GENG LENSA HIDUP

03 August 2013

HINDARI PENYIBUK DAN PENGHASUT DALAM KEHIDUPAN BERUMAH TANGGA

salam dan selamat sejahtera...

penghasut dan penyibuk... bukan setakat jiran tetangga atau daripada kalangan teman-teman... boleh jadi juga daripada kalangan ahli keluarga...

kerana itu jika menghadapi sebarang masalah dalam hubungan suami isteri... pastikan anda berbincang bersama suami atau isteri terlebih dahulu... dan jika masih berpanjangan juga... panjat doa pada Allah agar diberi petunjuk dan jalan keluar...

perbuatan berkongsi kisah rumah tangga bersama individu lain... hatta ahli keluarga... boleh mengundang pelbagai masalah lagi sebenarnya...

jika anda berkongsi masalah dengan teman-teman atau jiran...
mungkin mereka suka melihat jika anda bertengkar dan bergaduh bersama pasangan anda... mereka akan ada peluang untuk mendekati pasangan anda dan sebagainya lagi...

jika anda mengadu atau bercerita pada ahli keluarga... seperti ayah, ibu, adik, kakak, abang...
kerana kadang kala akan menghasilkan satu sokongan yang TIDAK ADIL... kepada anda ataupun pasangan... tanpa mengetahui punca sebenar... kisah sebenar... dan sebaginya... selain akan menghasilkan sokongan yang TIDAK ADIL... dek kerana ada pertalian darah atau pernah termakan budi... daripada anda atau pasangan... akan menjadikan perkara HAK menjadi kabur disebalik kilauan cahaya...

memang ibu atau ayah akan simpati dengan kegoncangan rumah tangga anaknya... tetapi kadang kala ada sedikit hasutan atau menjadikan syak wasangka semakin menebal... biarpun masih ada dikalangan ibu dann ayah kandung yang bersifat adil...

cuma bimbang... masalah yang dihadapi akan menjadi punca KUASA DUA pulak hehehe

setiap pasangan kena berusaha untuk menghindarkan diri daripada PENGHASUT & PENYIBUK ni... supaya kerukunan rumah tangga dapat dijaga... dan KETEGASAN perlu ada dalam memeliharanya...

SUAMI atau ISTERI...
WAJIB pertahankan pasangan masing-masing jika dikata... walaupun daripada orang yang paling dihormati... selagi TIDAK BERBUKTI...

kadang kala PENGHASUT & PENYIBUK ni PERASAN... bahawa saranan atau IDEA mereka ini sangat membantu... walhal itu bakal menjadikan SYAK dan pelbagai lagi masalah timbul... di antara pasangan...

kerana perkara HALAL yang PALING DIBENCI adalah PENCERAIAN... dan 70 peratus pencerain di Malaysia kerana campur tangan orang ketiga...

AWAS!!!
elakkan berkongsi masalah rumah tangga di Facebook atau page khusus untuk mengadu masalah Rumah Tangga... kerana ia tidak membantu... malah kadang kala menambah rasa sakit hati...

PALING PENTING...
mengadulah pada ALLAH kerana DIA lah yang MAHA MEMBERI PERTOLONGAN, MAHA MENGETAHUI, MAHA ADIL, MAHA BIJAKSANA, MAHA MENDENGAR... dan segala MAHA yang ada... ALLAH juga lah yang memiliki HATI PASANGAN kita....

kejayaan memeliahara kerukunan RUMAH TANGGA... hebat ganjarannya... semoga semua yang membaca lebih berfikir panjang sebelum berkongsi sesuatu masalah dengan mereka yang bakal jadi PENYIBUK & PENGHASUT...

sekian sekadar berkongsi... sebab aku rimas baca perkongsian hal rumah tangga kat dalam FB... hadoiiii... mengadu hidup susah la... baju raya untuk anak tak mampu beli la... tak de duit la... tapi HADAP FACEBOOK ade pulak DUITNYE... nak bayar internet... ohoiiii...


hehehe wallahualam...



HANTAR ANAK KE RUMAH PENGASUH? FIKIR-FIKIR DULU...

salam dan selamat sejahtera...

zaman sekarang ni... ramai ibu-ibu yang berkerjaya... ye tak?

of coz la depa kena hantar anak kat umah pengasuh atau taska... kat sini aku nak share la... ape yang patut difikirkan dan diperhatikan sebelum hantar anak ke rumah pengasuh...

1. pastikan umah pengasuh tak de tangga... nak nak kalau anak kita jenis lasak
2. tak de anak bujang - kalau anak kita budak perempuan
3. persekitaran bersih
4. perhatikan cara pengasuh menjaga anak-anaknya
5. bahasa yang digunakan oleh pengasuh
6. sejauh mana nilai-nilai Islam diamalkan oleh pengasuh

dengan beberapa tips di atas at least kita da cuba memilih pengasuh yang terbaik untuk anak kita... di samping beberapa faktor lain lagi yang mesti kita perhatikan dan fikirkan sebelum menghantar anak ke rumah pengasuh...

kadang-kadang ada jugak pengasuh yang suka bagi budak-budak yang dia jaga tu... makan junk food... stail cam tu pun aku tak berapa berkenan... nak bagi anak dengar kata dan diam... di bagi makan junk food pulak... he3

tq.. sebab sudi luangkan masa membaca entri kali ni... =)


PEGANG TANGAN AWEK! SYOKNYE!

Salam dan selamat sejahtera...

Semoga semuanya sentiasa ceria dan gembira...

Kecoh betul isu video orang sambut raya dengan anjing... macam dahsyat gila... tapi hang pa tak kecoh plak budak-budak sekolah dok pegang2 tangan keluar dating... berlambak kot aku rase... da cam budaya plak... tanpa segan silu leh pegang2 dengan bukan mahram.... 

Tu nak panggil apo plak... isu kecik dibesar besarkan... isu besar buat tak nampak je... orang islam yang dok pegang pegang depan khalayak tu bukan kategori menghina agama islam lagi kot...

Sebab tu masih ok je...

renung-renungkan =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...