GENG LENSA HIDUP

20 June 2010

JEMAAH ISLAMIAH TU PENGGANAS KE?

gambar ni aku pinjam dari blog Justice For All

salam & selamat sejahtera buat semua...
isu JEMAAH ISLAMIAH @ JI kini dimainkan oleh pihak pemerintah pulak... apa-apa pun kita semua terpaksa la dengar... al maklum semua saluran TV dan media cetak pemerintah kuasai.... JI = EKSTREM

apa-apa pun jom kita usyar apa maksud JEMAAH & ISLAMIAH

menurut Kamus Dewan Cetakan Kedua (Edisi Baru) 1991 - edisi agak lame tetapi daftar kata tidak lagi berubah untuk cetakan baru...

halaman 487
jemaah - kumpulan orang beribadat, orang ramai, perjumpaan ramai...

halaman 462
islamiah - berkaitan dengan agama Islam atau berasaskan agama Islam...

sewenang-wenangnya gerombolan ni menggelarkan JI tu ekstrem..... ekstrem dalam agama... pengganas... dan macam-macam lagi... walhal gerombolan ni gerun kini kebanyakan pensyarah sudah ramai pro pembangkang.... dan sudah mula nampak jalan yang lurus dan diredhai Allah huhuhu....

jadi isu pengganas @ JI mula dimainkan... dan kononnya sudah bertapak di IPTA... wahhhhhhhh.... kita semua beragama Islam... jadi tak perlulah termakan @ terpengaruh dengan dakyah Yahudi yang bila melihat seseorang yang KUAT mengamalkan Islam tu dengan mudah dilabelkan pengganas.... ekstrem.... kita yang beragama Islam aku rasa tak perlu lah terikut-ikut.... ye tak?

pada aku bagus lah kalau ada yang ekstrem dalam beragama... selagi tak mendatangkan syirik... kufur.... okay la... selagi tak timbul ajaran sesat atau mengaku nabi... pada aku tak jadi masalah beb.... 

takkan name ISLAM setakat dalam IC je... setakat mengaku ISLAM je... setakat tulis kat surat beranak je... mesti la diamalkan... betul tak? ye... aku tau tak semua mampu amalkan ISLAM dengan sempurna.... tapi kita tak perlulah KONDEM orang yang nak pakai jubah.... orang yang nak pakai serban.... orang yang bercerita hal politik di masjid....

terang dan nyata JUBAH tu pakaian baginda Rasulullah.... SERBAN tu SUNNAH Rasulullah.... SIASAH tu sebahagian daripada ISLAM... jadi tak de masalah kan? tu semua perihal ISLAM... takkan wat semua benda tu da kira ekstrem? da kira pengganas? lain la kalau hang pakai jubah... pakai serban.... tetiba pi tembak budak kecik umur 5 tahun tengah makan aiskrim... guna M16... haaaaaaaaaaaa ni memang la aku cakap gila ka? kalau tak gila baru la bleh panggil pengganas ke apa....

mereka Yahudi suka la.... kalau kita semua mengaku Islam.... setakat nama je.... mengaku Islam.... tapi bleh buat maksiat.... mengaku Islam.... tapi leh salam lelaki pempuan.... mengaku Islam tapi amal rasuah.... mengaku Islam.... tapi buat fitnah.... orang-orang Kafir memang suka kalau makin ramai gerombolan yang mengaku Islam tapi buat ni semua.... ni la agaknya Islam yang tak ekstrem kot.... "yang sedang-sedang saja" 

ye... tak semua perkara kita leh jadi cam yang Islam anjurkan.... kita semua banyak KHILAF... tapi kita tak bleh la marah kalau ade yang nak hidupkan SUNNAH... pakai serban... yang bersungguh-sungguh nak tegakkan Islam.... yang mahukan pemerintahan Islam...  ni tak.... nampak Islamik sket je dah cakap pengganas.... adehhhhh.... sakit aku tengok MENTALITI cam ni.... bila gerombolan pemerintah jumpa pensyarah cakap-cakap isu yang agak-agak ade terjerumus pada pembangkang je... da cakap ekstrem... da cakap pengganas....

kalau betul ade yang patut digelarkan pengganas.... sila dakwa mereka... tunjukan bukti sahih... baru boleh sebut kat TV.... baru leh cetak kat AKHBAR.... baru boleh hebah dalam media elektronik.... yang aku nampak sekarang ni kat malaysia.... bila ade gerombolan yang pertikai cara pemerintahan pemerintah... je yang akan ditentang habis-habisan.... kalau setakat warga asing.... orang bunuh-bunuh.... anak luar nikah.... sumbang mahram... tak de la di ambik berat sangat pun.... tu semua realiti...

gerombolan pemerintah perlu ingat.... tak ade negara dalam dunia ni tiada PEMBANGKANG.... jadi berentilah berangan-angan untuk menghapuskan gerombolan PEMBANGKANG.... juga berhentilah menyebarkan dakyah-dakyah yang seperti cerita FAIRYTALES.... jauhkan daripada agenda membunuh karekter pemimpin pembangkang.... jalanilah POLITIK yang bersih daripada fitnah... sistem pemerintahan yang bersih.... kalau rakyat tak mau hang pa.... hang pa bersedialah nak tarik diri.... begitu jugak pihak pembangkang....

JI @ JEMAAH ISLAMIAH tu sume propaganda je nak bagi umat Islam ni ambik mudah perihal agama..... atau nak menakut-nakutkan je.... kita semua perlu ingat tak SEMUA yang diperkatakan oleh kebanyakan kelompok manusia tu BENAR di sisi Allah.... kita yang miliki panduan iaitu Islam patut lebih tahu menilai.... jadi kita sebagai Muslim jangan la terpengaruh dengan istilah JI yang sering dilaung-laungkan barat.... hingga kita tegar untuk melabelkan insan seagama sebagai pengganas....

Firman Allah SWT:
"dan sekiranya kamu menuruti majoriti orang ramai di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah."
(Surah Al-An'am : 116)

p/s: aku bercuti sementara daripada berblog.... selamat membaca =)

11 comments:

piewahid said...

ikut qur'an sunnah- pengganas,
ikut iblis syaitan- moden,

islam dikambing-hitamkan oleh umatnya sendiri.

LaNuNsepet said...

tenkiu sebab ulas isu ni..
suka stail ko menulis..
siap ader rujuk kamus dewan lagi..

risau ar aku..
dieorg akan cuba mcm2 usaha nak jatuhkan org2 yang tentang mereka.
tak mustahil nnt umno ikut telunjuk barat, janji barat tolong maintainkan dieorg kat tampuk kerjaan.

bimbang aku jadi macam hamas n fatah.. fatah ade bantuan amerika hu3..fatah tu sama mcm umno. huh2..

kerajaan anti sgt dengan orang yg berbeza pendapat dgn dieorg, kalu bleh dier nak org sume ikuttt je ckp kerajaan ikut je ckp pemimpin..giler ke ape.. sifat dulu khir toyo ckp sifar pembangkang kat slangor.. gile2..

kalau lah majoriti semua UMNO menang..Bn menang.. hancur negara. lagi cepat hancur.. nsb ade pembangkang.. check n balance.. nlebih baik jika PAS sapu semua bersama pakatan.

majoriti? ya betul ayat firman tu.. demokrasi ni bahaya.. kalaulah semua ahli parlimen rasuah.. habislah negara jadi rasuah.. sebab dah majoriti.. takleh2.. kalu semua yag ulama n professional takpe gak.. kalu majoriti pelacaur?jd lak negara pelacur.

aku harap berita skrg ni jgnla wat main main.. kiter ade risiko buat berita gni.. nnt mula la barat nak bukak base kat malaysia, CIA nak dtg siasat itu ini.. tgkp org tu org ni.. hu3.. aku takut CIA buat perangcangn n ada2 kan cerita supaya dieorg leh masukk.. hu3.. jangan lar..

cpat2 kiter tumabngkan kerjaan korup ni.. benci aku!!!!

econpolics said...

aku pun xpaham ngan dorg dok tentang sgt,,

aku pun pernah join program JIM ni,,

jap2,,,JI ngan JIM sama ker??

Sufi Asri said...

mentaliti bangang.. huhu.. zaman skg nie, pengamal sunnah akan dihina.. diejek2.. walhal diorang mengamalankan sunnah nabi jer..

mmg benar org alim ulamak. Memelihara sunnah nabi di akhir zaman amat sukar sehingga diumpamakan megenggam bara api.

that y jika kita berjaya menghidupkan 1 sunnah nabi pon dah layak masuk syurga. begitu banyak cabarannya. astafirullahalazim..

zulkbo said...

salam..hari minggu
yang lesu..letih la pulak
rasaa nak tidur je..
he he..moga anda selalu
sihat..

Unknown said...

hm,bagi lepat,jihad sebenarnya adalah menentang tentera Israel..tu baru betul jihad..menentang musuh Islam dan dunia amnya..Tentang JI ni,lepat rasa depa hanya berjuang sia-sia sahaja kerana Islam tak pernah suruh umatnya bunuh manusia tidak berdosa..kalau silap,betulkan yer..

Pacifist said...

salam
setuju dgn Miss XYZ.saya pun ada ulas dlm blog sy.


http://kabilahmerdeka.blogspot.com/2010/06/dimana-ekstrem-dimana-jihad.html

Mario said...

errr...sokong 100%...

econpolics said...

Mandela,,Mintak Tolong Sikit,,Sila Ke Blog Aku eh,,kalau ko Da abez Cuti La

Loyar Lawa said...

itulahhh.... huhuhu

XYZ said...

buat semua:
ni hanyalah pendapat. tetapi bila dikaji dan dilihat itulah hakikat... hakikat zaman skg.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...