GENG LENSA HIDUP

03 January 2015

KOLEKSI VIDEO PARODI PALING KELAKAR DI ASIA


The One That Got Away Bangkok Version (Katy Perry)

The One That Got Away (Bangkok Version) telah mencapai tontonan sehingga 1.3 juta sejak dimuat naik pada tahun 2012. Video parodi ini disukai kerana menyelitkan interpretasi kreatif mereka sendiri bagi menjadikan olahan ini bertambah lucu. Selain mempunyai suntingan yang baik, parodi ini turut memuatkan sedikit ‘kejutan’ pada penghujungnya!



Minahconda (Anaconda – Nicki Minaj)

Duo yang amat popular dari Singapura ini amat terkenal di laman YouTube menerusi video-video peribadi yang melucukan. ‘Minahconda’ merupakan rendisi tersendiri Munah dan Hirzi yang turut mengarang lirik mengelikan hati. Mengunakan budaya moden yang selari dengan anak melayu sebagai tambatan, parodi kepada lagu Anaconda ini terselit mesej yang berbaur perlian jika diamati.


Lembu Nak Jaga (Moves Like Jagger - Maroon 5)

Dimuat naik pada 29 Disember 2011, Lembu Nak Jaga mengisahkan seorang lelaki yang hidup di kampung dan sering dikongkong isterinya. Parodi yang amat amat berbeza dengan maksud asal lagu kumpulan Maroon 5 ini hasil kerjasama sekumpulan anak muda yang cukup aktif di laman Twitter.

rugi tak tonton... haha chill =)

SULTAN KELANTAN TIDAK KEMARUK PUBLISITI


KUALA LUMPUR, (MLP) - Sikap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang membantu mangsa banjir tanpa sebarang protokol rasmi menjadi perbualan orang ramai di media sosial.

Kisah Sultan Muhammad V disebut ramai kerana kesanggupan Baginda turun padang tanpa pengiring atau pemberita.

Menurut  rakyat, mereka sendiri tidak menyedari kehadiran Baginda kerana dilihat ‘seperti orang biasa’ ketika membantu mangsa banjir.

Kehadiran Baginda disedari selepas melihat wajahnya dengan teliti oleh rakyat Kelantan.

Difahamkan, Baginda juga menerima dan mematuhi arahan daripada seorang Mejar dan dikatakan turut minum dalam cawan polisterin bersama petugas lain. 

Malah, Baginda turut dilihat memandu sendiri kereta pacuan empat rodanya ke lokasi penempatan mangsa banjir.

Tindakan Baginda telah mendapat pujian dan menjadi kebanggaan anak tempatan Kelantan.
Kredit Gambar: Mazzer
AKU BOLEH CAKAP INI MEMANG BETUL-BETUL TAK DAHAGAKAN PUJIAN... SYUKUR MASIH ADA YANG IKHLAS =)

PERGERAKAN BAYI DALAM RAHIM

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu....

sejak aku pregnant ni asyik buat entri berunsurkan ibu mengandung je... kih3...

bila korang mula perasan baby dalam rahim korang dah mula bergerak? masa berapa minggu....

1st pregnancy... aku tak ingat masa berapa weeks baby mula gerak... yang 2nd pun aku tak berapa perasan... tapi 3rd pregnancy ni aku perasan.... baru tadi je aku rasa baby bergerak-gerak.... aku dah 13 weeks... ohhh my hubby tengah tido plak... kalau tak mesti dia akan tumpang pegang....

masa 1st pregnancy aku.... yelah... orang belum ada anak kan... so... banyak la aku melepak depan TV... sambil baring kat sofa... dan remote TV letak atas perut... of course remote sampai boleh terjatuh daripada perut... bila baby dah bergerak banyak kali... masa tu rasa amazing sangat.... pertama kali lah katakan... kih3

masa 1st pregnancy jugak lah... kami laki bini rajin usyar perut yang bergoyang-goyang ke kiri ke kanan dan tersembul ke depan... masih belum sibuk dengan anak lagi la katakan.... tapi itulah pengalaman yang manis dan takkan dilupakan....

masa tu boleh la anda berbual-bual dengan baby anda... hehehe =)

baby bergerak ni ikut masing-masing... ada yang perasan awal... ada yang tak berapa rasa... tapi bila dah banyak weeks nanti nurse akan suruh catat pergerakan baby.... sebab nak monitor keadaan baby... takut baby terbelit tali pusat ke... atau baby jadi kurang aktif dan lain-lain sebab lagi....

tapi itulah momen paling berharga buat mereka yang bergelar ibu =)

babai... see u next entri... 


sumber: google

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...