GENG LENSA HIDUP

30 June 2010

CARA ORANG BANYAK DUIT SHOPPING VS CARA ORANG TAK BANYAK DUIT SHOPPING


salam
harap semua sehat walafiat...
lalalala... mata aku da start ngantuk...

tadi baru je ade jejak kekasih kasih ngan bro fauzi a.k.a jebatdesign
lebai unimas yang fofiler dia kate la... ni bukan topik utama aku nak cite

________________________________________________________________

terkenang dan teringat pada ayat sorang member aku yang kategori kaya la....
dia kabo ke aku gini...

"ko perasan tak orang banyak duit ngan orang tak banyak duit cara shopping diaorang lain?"

antaranya:

bila nak beli baju.... mesti dok tengok kat bahagian kolar.. takut harga baju terlebih dari bajet..

bila nak beli kasut... mesti dok tengok tapak kasut.... takut harga lebih dari bajet....

pastu dia cakap kat aku... ko tengok aku shopping raya rilek je habiskan 7K tak payah susah-susah nak tengok kolar baju.... tapak kasut...

member aku ni kaki bisnes direct selling... =)

___________________________________________________________________

betul ke cam tu? pe komen korang?

apa pun jangan la sampai lalai dengan kekayaan dunia kerana tu semua hanya sementara =)

HOMEMADE CHICKEN NUGGET

salam
belajor nak?
kakaka... 
belajar masak dengan yang tak hebat masak cam mr.e (koyar aku ni)

jom usyar gambar lu ye....

ni pas dah goreng

bahan-bahan:
isi ayam banyok-banyok
kulit ayam (nak bagi rangup) kalau tak letak pun tak pe
bawang merah besar (1 ulas)
bawang putih seulas
lada sulah /lada hitam
gula
garam
sedikit monosodium glutamat
serbuk roti yang kaler oren
putih telur

cara-caranya:
rebus daging ayam dan kulit sampai masak...

bahan A
kisar @ tumbuk bawang putih & bawang merah campur sekali ngan lada sulah

bahan B
kisar daging ayam yang da siap rebus, kulit ayam(buang lemak yang kaler kuning tu), tambah garam, gula, msg secukup rasa pandai-pandai la korang agak-agak....  kisar jangan terlalu hancur nanti jadi kurang sedap...

da siap tu sume.... gaulkan bahan A dan B bagi sebati... kemudian bulat-bulatkan... kemudian leperkan.... celup dengan putih telur dan lumurkan dengan serbuk roti.... tekan-tekan sikit bagi betul-betul lekat... okeh siap....
ni la bila da siap... boleh la simpan dalam peti sejuk... @ terus goreng

aku try wat mende alah ni masuk kali ke 3 baru nak jadi serupa cam ni... sebelum tu adeh... tak leh publish.... kalau tak tarok kulit ayam memang tak jadi cam yang jual kat kedai... tu yang tak pelik depa dok campur macam-macam benda untuk hasilkan nugget... tu yang lecturer aku cakap semua organ ayam dicampur gak... kalau sume isi ayam mane gaye leh jual nugget ayam murah derrrrrrrrr........ dan kebiasaannya yang jual kat kedai ada tambah protein soya... maklum la nak cut cost isi ayam kan... so homemade is better =)


p/s: jangan letak bawang putih banyak sangat nanti tak sedap derrrrrrr =)

BETUL KE AIR KELAPA TU TAWAR UBAT?

salam
harap semuanya sihat sejahtera...

tadi papa wi ade wat coconut milk shake...
aku nampak aku nak minum... hahaha...
papa wi cakap tak leh minum... sebab aku ngah makan ubat hospital ni...

ni la ubatnye yang aku dapat dari PPUKM dan kena makan selama sebulan 
sebelum check up semula

pe yang aku kata erm... pastu aku tanya kat papa wi nape pulak tak leh minum air kelapa? sebab ape? air kelapa tu rase cam kalium mist. yang aku biasa minum... sebijik rasenye... tu yang jadi persoalan besar kat kepala aku.... (aku memang gini kalau tak tau sebab nanti asyik dok tanye je)

tak caye? air kelapa ni sifatnya alkali... sebab tu rasanya mirip kalium... kan kalium tu sifatnya alkali.... test la dengan kertas pH... nanti kabo ke aku ye... sebab setahu aku air kelapa ni cukup banyak khasiatnya dari segi perubatan... 

air kelapa ni cukup kaya dengan kalium(potassium), kandungan gula yang sederhana, dan sedikit protein... isi kelapa tu sendiri baik untuk kanak-kanak yang kekurangan gizi makanan (nutritonal deficiency)... yang jadi persoalan aku ni nape kata tawar ubat pulak? agaknya air kelapa ni lebih KICK daripada ubatan sintetik kot....

ni ha senarai mineral dan khasiat yang ada dalam air kelapa:
kalium
natrium
glukosa
sukrosa
fruktosa (gula ringkas)
sorbitol 
inositol
asid amino 
arginin 
alanin
sistin
serin
ferum
kuprum
sulfur
fosforus
vitamin B kompleks

memang sangat banyak khasiat air kelapa ni... orang muda kata banyok gila... huhuhu... asid amino yang ada pada air kelapa lebih tinggi daripada susu lembu... air kelap ni bersifat isotonik... sebab tu orang demam orang tua-tua soh minum air kelapa... so aku dah yakin ngan fakta tu... isotonik ni leh seimbangkan bendalir dalam badan... orang yang demam ni biasanya kurang air... sebab tu jadi demam... badan panas... bila keadaan cam tu lebih mudah la kena jangkitan virus atau bakteria... tu yang kadang-kadang kalau gi hospital doktor soh minum air tambah seratus(100 plus)

air kelapa baik untuk yang ada masalah penghadaman, buasir, cirit-birit, disentri, angin dalam badan... malah kalau ade sakit batuk kering elok minum air kelapa campur dengan madu asli... bagi pesakit kolera leh la campurkan air limau nipis dengan air kelapa untuk diminum... insyaAllah sembuh dengan izin Allah....

cuma orang yang ada masalah tulang... elok kurangkan minum air kelapa...

pendek kata banyak la khasiatnya... jangan ragu-ragu untuk minum ye =)

TERIMA KASIH BUAT KAK IMUN


salam
pe khabar semua?
hari ni aku dapat award daripada kak imun
aku berbesar hati menerima award ni =)
akak ni sebenarnya baru lagi dalam dunia blog
so aku nak ajak korang semua datang layan blog beliau 
jom terjah ramai-ramai =)

29 June 2010

AMAL YANG TERUS MENDAPAT PAHALA


salam
kali ni aku nak kongsikan amal yang akan terus mendapat pahala...
bila kita semua lakukan....

"tujuh jenis amal yang akan terus mendapat pahala oleh seorang hamba hingga ke alam kubur: orang yang mengajar ilmu agama, orang yang mengalirkan sungai, orang yang menggali sumur, orang yang menanam pohon yang berbuah, orang yang membina masjid, orang yang mewariskan al-quran dan orang yang meninggalkan anak yang soleh dan beristighfar untuknya sesudah mati"

[diriwayatkan al-bazzar]

ini adalah huraian daripada asas yang biasa kita dengar apabila mati seorang anak adam maka akan terputuslah segalanya kecuali sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh....

maksud mengajarkan ilmu agama... mereka yang menerima ilmu hendaklah menyampaikaikan kepada orang lain agar yang mengajarkan ilmu tersebut akan terus mendapat pahala... sekalipun telah meninggal dunia....

begitu juga dengan mereka yang telah melancarkan perngaliran air sungai... kerana air sungai itu akan memberi manfaat pada semua... dan mereka melakukannya akan mendapat pahala biarpun telah meninggal dunia...

menggali telaga... menanam pokok yang berbuah... pendek kata kalau ada di antara kita yang menanam pokok yang menghasilkan buah... dan jika tuan yang menanam pokok tersebut telah meninggal jangan la ditebang pokoknya... kerana itu akan mendatangkan pahala sekalipun hanya haiwan yang memakan buahnya...

mewakafkan al-quran, membina laluan... seperti jalan ditar lantas memudahkan korang dan orang lain melaluinya... korang akan mendapat pahala selama mana ia digunakan... hatta korang dah meninggal... bukan la maksud aku highway atau jalan raya yang bermeter-meter tu... takut tak mampu la plak... cukup sekiranya laluan untuk memasuki rumah korang dan jiran... jika berkongsi laluan yang sama dengan tetangga korang.... kalau umah korang pun ape salahnya...hihihi

wallahualam....

MENJAWAB SOALAN CIKGU

ni spedar bukan spender okay!!! =P
salam
entri ni macam kelakar...
tapi betul ape....
jom fikir bersama di mana logiknya...
sebab tu kita jangan terlalu taklid bila dapat satu-satu info... =)
bantah apa yang patut... kalau quran ngan hadis pun nak pertikai susah la... wei

________________________________________________________________

anda diberi soalan...
ni soalan sekolah rendah je kot...
soalannya cam ni...

________________________________________________________________

antara berikut manakah yang penting ada pada sebuah basikal?
1. tayar
2. lampu
3. brek
4. tempat duduk

jawapan pilihan:
A. 1 dan 2
B. 2, 3, dan 4
C. 1
D. semua di atas

_________________________________________________________________

jawapan daripada korang ape agak-agaknya?

jom usyar apakah jawapan yang wajar, logik dan masuk akal....

_________________________________________________________________

1. tayar
kalau basikal yang korang naik tu tak de tayar boleh gerak ke basikal tu? boleh ke dipanggil basikal? 'bicycle' yang membawa maksud dua bulatan bi = dua... cycle = kitar pe cite kalau basikal tak de tayar? tak dapat la berfungsi.... ye tak? kalau tak de parah laaaaaaaaa....

2. lampu
kalau basikal tak de lampu basikal tak leh gerak ke? boleh je gerak kan? lagi-lagi basikal zaman sekarang mane ade lampu pun.... nak jalan malam... lampu jalan kan da banyak.... kalau tak de pun tak pe...

3. brek
kalau basikal tak de brek? basikal boleh je gerak.... sape kate tak leh? cuma bahaya je susah nak berenti... kena brek pakai kaki.... lalala.... so kalau tak de pun tak je kan?

4. tempat duduk
kalau basikal tak de tempat duduk leh gerak tak? mesti la boleh ohhhhhhhhhh.... cuma korang kena kayuh basikal berdiri je la.... cam orang kena bisul kat punggung... hahaha.... korang akan nampak lebih 'ajaib' hahaha... so kalau tak de pun tak pe je kan?

________________________________________________________________

kesimpulannya?
jawapannya C penting ade tayar je.... ni untuk jawapan pilihan kat atas tu.... tapi kalau tak de rantai basikal pun tak guna la ade basikal... takkan nak dipikul kot basikal tu.....

p/s: jemput tengok page baru yang cantik menawan hahaha SINI

28 June 2010

SALASILAH KELUARGA ULTRAMAN

salam
sekali sekala bace cite poyo la pulak ye =)

Ultraman
Ultraman ialah anak sulung di dalam famili..pangkatnya ialah abg long.rasa-rasanya ramai sudah mengenalinya..jadi x perlulah nak diperkenalkan lagi

Ultraseven eleven
Spt kedai 7eleven.dia juga beroperasi selama 24jam…tentu ada yg tertanya-tanya bila dia tidor..sebenarnya ada ramai ultraseven..jadi ada shift pagi dan ada yg shift petang dan juga malam..pendek kata mereka bekerja shift utk menjaga keamanan.

Ultradiet
Adik beradik ultraman yg paling slim tetapi dulunya gemuk….oleh itu pakaiannya tidak boleh dipakai lagi…menggunakan kaedah diet selain sedut lemak,minum susu tepung serta mengayuh maxi rider

Ultraviolet 
Abg ultraman yg mampu memancarkan fire sinaran ultraviolet atau org melayu sinaran ultra ungu atau sinaran bijik kundang kearah musuh.

Ultraman tora
Ultraman tora ialah adik yg palig bongsu…ia boleh didapati didlm makanan ringan tora (ya!!tora dtg lagi)didlm bentuk mainan..bersesuaian dgn sifatnya itu..ultraman tora gemar membantu kanak2 didlm kesusahan

Ultraman es
Ultraman es yg suka minum es (ais)..gemar membantu warga asing Indonesia yg berada didlm kesusahan.. ketika lapang beliau gemar menghabiskan masa dikedai2 kopi bersama pekerja2 kontrak indon sambil menikmati kopi es

TERIMA KASIH YE KAWAN

salam
tq buat IRFAN
bagi award ni


ceritakan macam mana usaha korang untuk mencomelkan blog korang
entahlah.... comel ke???

website yang korang selalu pegi untuk edit blog korang
ohhhh aku tak bape suke sparkling, bling bling, animated cursor so aku tak ambik tau sangat

tuliskan 5 perkataan yang menggambarkan diri korang
bertangan
berkaki
berkepala
bermata
berhidung

aku tak tag orang ye kali ni ~
mood mengantuk ~

p/s: nanti dah pagi sikit baru aku taip entri baru...

SELAMAT ULANG TAHUN

SELAMAT ULANG TAHUN 
YANG KE 26
MOGA MURAH REZEKI DAN DIBERKATI SELALU
BUAT 
JIMART a.k.a MRK



muka baru balik dari JJ BUKIT RAJA lalala 
(aidil sibuk je kat blakang tu ketawa bila panjang wat lawak bodo)

p/s: bila boleh blanje ni? bila boleh tengok drift kat stadium? shopping-shopping?
kui3

* pic yang ngah minum air tu cam tak best la plak... tq 4 'that'

MENGAPA CINCIN DIJADIKAN TANDA BUAT PEREMPUAN


salam
moga korang sihat dan bertambah berkat...

kali ni aku nak share tentang jari, cincin dan aurat seorang wanita... selalu sangat kita nampak... kita tengok... kita pandang kita lihat... ye tak? kalau seorang perempuan bertunang biasanya cincin akan dijadikan tanda... pada hari pernikahan pun cam tu gak... kenapa?

kebanyakannya la... kenapa Islam mengatakan begitu? kenapa kebiasaannya begitu? kerana telah diterangkan dengan jelas di dalam al-quran dan hadis bahawa aurat seorang perempuan tu semuanya perlu ditutup kecuali tapak tangan dan muka... sebagaimana berikut...

Aisyah meriwayatkan:
bahawa saudaranya asma binti abu bakar pernah masuk di rumah Rasulullah s.a.w dengan berpakaian jarang sehingga menampakan kulitnya, kemudian beliau berpaling dan mengatakan "hai asma! sesungguhnya seorang perempuan apabila telah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan itu dan ini - sambil menunjukan muka dan dua tapak tangannya"
[Hadis Riwayat Abu Daud]

kerana itu perbuatan menyarungkan cincin sebagai tanda dijadikan seolah-olah adat... lantas selaras pula dengan tuntutan agama.... kerana yang boleh diperlihatkan hanyalah muka dan tapak tangan...

apa jadi kalau ada yang pas nikah batal air sembahyang suami pakaikan gelang (rantai tangan)? ni bererti suami telah menunjukan dan isteri juga membenarkan sedikit aurat isteri di bahagian tangan ditunjukan kepada umum.... kerana itu yang terbaik adalah dengan hanya menyarungkan cincin sahaja... sungguh bahagian tangan yang nampak hanya sedikit tetapi masih di dalam lingkungan aurat... kerana aurat yang dikatakan tangan tu perlu ditutup hingga ke pergelangan tangan...

juga aku sertakan jari mana yang sesuai disarungkan cincin... 
nasihat Rasulullah kepada Saidina Ali r.a, setelah Saidina Ali berkahwin dengan siti fatimah iaitu anakanda kesayangan baginda... kalau memakai cincin pakailah dijari manis dan jari kelingking(anak jari)... dan jangan memakai pada jari tengah dan jari telunjuk....

Nabi Muhammad s.a.w melarang memakai cincin dijari telunjuk dan jari tengah kerana meniru cara berhias kaum yang dilaknat Allah S.W.T... iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Luth a.s...

* cara memakai cincin ni termasuk buat lelaki dan perempuan.... 

wallahualam...

p/s: tq jimart lawat sini hari-hari =)

QUOTATION FOR DIGITAL COPIER

sekadar hiasan (aficio model 1022 yang leh wat 22 copies per minutes)

description item:
RICOH AFICIO RECONDITIONING COPIER 1 UNIT (RM1999)
- MODEL: 270
- 27 COPIES PER MINUTES
- A4 - A3/ ZOOM 25% - 400%
- WITH FEEDER, DUPLEX, ELECTRONIC SORT
- AFICION TONER (200GRM) - 10000 COPIES (1PKT) - FOC
- 1 YEAR SERVICE WARRANTY
- SPARE-PARTS WARRANTY UP TO 50000 COPIES

TERM & CONDITION:
- CASH TERM
- ALL TRANSACTION IN MALAYSIAN RINGGIT

ZONG PHOTOSTAT CENTRE


EMAIL ME AT : norfadhillah1810@gmail.com
* FOC - free of charge

HOMEMADE TOM YAM PASTE

salam
kali ni bersama bukan chef wan...
lalala.... sekali sekala kongsi resepi plak la ye...

memandangkan aku suka tom yam so aku pun cuba la wat perencah tom yam sendiri... ha kali ni aku nak berkongsi cara-cara untuk membuat perencah tom yam stail aku..... ala-ala perencah adabi gitu... perencah ni bukan setakat leh guna untuk wat tom yam je.... bihun goreng pun boleh.... nasi goreng pun boleh... mi goreng jugak boleh.... jom usyar gambar dulu...

ni la tom yam paste kaw kaw... yang boleh simpan dalam peti sejuk then bila-bila je rasa nak masak tom yam korang da bleh masak... 

bahan-bahan:
3/4 daripada 1 keping belacan
10 batang serai
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang kecil 
(kalau malas kupas satu-satu aku bubuh je sebiji bawang besar)
asam jawa extra adabi (2/3 daripada bekas)
20 tangkai cili kering
garam
gula
monosodium glutamat (penambah perisa)
daun limau purut

kat atas tu sume bahan-bahan asas untuk buat perencah tom yam... sebenarnya... korang leh ubahsuai gak... kalau korang letak serai lebih pun tak jadi masalah.... yang jangan terlebih bawang putih... kang ade yang rasa tak sedap... dan kalau nak lebih harum baunya... gunakan bawang kecil... letakan garam, gula dan ajinomoto secukupnya... almaklum ni perencah ye... jadi kena la lebihkan sikit masinnya.... asam jawa lebih pun tak jadi masalah... sebab tom yam memang kena masam lebih sikit....

dah siap semua bahan-bahan tadi semua bahan dicampurkan dan dikisar hingga betul-betul hancur... so jadi la cam ni....


ni la lepas siap dikisar 
(kalau terus simpan dalam peti sejuk takut tak tahan lama dan kalau simpan dalam bentuk cam ni nanti bila nak masak kena tumis lu perencahnya... so agak rumit)

jadi aku lebih suka masak siap-siap... supaya lebih tahan lama... selepas dimasak seketika.... ni la hasilnya... 


korang leh gunakan perencah ni je bila nak masak tom yam.... dan mungkin perlu tambah sedikit garam masa memasak tom yam (kalau perlu).... juga titikan beberapa batang serai untuk membangkitkan lagi aroma.... lepas tu tom yam pun siap... tanpa perlu membeli perencah dari kedai... mula-mula aku wat papa wi... takut perencah tom yam aku ni tak sama rase cam perencah tom yam adabi.... ohhhhhh bila dah jadi.... rasa sebijik then skang bila-bila je nak makan tom yam suda boleh... lalala....

p/s: nanti aku share cara wat 'chicken nugget' plak ye... gambar da ade cuma malas menaip... gamabar ni pun da dekat 2 minggu aku snap... hahaha... =)

27 June 2010

DARI FAIL MAHKAMAH SYARIAH: HARTA SEPENCARIAN


salam
kembali bersiaran.... 

kali ni aku nak bincangkan dan diskusikan perihal harta sepencarian.... pe tu harta sepencarian? harta yang diperolehi oleh isteri atau suami ketika hidup bersama.... tidak kira bidang kerjaya mereka sama atau tak... ni maksud secara ringkas dan mudah...... supaya korang boleh faham.... 

harta sepencarian ni dalam bahasa omputihnya MATRIMONIAL PROPERTY merupakan satu peruntukan undang-undang daripada adat melayu.... diteruskan hingga kini kerana tak de pape pertembungan dari segi syarak.... so harta sepencarian ni dah diterima sebagai salah satu undang-undang keluarga islam....

harta sepencarian ni biasanya akan dituntut jika berlaku penceraian atau kematian... juga kadang kala kalau suami ada berpoligami... isteri kedua tak boleh pertikaikan kalau suami memberi sesuatu yang lebih pada isteri tua.... kerana segala harta yang dimiliki bersama ketika masih belum berpoligami memang berhak ditakrifkan sebagai harta sepencarian dengan isteri pertama... dalam situasi ni isteri kedua tidak berhak campur tangan... 

manakala setelah berpoligami... jika ada berlaku apa-apa tuntutan... harta sepencarian barulah boleh dibahagikan kepada tiga.... dan begitulah seterusnya....

p/s: aku rasa nak menulis isu ni sebab ade kes suami yang tak paham-paham istilah harta sepencarian.... lepas dia berpoligami... bini baru pun same gak tak bape nak paham... asyik nak jeles je... jeles kat bini pertama dapat umah...  bila naik mahkamah baru ko nganga... susah beno nak paham istilah.. haishhhhhhhhhh =)

lepas ni aku nak cite pasal tuntutan nafkah idah dan anak-anak... ni pun ade gak aku tengok tuntut yang tah pape je... dengan alasan yang tak masuk akal... haishhhhhh

TEMPAT MENDIRIKAN SOLAT SUNAT


salam
semoga korang semua sihat selalu...
sentiasa diberkati dan dirahmati...

kali ni aku nak kongsikan tentang tentang tempat mendirikan solat sunat... yelah pape yang Rasulullah nasihatkan dan alaukan semua bersebab... so kali ni aku nak share la ye...

solat sunat boleh dilakukan kat mane-mane pun selagi tempat tu suci mengikut syariat.... ohhhhh yang paling penting jangan lupa menghadap kiblat ye.... tetapi solat sunat ni lebih afdhal dilakukan kat umah sendiri.... kecuali beberapa solat je yang memang kena wat kat luar umah... macam solat tahiyatul masjid... solat tawaf @ ihram dan yang sewaktu dengannya.... tak de la name solat sunat tahiyatul masjid kalau wat kat umah kan?

sepotong hadis Rasulullah yang bermaksud:
"apabila salah seorang kamu sembahyang di masjid hendaklah rumahnya diberi bahagian daripada sembahyangnya, supaya Allah meletakan kebaikan di dalam rumahnya itu kerana sembahyangnya tadi"

sabda Baginda lagi yang bermaksud:
"seutama-utama sembahyang ialah sembahyang kamu di rumah kamu, kecuali yang wajib"

kenapa lak Nabi berpesan cam tu? bimbang akan wujud rasa riak @ ujub.... jika wujud perasaan ni maka sia-sialah segala amalan yang dilakukan....

p/s: mendirikan solat sunat tahiyatul masjid lebih utama apabila melangkah je ke dalam masjid berbanding bersalaman dengan jemaah.... lakukan solat sunat lu pastu baru la salam-salam ngan jemaah.... jangan lupa ye =)

FAZAKKIR!!!

salam
layan je la gambar ni...

sejuk mata memandang sejuk lagi bahu memikul...
ehhh silap.... tu la soh blaja BM pi ponteng kelas... =P



aku suka pic ni... bagus betol adik beradik...


kalau yang cam ni? heheh

TAMBAHAN PENERANGAN TENTANG PINGGAN MANGKUK MELAMINE


salam...
mungkin artikel yang baru keluar pagi tadi agak mengelirukan sedikit....
kat sini ade sedikit penerangan mudah... dan harap boleh difahami.... 
baca artikel penuh yang sebelum ini di SINI

melamine memang suatu yang merbahaya jika dimasukan dalam makanan macam keju, coklat... dan apa juga makanan... tetapi dalam isu pinggan mangkuk melamine pulak... tak mengapa digunakan... cuma pastikan telah mendapat pengiktirafan FDA.... kerana pinggan mangkuk melamine tiruan kebiasaannya made in china atau made in thailand mereka akan campurkan sekali bersama UREA... urea inilah yang menyebabkan pinggan mangkuk melamine bertukar warna... dan menjadi tidak stabil seperti kaca dan seramik... tetapi pinggan mangkuk melamine yang asli... tahan sehingga sunu 140 darjah celcius.... dan struktur atau warna tidak berubah.... dan harganya sudah tentu lebih mahal daripada yang tiruan....

harap maklum... =)

BAHAYA PINGGAN MANGKUK MELAMINE


salam
menaip entri pantas kerana aku mahu kongsikan perihal pinggan mangkuk.... huh!!!
kalau nak diikutkan rasenye macam-macam benda da kita tak leh nak pakai ye.... yang benda tu begini... yang benda ni begitu.... rumit la plak rasenye.... lalala... =)

MELAMINE = adalah bes organik yang berasaskan karbon, nitrogen, dan oksigen....
yang telah dihasilkan oleh Justus von Liebig kemudian dihasilkan secara besar-besaran untuk digunakan secara meluas dalam industri...

ohhhhhh kita base tengok orang kenduri.... kedai makan... hatta kat umah sekali pun gunakan pinggan melamine... yang made in china.... korang tau tak basenye pinggan melamine yang tak ori ade dicampur dengan UREA FORMALDEHYDE... pe mende plak tu? 

mende alah tu adalah sejenis bahan yang digunakan untuk membuat bekas barangan elektrik... dan 'insultation' wayar letrik.... mende alah sangat bahaya pada kesihatan.... ohhhh.... boleh sebabkan masalah sistem penghadaman... masalah batu karang... masalah sistem pernafasan... masalah buah pinggang... masalah pundi kencing... juga kerosakan sistem pembiakan..... juga rasa malas berblog

melamine juga leh bertindak balas dengan makanan dan membentuk bahan yang lagi bahaya... iaitu MELAMINE CYANURATE... di mana bahan ni leh bentuk kristal seperti kaca yang boleh sebabkan kerosakan salur darah dan buah pinggang... waduh kok...

pinggan mangkuk melamine yang ori basenye mahal... dan tahan hingga suhu 140 darjah celcius.... dan tak de dicampur ngan UREA.... 

cara paling selamat adalah gunakan pinggan mangkuk yang diperbuat daripada kaca atau seramik di mana keadaan pinggan mangkuk kaca dan seramik lebih stabil.... kebanyakan negara-negara eropah, amerika dan negara UAE telah mengharamkan semua pinggan mangkuk yang diperbuat daripada melamine.... ohhh malaysia ku bila lagi ye????

p/s: seb bek umah aku gune pinggan mangkuk seramik kaler biru.... ade satu je bekas daripada melamine.... tu pun bapak aku dapat hadiah.... pape pun ingat!!! segalanya dari DIA.... kalau bukan dengan izin DIA kita tak jugak sakit... atau sembuh daripada penyakit... =)

beli pinggan melamine yang original? pastikan yang telah diiktiraf oleh FDA

26 June 2010

CUKUP KE DENGAN HANYA SEPULUH RINGGIT?


salam
hai semua... berusaha untuk rajin menulis semula...
mama yah semangat nak bace cite 'hafalan solat delisa'
papa wi sibuk bace cite 'imam syafie'
aku da abes pun bace buku-buku tu... 
sibuk nak naik level restaurant city...
________________________________________________________

aku nak tanya la korang.... sehari korang belanja untuk makanan berapa banyak? cukup ke tak kalau RM10? mesti ade yang akan cakap cukup dan akan ade jugak yang cakap tak cukup.... erm... kadang kala kita sanggup habiskan berpuluh ringgit bahkan ade yang sanggup habiskan ratusan ringgit untuk makanan...

makanan tak cukup kita gelebah... lapar je da risau... bising la kelaparan.... 

kalau nak derma kat masjid... seringgit pun ditenung duit tu lame-lame sebelum lepas dalam tabung... ye tak? sedar atau tak... sedekah tu bekalan untuk kita selepas mati... selalu jadi bila dapat duit pencen pi tukar keta baru... dapat bonus.... pi melobe... tau dak melobe tu mende? orang temerloh mesti tau....

satu kisah:
kat tempat aku ade sorang pakcik yang mase banjir besar kat johor tahun 2006 umah dia tak masuk sikit pun air bah.... air bah tu akan pecah dua bila sampai kat pintu umah pakcik tu... jiran pakcik tu sendiri cite.... sume umah jiran-jiran dia masuk air... erm.... pakcik tu sempoi gile.... pagi-pagi kol 5.15 je da kayuh beskal nak gi masjid.... dia antara orang yang paling awal sampai kat masjid... umah dia umah papan je... sangat low profile derrrrrrrr....

satu hari... kecoh la... ade sorang hamba Allah derma RM10000 kat masjid.... pergh... sume nganga la kan... satu ustaz ni pun selidik la.... rupa-rupanya pakcik yang naik beskal tu la pendermanya.... tu pun bukan pakcik tu yang gi tau... si pemegang amanah tabung masjid la yang bukak cite.... huhhhhhhhh hebat la...

kehidupan pakcik tu tetap macam hari-hari biasa.... rilek je kayuh basikal pi masjid pagi-pagi buta.... kalau kita? boleh tak wat cam tu? ohhhhhh bila dapat duit berkepuk-kepuk tentu la nak bli moto ke... ye tak? wat ganti beskal.... tak pun terus sambar sebijik keta... tak pun repair umah ke... wat umah batu ke... itulah biasanya keutamaan pada kita bila dapat duit.... pak cik tu tak wat cam tu.... dia lebih utamakan sedekah... kerana hatinya sangat yakin sedekah tu je la yang akan membantu lepas dia mati... selain anak yang soleh... juga ilmu yang diamalkan....

renung-renungkan la... moga kita semua lebih terdidik jiwa ke arah suatu kebaikan =)

BILA MAMA YAH MULA KOMEN TENTANG PIALA DUNIA

salam 
singkat dan ringkas je entri ni...

mama yah a.k.a mak aku.... bukan main komen pasal pemain bola sepak lagi-lagi argentina...(aku bukan penyokong argentina) haha.... sepakan kemas... larian kencang tah pape lagi la... dok la compare dengan malaysian player... lalala... aku layan je... lepas kecewa dengan german yang tak berapa konsisten kat padang... brazil jugak yang best... =)

buat england supporter hahaha dapat gak join 16 pasukan terbaik... untuk peringkat seterusnya.... kali ni memang betul-betul banyak kejutan la.... haishhhhhhhhh... dek kerana melayan bola... sibuk bace buku yang baru sampai.. layan game kat FB... blog ni mula terabai.... hihihi... nanti da abes WORLD CUP mungkin emosi aku stabil semula =)

kantoi nama pena mama yah adalah saza hahaha guling-guling gua dengar
u... i tak kisah pun kalau u nak pi bengkel penulisan skrip ke... huuuu =)

BLUES UNTUK RAKYAT

menuju harapan baru?

kayuh basikal laju-laju
hendak potong motokar depan
orang lain sudah lah maju
mengapa kita ketinggalan

ini bukan lagu protes
hanya blues untuk rakyat

blues untuk yang di tepi jalan
blues untuk yang di kelab malam
blues untuk yang masih sekolah
blues untuk yang hendak ke pasar

istana pasir di tepi pantai
hancur lalu dipukul ombak
kerana leka kita tergadai
kampung halaman mangsa jentolak

ini bukan lagu protes
sekadar bina semangat

klik SINI

p/s: untuk kezen-kezen aku korang leh la pi kat LENSA HIDUP kat FB.. juz taip lensa hidup... then korang leh la tengok video spesel.... ade banyak lagi aku tak upload... malas =)

25 June 2010

TIADA TEMPAT BUAT ORANG YANG KIKIR, DERHAKA DAN MENGADU-NGADU

salam
moga semua sihat sentiasa...
ni la aku... bila jumpa buku lupa sume...
huhuhu buku online yang aku order da sampai 3 buah....
tu yang tak berblog jadinya..... sejak balik dari PPUKM...
nanti kalau aku rajin akau taip la cite kat PPUKM ye...
de sesape nak join aku kat restaurant city kat FB? huuuuuu

ini adalah petikan daripada wasiat Rasulullah...
Rasulullah telah bersabda kepada Ali r.a:
"hai ali! aku telah melihat: tertulis di atas pintu syurga engkau diharamkan terhadap orang yang kikir, orang yang derhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang mengadu-ngadu"

kasih ibu bapa

INGIN TAHU TENTANG SMS DAN ISRAEL


salam
kembali bersiaran... setelah lama diam... 
(bukan diam ape sibuk main restaurant city kat FB)

terus pada topik asal... brader lok nak mintak tolong diberikan sedikit penerangan dan pendapat tentang SMS... nak bace artikel penuh klik SINI.... SMS tu berbunyi begini....

"malam tadi penjaga makam baginda Rasulullah s.a.w telah bermimpi........... (selebihnya tambah sendiri ye)
tolong sebarkan.... jika tidak anda kan ditimpa bala...."

lebih kurang camtu la SMS nya.... dan ade beberapa lagi spesis SMS yang lebih kurang camtu.... kononya kalau tak disebarkan akan ditimpa bala.... dulu-dulu penah ade surat berantai.... korang ingat tak? zaman SMS belum popular....

ni jawapan daripada aku:
dalam hati korang siapa yang MAHA BERKUASA? SMS atau ALLAH S.W.T? jawab dalam hati cukup la..... sebagaimana sepotong hadis...

"apabila kamu hendak meminta sesuatu, mintalah daripada Allah. jika kamu perlukan pertolongan, mintalah pertolongan daripada Allah. ketahuilah, sekiranya manusia bersatu bagi memberikan apa yang berfaedah kepadamu, kamu tidak akan mendapat faedah itu melainkan hal itu memang sudah ditulis oleh Allah. walaupun semua manusia bersatu bagi memberikan apa yang buruk kepadamu, kamu tidak akan ditimpa keburukan itu melainkan hal itu memang sudah dituliskan oleh Allah. "

riwayat at-Tirmizi (ni adalah hadis hasan sahih)

hadis yang kat atas tu panjang sebenarnya.... aku potong ambik maksud yang berkenaan dengan topik kita je ye.... ape jadi kalau orang yang masa dapat mesej tu dia tak de kredit? adakah esok dia akan ditimpa bala? atau yang memang tak de handphone langsung.... adekah depa tak ditimpa bala? kena faham sesuatu yang terjadi adalah takdir....

maksud yang aku nak tekankan kat sini.... jangan takut dengan SMS yang berbunyi camtu... kalau esok Allah dah tetapkan kita memang nak hilang duit.... duit tetap akan hilang jugak.... walaupun kita dah anta SMS tu kat 7 orang kawan kita..... dan begitulah sebaliknya.... sesuatu ketetapan Allah itu tetap akan terjadi... cuma kuasa kita hanyalah berusaha selebihnya tawakal.... apa-apa yang terjadi pada kita semua adalah kuasa ALLAH kerana hanya DIA yang MAHA BERKUASA.... bukan sebab SMS.... bukan sebab MANUSIA.... bukan sebab BENDA.... 

cuma mulut kita je yang selalu atau terlepas cakap... "haaaaa ni sume pasal ko" sesuatu yang terjadi semasa proses kita menerima takdir ALLAH.... tak kira perbuatan kita... benda atau apa pun yang terlibat hanyalah menjadi perantara je.... hakikatnya SEMUA yang terjadi adalah ketentuan ALLAH.... sama gak cam orang meninggal lepas cabut gigi.... kita tak leh arrr cakap sebab dia cabut gigi la dia meninggal.... kalau tak cabut mesti tak jadi cam ni.... (kita patut ingat tu semua takdir ajal orang tu da sampai... dan memang janji ALLAH ajal tak kan cepat atau lambat walau sesaat) macam tu gak dengan kalau kita eksiden masa hujan lebat.... pas eksiden kita cakap... "kalau aku tak kuar masa hujan tadi mesti tak eksiden" ishhhhhhhhh tak leh la cakap cam tu.... tu sume takdir.... maksudnya kita masih belum redha dengan apa yang terjadi.... ketentuan ALLAH tiada siapa boleh elak.... kerana DIA MAHA BERKUASA....

dan kita sebagai manusia yang diberikan anugerah iman... patut faham apa saja perkara yang terjadi ada hikmahnya dan selalulah bersangka baik pada ALLAH.... jika terjadi suatu perkara yang kita tak inginkan.... cuba renung semula diri kita..... ape yang kita dah lakukan.... mungkin itu sebagai ingatan... kerana setiap yang ALLAH berikan pada kita ada hikmahnya.... 

kesimpulan:
setiap suatu perkara yang kita tak sukai @ bala @ malang.... (yang sebenarnya peringatan atau kifarah dan kadang kala pada kita itu adalah perkara malang tetapi ALLAH telah mengetahui kebaikan disebaliknya) bukan kerana SMS kat atas tu.... SMS tu de apa-apa kuasa....

____________________________________________________________________


kedua:
"wahai kawan-kawan jangan berdoa minta ISRAEL dilaknat... kerana maksud ISRAEL adalah TUHAN KAMI"

gunalah istilah YAHUDI LAKNATULLAH...

ni jawapan daripada aku:
erm.... kita sebagai manusia yang beriman... mesti yakin ALLAH tu sedia ada.... tidak diberanakan.... tiada permulaan.... juga tiada pengakhiran.... apa kuasa kata-kata kita? boleh ke kata-kata kita nak musnahkan ALLAH? nak cakap ALLAH laknat ke apa.... tak kan ade kesan... sedangkan kita semua DIA jadikan.... so, tak de point nak takut atau bimbang dengan ayat tu.... yang penting hati kita.... kalau kita tak maksudkan cam tu tak de papelah.... 

ALLAH takkan luak sedikit pun kalau kita tak ikut perintahNYA.... ALLAH tidak akan terjejas apa-apa.... kalau kita tak ikut perintahNYA... kita la yang kena humban dalam neraka.... ALLAH tetap sama... tak de manfaat atau mudarat... kerana DIA MAHA BERKUASA.... DIA adalah pemilik mutlak alam ini.....

tapi pada aku kalau nak doa tu doakanlah "Ya Allah Kau berikan kemenangan pada mereka yang menegakan agamaMu...." tak kira kat mana pun dalam negara kita ke.... kat Palestin ke.... cuma korang leh la tambah spesifik sikit.... untuk rakyat Palestin ke.... pandai-pandai la modified doa korang... sebab kita memang dituntut untuk berdoa dengan lebih spesifik.... bila Islam da menang mesti la ade yang kalah kan? tak kira la.... depa mati ke.... terlungkup ke.... atau pape pun... aku pedulik ape.... da lawan Islam... tunggu je la balasan....

kesimpulan:
jangan bimbang ALLAH tak kan apa-apa dek kata-kata manusia.....

segala yang aku tulis ni kalau yang baik tu mesti la ilham daripada ALLAH kalau yang buruk tu khilaf aku sendiri.... 

semoga kita semua beroleh manfaat.... dan semakin meningkat ketakwaan kita dari hari ke hari... dan segala silap yang pernah dilakukan akan terampun.... selama mana kita tidak mengulangi kesilapan tu lagi.... juga kita mampu mengenali taubat yang sebenar-benarnya.... amin.... yakin kasih sayang ALLAH itu mengatasi kemurkaanNYA... =)

20 June 2010

JEMAAH ISLAMIAH TU PENGGANAS KE?

gambar ni aku pinjam dari blog Justice For All

salam & selamat sejahtera buat semua...
isu JEMAAH ISLAMIAH @ JI kini dimainkan oleh pihak pemerintah pulak... apa-apa pun kita semua terpaksa la dengar... al maklum semua saluran TV dan media cetak pemerintah kuasai.... JI = EKSTREM

apa-apa pun jom kita usyar apa maksud JEMAAH & ISLAMIAH

menurut Kamus Dewan Cetakan Kedua (Edisi Baru) 1991 - edisi agak lame tetapi daftar kata tidak lagi berubah untuk cetakan baru...

halaman 487
jemaah - kumpulan orang beribadat, orang ramai, perjumpaan ramai...

halaman 462
islamiah - berkaitan dengan agama Islam atau berasaskan agama Islam...

sewenang-wenangnya gerombolan ni menggelarkan JI tu ekstrem..... ekstrem dalam agama... pengganas... dan macam-macam lagi... walhal gerombolan ni gerun kini kebanyakan pensyarah sudah ramai pro pembangkang.... dan sudah mula nampak jalan yang lurus dan diredhai Allah huhuhu....

jadi isu pengganas @ JI mula dimainkan... dan kononnya sudah bertapak di IPTA... wahhhhhhhh.... kita semua beragama Islam... jadi tak perlulah termakan @ terpengaruh dengan dakyah Yahudi yang bila melihat seseorang yang KUAT mengamalkan Islam tu dengan mudah dilabelkan pengganas.... ekstrem.... kita yang beragama Islam aku rasa tak perlu lah terikut-ikut.... ye tak?

pada aku bagus lah kalau ada yang ekstrem dalam beragama... selagi tak mendatangkan syirik... kufur.... okay la... selagi tak timbul ajaran sesat atau mengaku nabi... pada aku tak jadi masalah beb.... 

takkan name ISLAM setakat dalam IC je... setakat mengaku ISLAM je... setakat tulis kat surat beranak je... mesti la diamalkan... betul tak? ye... aku tau tak semua mampu amalkan ISLAM dengan sempurna.... tapi kita tak perlulah KONDEM orang yang nak pakai jubah.... orang yang nak pakai serban.... orang yang bercerita hal politik di masjid....

terang dan nyata JUBAH tu pakaian baginda Rasulullah.... SERBAN tu SUNNAH Rasulullah.... SIASAH tu sebahagian daripada ISLAM... jadi tak de masalah kan? tu semua perihal ISLAM... takkan wat semua benda tu da kira ekstrem? da kira pengganas? lain la kalau hang pakai jubah... pakai serban.... tetiba pi tembak budak kecik umur 5 tahun tengah makan aiskrim... guna M16... haaaaaaaaaaaa ni memang la aku cakap gila ka? kalau tak gila baru la bleh panggil pengganas ke apa....

mereka Yahudi suka la.... kalau kita semua mengaku Islam.... setakat nama je.... mengaku Islam.... tapi bleh buat maksiat.... mengaku Islam.... tapi leh salam lelaki pempuan.... mengaku Islam tapi amal rasuah.... mengaku Islam.... tapi buat fitnah.... orang-orang Kafir memang suka kalau makin ramai gerombolan yang mengaku Islam tapi buat ni semua.... ni la agaknya Islam yang tak ekstrem kot.... "yang sedang-sedang saja" 

ye... tak semua perkara kita leh jadi cam yang Islam anjurkan.... kita semua banyak KHILAF... tapi kita tak bleh la marah kalau ade yang nak hidupkan SUNNAH... pakai serban... yang bersungguh-sungguh nak tegakkan Islam.... yang mahukan pemerintahan Islam...  ni tak.... nampak Islamik sket je dah cakap pengganas.... adehhhhh.... sakit aku tengok MENTALITI cam ni.... bila gerombolan pemerintah jumpa pensyarah cakap-cakap isu yang agak-agak ade terjerumus pada pembangkang je... da cakap ekstrem... da cakap pengganas....

kalau betul ade yang patut digelarkan pengganas.... sila dakwa mereka... tunjukan bukti sahih... baru boleh sebut kat TV.... baru leh cetak kat AKHBAR.... baru boleh hebah dalam media elektronik.... yang aku nampak sekarang ni kat malaysia.... bila ade gerombolan yang pertikai cara pemerintahan pemerintah... je yang akan ditentang habis-habisan.... kalau setakat warga asing.... orang bunuh-bunuh.... anak luar nikah.... sumbang mahram... tak de la di ambik berat sangat pun.... tu semua realiti...

gerombolan pemerintah perlu ingat.... tak ade negara dalam dunia ni tiada PEMBANGKANG.... jadi berentilah berangan-angan untuk menghapuskan gerombolan PEMBANGKANG.... juga berhentilah menyebarkan dakyah-dakyah yang seperti cerita FAIRYTALES.... jauhkan daripada agenda membunuh karekter pemimpin pembangkang.... jalanilah POLITIK yang bersih daripada fitnah... sistem pemerintahan yang bersih.... kalau rakyat tak mau hang pa.... hang pa bersedialah nak tarik diri.... begitu jugak pihak pembangkang....

JI @ JEMAAH ISLAMIAH tu sume propaganda je nak bagi umat Islam ni ambik mudah perihal agama..... atau nak menakut-nakutkan je.... kita semua perlu ingat tak SEMUA yang diperkatakan oleh kebanyakan kelompok manusia tu BENAR di sisi Allah.... kita yang miliki panduan iaitu Islam patut lebih tahu menilai.... jadi kita sebagai Muslim jangan la terpengaruh dengan istilah JI yang sering dilaung-laungkan barat.... hingga kita tegar untuk melabelkan insan seagama sebagai pengganas....

Firman Allah SWT:
"dan sekiranya kamu menuruti majoriti orang ramai di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah."
(Surah Al-An'am : 116)

p/s: aku bercuti sementara daripada berblog.... selamat membaca =)

19 June 2010

KISAH RAKYAT JELATA DAN JEMAAH MENTERI DALAM ISU SUBSIDI


salam...
moga semua sihat....

kenaikan harga petrol... ada rakyat yang bersetuju... ada yang membangkang... ada yang cakap rakyat jangan asyik bergantung pada subsidi.... ada yang kata sangat wajar semua rakyat diberi subsidi...

macam-macam pendapat yang kita boleh dengar... pandangan daripada gerombolan menteri... pandangan daripada rakyat jelata.... pandangan daripada kelompok pembangkang.... semua miliki alasan tersendiri...

pak menteri cakap... logik naik harga petrol atau istilah halusnya penarikan balik subsidi yang diberikan kerajaan... hasil yang sama hanya intonasi, ejaan dan sebutan je yang berbeza... hasilnya satu harga petrol naik.... atas alasan harga minyak dunia pun dah naik... harga barang akan naik jugak... rakyat tak boleh hidup asyik bergantung pada agihan subsidi je @ mentaliti subsidi....   

rasionalnya di sini:
jangan dibandingkan kenaikan harga petrol dengan negara yang memang sejak azali tak de sumber petroleum... sila bandingkan harga petrol dengan semua negara yang ada sumber petroleum.... barulah adil kan? mentaliti subsidi pulak.... sape yang wujudkan istilah subsidi? siapa yang momokan harga minyak naik tu sama dengan istilah pengurangan subsidi? cuba kalau dari awal lagi istilah tu tak digunakan.... mesti otak rakyat malaysia tak kan sebut istilah subsidi... cuba dari awal lagi kerajaan letak dalam pemikiran rakyat setiap kali harga barang naik @ harga petrol naik.... gunakan je istilah kenaikan harga.... tak payah sebut pengurangan subsidi... kan senang... istilah mentaliti subsidi tak kan wujud.

rakyat pulak berpiket sana sini... mengamuk... berhimpun.... marah-marah... tak puas hati... bergabung dengan gerombolan pembangkang... membantah habis-habisan sebarang kenaikan... sebab rakyat rasa terbeban... rakyat malaysia kebanyakannya masih hidup di bawah paras kemiskinan...

rasionalnya di sini:
rakyat tengok pihak pemerintah tarik balik subsidi... pemerintah kata boleh gunakan untuk membangunkan negara... rakyat tunggu... buat stadium... stadium runtuh... tunggu la kot-kot anak-anak belajar senang dapat biasiswa ke... PTPTN da tak de bunga ke.... yelah kate  nak kurangkan subsidi untuk kemajuan dan pembangunan kan... kemajuan dan pembangunan bukan je setakat bina bangunan.... kemajuan dari segi peluang pendidikan... mendapat pendidikan tanpa bebanan... pembangunan bukan setakat bina masjid besar-besar... jalan lebar-lebar... bangunan tinggi-tinggi je kan?pembangunan modal insan pun pembangunan jugak kan? berikan bantuan pendidikan... hapuskan bunga pada PTPTN ke... hapuskan yuran sekolah ke... yuran peperiksaan ke.... atau papelah yang nampak impaknya pada rakyat... berikan peluang pekerjaan pada rakyat jelata ke... mesti rakyat tak kan berpiket lagi kan? ade la give and take sikit....

lepas tu... muncul pulak idea...
kerajaan akan berikan subsidi pada yang betul-betul layak je.... orang susah... kalau tunggu orang yang betul-betul susah la.... mungkin depa keta pun tak da.... moto pun tak de... ye tak? nak buat pe dapat subsidi petrol? pada aku golongan yang betul-betul layak dapat subsidi.... mereka yang memang ada kenderaan cam moto... keta... yelah rakyat jelata yang ade kenderaan ni sume... bukan suka-suka je nak naik keta.... nak naik moto... depa mungkin nak pi keje.... depa mungkin nak pi hantar anak gi sekolah ke.... depa mungkin nak berniaga ke... kadang kala ada gak yang pendapatan 2K hingga 3K sebulan... nak kate kaya tak jugak... dengan situasi sekarang ni... mungkin rakyat yang kelas pertengahan ni... cukup makan je kot.... beli keta pun untuk mudahkan pi keja.... balik kampung... hantar anak-anak... kalau harga minyak naik beban jugak la kan.... bila harga minyak da naik.... macam-macam gak alasan pengusaha produk bagi untuk naikan harga depa gak... depa mesti la akan kira kos untuk setiap barang yang nak dipasarkan.... lain la kalau depa hantar produk depa jalan kaki... tak pe la... pada aku kategori rakyat jelata memang wajar dapat subsidi...  atau istilah lain harga barang dan petrol jangan dinaikan... yang patut dikurangkan elaun menteri-menteri.... depa elaun da dapat.... gaji pun ade gak.... pi mana-mana rakyat jelata kenal.. kebarangkalian untuk dapat tajaan tinggi... pi rasmi pape da dapat makan free.... kompang pun free.... keta pun ade keta rasmi... kediaman rasmi pun ade... nak korban kita same-same la berkorban.... jangan la rakyat je yang kena berkorban.... ye tak? pe pun pendapat korang kita kan 1 malaysia... nak berkorban pun kena la satu malaysia... huhuhu... =)

kami rakyat malaysia menantikan keputusan yang paling bijak daripada jemaah menteri... =)

18 June 2010

BAGUS BETUL DOKTOR TU BRO!!!


salam
selamat hari jumaat untuk semua yang sudi singgah =)
buat yang sedang bercuti selamat bercuti & berehat =)

pernah jumpa tak?
"ko sakit pe sampai jadi cam ni?" (si A bertanya pada si B)
"aku ade masalah usus..." (si B menjawab)
"ko tak berubat ke?" (si A bertanya pada si B lagi)
"dah banyak tempat aku cuba.... tak elok jugak..." (si B menjawab dengan nada sedikit kecewa)
"ko tak cuba pegi kat hospital ****** bagus la doktor kat situ... anak aku sakit elok bawak jumpa doktor tu" (si A bersemangat memberi saranan)
"ye ke? oooooooo nanti aku cuba.... pe name doktor tu?" (si B mula teruja)

______________________________________________________________

sape yang sembuhkan penyakit kalau korang sakit?

hakikatnya yang memberi segala kesembuhan.... adalah Allah S.W.T.... kadang kala kita semua sering tersilap kata terlanjur bicara.... atau masih tak ambik tau hal ni semua.... selalu cakap sekian-sekian ubat tu bagus.... selalu cakap sekian-sekian dukun tu bagus... selalu cakap sekian-sekian doktor tu bagus.... 

hakikatnya yang menyembuhkan semua penyakit adalah atas izin Allah S.W.T.... ubat, doktor, dukun dan segala yang lain adalah perantaraan untuk suatu proses penyembuhan... kalau Allah S.W.T tak izinkan nak sembuh pegi la berubat dengan doktor terhandal sekalipun tak kan sembuh jugak.... makan la ubat yang termahal dan terbaik.... tak kan sembuh jugak....

berbeza plak... kalau Allah S.W.T memang nak berikan kesembuhan walaupun minum air kosong... pun boleh sembuh.... tu la tanda kekuasaan Allah S.W.T.... yang kita mampu hanya berusaha.... kemudian tawakal.... ubat, doktor dan segala yang lain hanyalah perantaraan untuk kita memperolehi kesembuhan daripada sesuatu penyakit....

jaga-jaga dengan percakapan korang... takut-takut boleh memesongkan akidah.... lagi-lagi bila cakap doktor tu bagus la.......... ubat tu bagus la......... pastikan perkataan Insyallah disertakan sekali.... =)

p/s: aku bengang betul bila tengok iklan hai-o marketing.... cis!!! cakap hai-o yang bagik rezeki kat diaorang sampai depaa jadik kaya.... apa daaaaaaa....

17 June 2010

LUAHAN HATI SEORANG CUCU...


tetiba tipon nokia milik Opah Yah berbunyi... lagu Seindah Biasa dendangan Siti Nurhaliza... walaupun Atok Wawi ngan Opah Yah tak suka pun Siti.... tu semua agenda senyap cucu-cucu mereka... meletakkan ringtone ala-ala anak muda remaja....

MissXYZ: hello... assalamualaikum opah.... wat pe tu? 
Opah Yah: waalaikumsalam... oh... padilah(nama aku jadi berubah betol)... opah tengah lipat kain... (slang banjar)
MissXYZ: atok ngah wat pe?
Opah Yah: duduk tengok TV
MissXYZ: opah... panggilkan atok jap... nak cakap

2 minit kemudian....

Atok Wawi: assalamualaikum (slang pak arab sket)
MissXYZ: waalaikumsalam atok.... wat mende?
Atok Wawi: nengok TV...
MissXYZ: sihat?
Atok Wawi: sihat je...
MissXYZ: tok terima kasih lah dulu-dulu datang meminang opah.... kalau atok tak datang meminang opah.... tak lah ade ma(Mama Yah)... bila ma tak de... tak dapat la ayah(Papa Wi) kawin ngan ma... kalau jadi cam tu mesti kakak(MissXYZ) tak de... kan tok... sob sob sob(nangis)
Atok Wawi: la... nak cakap tu je?
MissXYZ: ha ah.... okay la tok kem salam opah, mak su, ucu, andak sume la ye... assalammualaikum
Atok Wawi: waalaikumsalam.... bai...

aku puas dapat luahkan rasa hati....

mood: teringatkan atok wawi... balik dari pahang kaki dia bengkak la pulak.... cam ne la nak gi meronggeng jauh-jauh ni... (think about u)

KEUTAMAAN MENGUCAP TAKZIAH


salam
moga sentiasa sihat dan diberkati...

takziah kat sini adalah menghibur untuk menyabarkan dan meringankan kesusahan yang diderita oleh orang yang sedang tertimpa musibah kematian....

hukumnya adalah sunat sejak hari kematian dan berlarutan selama 3 hari.... sunat diucapkan pada seluruh ahli keluarganya... tak kira budak kecik atau pun besar... tua ataupun muda... lelaki ataupun pempuan...

Ibnu Mas'ud r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda:
"siapa yang menghiburkan orang yang ditimpa musibah(bala') maka ia mendapat pahala sama dengan penderita itu"
(HR. At-Tirmidzi)

Amr bin Hazm r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda:
"tiada seorang mukmin yang menghibur saudaranya yang ditimpa musibah.... melainkan akan diberi oleh Allah perhiasan kehormatan di hari kiamat"
(HR. Ibnu MAjah dan Al-Baihaqi)

Abu Barzah r.a. berkata Rasulullah s.a.w bersabda:
"siapa yang menghibur wanita yang kematian anak... maka akan mendapat selendang di hari kiamat"
(HR. At-Tirmidzi)

erm... lepas da tau ni kalau ade kematian jangan lupa ucapkan takziah... dan jangan biarkan mereka bersedih hati dengan kematian tu.... =)

wallahualam....

p/s: FB aku da tak leh wat wall post ngan komen ye... harap maklum... aku da private tu sume... to lok... huhu nak post pape gi kat page LENSA HIDUP ~ nak promote blog pun leh kat situ... okay =)

MALAPETAKA YANG TERTANGGUH


salam
moga sihat semua =)

Anas r.a menceritakan Rasulullah s.a.w bersabda:
"Allah berfirman" : Aku tangguhkan malapetaka yang seharusnya tertimpa ke atas sesuatu daerah apabila Aku lihat di situ ada orang yang kerap ke masjid, kasih antara satu sama lain demi kepentingan Ku... dan berdoa memohon ampun pada waktu tengah malam."


dengan menjaga solat korang sendiri tak memadai... kerana malapetaka yang tertimpa bukan menimpa ke atas orang yang salah je... kadang kala tertimpa bagi suatu kelompok jugak.... kerana tu perlu ada orang-orang lain yang mengingatkan dan menyeru supaya mengikut perintah Allah S.W.T... dan berhenti daripada membuat perkara-perkara salah.... 

16 June 2010

CARA BUAT TAB MENU

salam
pe khabar semua?
erm.... harap senyum sokmo la ye...

jom tengok cara nak wat tab menu cam kat atas ni...
mula-mula... log in dulu dalam akaun blogger korang... huhuhu


okay.... kat dashboard korang ade menu design kan? so klik kat situ...



make sure korang gunakan templates yang ade add gadget kat bahagian atas.....



pastu korang add gadget... pilih pages... so pages akan ditambah pada layout korang.... kalau ade kat sidebar korang leh drag ke atas... kalau da memang kat atas... biar je la....



pastu gi kat posting.... pilih edit pages... korang leh la tambah pape tajuk pages yang korang suka... hanya pilih pada new page... leh la taruk pape name... post page yang korang dah add... korang keh tengok kat bahagian atas blog korang tab menu korang bertambah....



bila-bila masa korang nak edit page tu pun boleh.... juz klik pada edit pages....

p/s: aku dalam mood mengantuk.... layan bola punya pasal la ni... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...