GENG LENSA HIDUP

01 February 2015

5 MINUMAN UNTUK KURANGKAN LEMAK BADAN

Kita semua tahu bahawa cara terbaik untuk mengurangkan lemak badan adalah melalui cara pemakanan yang sihat dan juga dengan bersenam. Tetapi, ini bukan satu-satunya cara untuk mengurangkan lemak di badan.
Terdapat beberapa jenis minuman yang anda boleh minum setiap hari untuk mengurangkan lemak di badan anda. Minuman-minuman ini telah dibuktikan dapat mengurangkan berat badan jika anda sentiasa meminumnya. 

Berikut adalah 5 jenis minuman tersebut!



Air kosong berais


Sebagai rakyat Malaysia, kami tercenderung untuk minum air berais kerana cuaca yang panas. 


Tahukah anda, meminum air kosong yang berais akan meningkatkan proses metabolisme badan anda dan akan menyingkirkan kalori yang banyak? Minumlah sekurang-kurangnya 0.4 liter air kosong berais setiap hari untuk melihat perubahannya! 


Air kelapa


Dari kedai di tepi jalan ke restoran-restoran besar,air kelapa boleh didapati di pelbagai tempat di Malaysia. Anda harus ataupun diwajibkan meminum air ini sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
Air kelapa adalah satu minuman yang sangat menghidratkan. Minumlah air kelapa daripada air suam kerana ia meningkatkan kadar metobolisme dan memberi anda tenaga yang lebih. Oleh itu, pastikan minum air ini dengan lebih kerap!


Susu skim

 

Susu skim juga dapat memecahkan lemak-lemak di dalam badan anda. Menurut pakar perubatan, susu skim akan menolong dalam menghilangkan lebih daripada 70% lemak daripada mereka yang langsung tidak mengambil susu! Minum segelas sehari untuk khasiatnya!


Teh hijau

 

Teh hijau adalah sejenis teh yang menjadi kegemaran mereka yang hidup sihat. Ini kerana ia meningkatkan kadar metabolisme di badan dan juga akan membakar kalori yang lebih. Teh hijau membolehkan anda membakar 43% kalori daripada air minuman yang lain! 

Watermelon smoothie


Untuk mendapat khasiat sepenuhnya, jangan memasukkan gula ke dalam watermelon smoothie anda! Minuman ini adalah antara cara terbaik untuk menghidratkan badan kerana ia mempunyai kandungan air yang banyak. 

Tambahan pula, ia mempunyai arginine iaitu satu asid amino yang boleh mengurangkan lemak di badan.


Tunggu apa lagi? Minum minuman di atas untuk mengurangkan lemak badan! 


Kredit Foto: Mindlify, Venusbuzz, Michigan Uni, Taras

KENAPA BACKPACK JADI PILIHAN

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

tahu tak backpack tu ape?

ini contoh backpack

dalam erti kata lain adalah beg galas.... kenapa aku sangat suka guna backpack? terutamanya semasa perjalanan jauh... dan bila travel sorang-sorang....

sebab mudah... ambil beg dan galas itu sahaja... tak perlu bimbang terlupa bawa beg dan lain-lain... memandangkan dulu aku pernah study kat perlis... jauh okay nak travel dari johor ke perlis... kalau naik bas... ambil masa 12jam tau...

dan backpack adalah pilihan utama aku... banyak macam mana barang sekalipun... aku tetap pilih backpack.... sebab pakaian ko boleh gulung-gulung untuk lebih muatan.... so dah jimat ruang...

ciri-ciri backpack yang bagus:
1. ada slot untuk laptop
2. ada at least 3 ruangan utama
3. paling kecil pun 50 liter
4. banyak poket
5. kalis air
6. ada pengaliran udara yang baik untuk belakang anda
7. ada rekabentuk yang sesuai untuk belakang anda
8. dibuat daripada material yang tahan lasak dan ringan
9. tahan lama
10. berbaloi untuk wang anda

dan pendek kata sangat sesuai untuk mereka yang selalu turun site, selalu pergi kerja naik public transport, like LRT, komuter, rapid bus... dan lain-lain. sebab ia memudahkan anda... dan tak perlu risau tertinggal beg....

berminat dengan backpack di atas???
boleh whatsapp 0129552047

ciri-ciri: ergonomik, mesra pengguna, dan mampu milik, berkualiti tinggi =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...