cerita... ohhhh... pilih mana kamu mahu? pilih satu jangan tamak... kisah ni bermula saat hiro menegur zulaikha (sudah pandai eja) melalui shoutbox... hiro menegur zulaikha dengan penuh sopan dan santun...

begitu lama kisah cinta mereka ibarat lamanya drama Sembilu Kasih ditayangkan di TV2... baru semalam aku dapat hidu... cissssss. bukan kerana hiro tu 'kekasihku yang gelap' buat zulaikha... semestinya tidak kan.... kerana hiro digambarkan jauh lebih hensem berbanding Justin Bieber...

aku mula menghidu hubungan mereka kerana semalam mereka bertikam lidah dengan nada yang paling lembut sekali ohhhhhhhhh.... aku sangkakan mereka bersaudara mungkin... seibu berlainan bapa... atau sebapa berlainan ibu...

otak aku mutaligat... tetapi timbul sedikit keraguan di sini... mengapa pulak si p3perak marah-marah ye? adakah kerana jeles dengan zulaikha? atau ade peristiwa lain di sebaliknya.... aku cuba mencari jawapan bagi persoalan yang kian menyesak otak ketat aku...

setelah diselidiki rupanya hiro telah membunuh cucu perempuan saudara kepada jiran p3perak ... kerana itu p3perak cuba menggaanggu kehidupan hiro.. dan kata-kata hiro yang lembut pada zulaikha ibarat lidah tak bertulang... gigi tak bergosok itu adalah lakonan semata-mata... sebelum menjadikan zulaikha mangsa seterusnya.... hiro hanya mahu melihat zulaikha dilamun cinta... hinggakan makan tak kenyang, tido tak lena, mandi tak basah dan berak tak basuh...

to zulaikha:
sila jangan terlalu rapat dan dekat dengan hiro kerana beliau seorang pembunuh yang disegani...  kerana si hiro ini layaknya menjadi seorang model kanak-kanak bagi iklan sabun basuh... (kerana blogger berhati suci sukar dicari)


p/s: tah ape la yang aku merapek
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...