GENG LENSA HIDUP

09 October 2010

MENGELUH BILA HARI HUJAN

ade sesape yang mengeluh bila jumpa kumpulan hujan? uhuhuhu

assalammualaikum dan salam sejahtera...

moga semua sihat dan gembira selalu... pernah tak korang mengeluh bila hari hujan? contohnya seperti... "alamak weh... cuaca buruk la pulak hari ni..." tak pun... "cuaca buruk la sejak dua menjak ni kat tempat aku... aku tak dapat ke laut..." contohnye la... 

hujan selalu digambarkan akan menjadikan suasana semakin tak best... dan jadikan aktiviti... pun terbantut... kalau kat sesetengah tempat siap ade wat doa... supaya hujan tak turun kat tempat kita... nak nak mase ade kerja kawin... siap gantung baju terbalik lagi kat kawasan majlis tu... (yang tukang baca doa tu ustaz pulak...) ohhhhhh...

mase mengaji(belajar) tau pulak sebut hujan tu rahmat ehehe... kan?

yup hujan tu rahmat.... pintu rahmat terbuka saat hujan turun... sebab tu Rasulullah s.a.w pesan.... doa mustajab mase hujan lebat... penah dengar tak?  sedangkan Allah S.W.T tu Maha Mengetahui mase bila patut diturunkan hujan... mase bila patut berhenti hujan... mase bila patut hujan renyai-renyai... mase bila patut hujan lebat...

"maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11) 

"dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18 ) 

"dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Hud : 123)

cuma bila musim kemarau je la... kita teringatkan hujan... ye tak?

semoga selepas ni kita tak tersasul lagi dengan berkeluh kesah setiap kali turunnya hujan... =)

CERITA SEKOLAH MENGANDUNG LAGI


Apabila saya mengkritik pembukaan Sekolah Mengandung ramai pengampu Ali Rustam melenting menyatakan bahawa PAS hanya pandai mengkritik dan tidak berbuat apa-apa. Persoalannya sekarang siapa yang berkuasa di Melaka ini?
PAS sejak dari dahulu kini dan selama mencadang dan menasihatkan kerajaan negeri supaya menutup semua pusat maksiat dan menghentikan program maksiat supaya punca-punca maksiat ini dapat dikurang dan dibasmikan.
Kerajaan negeri Melaka yang mentadbir dan menguasai negeri mempunyai kuasa untuk menutup semua pusat maksiat seperti kelab malam, pub, rumah urut, pusat pelacuran, night club, dangdut, Spa dan sebagainya. Selain itu program-program maksiat yang melibatkan percampuran dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan mesti dihentikan serta merta.
Pada masa yang sama kerajaan negeri mesti memperbanyakkan kelas-kelas pengajian agama di masjid dan surau, memperbanyakkan sekolah agama, menambah peruntukan untuk progam agama Islam dalam bajet negeri dan sebagainya.
Namun semua nasihat dan cadangan yang kita ajukan ditolak mentah-mentah malah kerajaan negeri menggalakkan pula program-program maksiat di negeri ini.
Cuba tuan-puan melawat Taman Melaka Raya pada malam hari .......sudah pasti tuan-puan akan melihat ianya bagaikan tempat pesta maksiat yang tidak kawal. Hotel-hotel murah yang menjadi tempat melampias nafsu tumbuh bagaikan cendawan tumbuh. Itu semua menjadi tempat maksiat dan zina yang sesetengahnya melahirkan anak luar nikah.....
PAS yang tidak mempunyai kuasa di negeri Melaka ini sememangnya hanya pandai bercakap dan menasihat sahaja kerana kami tidak ada kuasa. Namun kita hendaklah merujuk kepada Hadis Nabi....Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dicegah dengan kuasa, Jika tiada kuasa cegahlah dengan lisan, jika tidak berkuasa dengan lisan bencilah dalam hati....itu adalah selemah-lemah iman.
nota: kerajaan yang memerintah sesebuah negerilah yang WAJIB menegakkan hukum Islam... disusuli pula oleh kerajaan pusat... takkan nak mintak orang yang tak de kuasa memerintah pulak kot...
siapa yang pegang hak untuk keluarkan lesen judi?
siapa yang pegang hak untuk keluarkan lesen kilang arak?
siapa yang pegang hak untuk keluarkan lesen rumah tumpangan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...