GENG LENSA HIDUP

19 July 2010

ISU BANKRAP MEMANG PANAS... MAI BACA SINI...



salam
jom kita bawak berfikir...
di mana betulnya BN dalam menghakimi atau mengadili...
ini BUKAN provokasi...


silalah berfikir dan sambil berzikir... heheh...


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala memaklumkan Malaysia bakal berdepan risiko bankrap dalam tempoh beberapa tahun kecuali rakyat sanggup menghadapi kenaikkan harga petrol, makanan dan elektrik. Beliau yang juga merupakan ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) memaklumkan bahawa hutang negara akan meningkat 100 peratus daripada keluaran dalam negara kasar pada tahun 2019 sekiranya pemberian subsidi dikekalkan.
Beliau berkata pada masa kini subsidi negara adalah 54 peratus daripada KDNK negara. Bagaimanapun cadangan pengurangan subsidi masih belum diluluskan kerajaan. "Kita tidak mahu menjadi seperti Greece, akhirnya," katanya. -Malaysia Today
tu kenyataan yang dikeluarkan oleh koncu BN... nape tak fail saman 200juta? hahaha kata Malaysia bakal bankrap tu... tak marah pun... DS Najib.... sebab statement tu menyokong BN bagi menaikan HARGA BARANG...
bila SUARA KEADILAN kata FELDA bankrap... fuyoooo... laju je nak saman... sebab PEMBANGKANG yang kuar statement tu... memang bankrap dan bakal bankrap dua perkataan yang berbeza...
macam mane ni? ada betol ka? fikirlah sendiri... =)
komen balas pada statement Idris Jala...
KOTA BAHARU, 3 Jun (Bernama) -- Malaysia tidak akan bankrap pada 2019 seperti Greece meskipun subsidi berjumlah RM74 bilion setahun diteruskan, kata Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein.

Beliau berkata keadaan ekonomi negara pada masa itu tidaklah begitu teruk seperti yang digambarkan iaitu seolah-olah negara tidak mampu membayar hutang jika kerajaan berhasrat meneruskan pemberian subsidi.

Hakikatnya, langkah untuk memansuhkan subsidi ialah bagi mengurangkan kadar defisit negara serta membolehkan kedudukan kewangan negara lebih stabil, katanya.

"Negara tidak akan bankrap. Mana boleh bangkrap sekalipun subsidi diteruskan, tetapi dengan cara itu (mansuhkan subsidi) boleh mengurangkan beban hutang dalam negara yang ditanggung oleh semua rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada Majlis Sepetang Bersama Timbalan Menteri Kewangan, di Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan Kubang Kerian di sini.

Awang Adek mengulas pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala bahawa negara boleh bankrap jika pemberian subsidi kepada rakyat diteruskan.

Idris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) Jabatan Perdana Menteri, berkata ia boleh berlaku kerana hutang negara dijangka meningkat 100 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2019, jika pemberian subsidi diteruskan.

Malaysia merupakan antara negara yang memberi subsidi tertinggi kepada rakyatnya iaitu berjumlah RM74 bilion pada 2009.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak bersetuju dengan pandangan Idris itu.

Menurut laporan media, defisit bajet 2009 Greece ialah 13.6 peratus daripada KDNK iaitu sebanyak 2.4 kali lebih tinggi berbanding Malaysia.

Malaysia memperoleh lebihan dagangan sebanyak RM118.4 bilion pada 2009 manakala Greece merekodkan defisit RM105.7 bilion dalam tempoh yang sama.

Pada Mac 2010, rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$95.3 bilion (RM304.96 bilion), 17.3 kali lebih tinggi berbanding Greece sebanyak AS$5.5 bilion (RM17.6 bilion).

Sehubungan itu, Awang Adek berkata kerajaan mengambil langkah terbaik bagi meningkatkan ekonomi negara, termasuk menggalakkan kemasukan pelaburan asing.

Beliau berkata antara kesan yang dapat dilihat hasil usaha kerajaan itu ialah ekonomi negara berkembang satu peratus pada suku pertama tahun ini berbanding di bawah sifar peratus tahun lepas, yang menunjukkan prestasi ekonomi mula berkembang.

Ketika berucap pada majlis itu, Dr Awang Adek berkata dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), usaha menarik lebih ramai pelabur ke negara ini akan diteruskan.

"Antaranya, pembukaan pusat pelaburan baharu seperti Wilayah Iskandar, Johor dan Sungai Buluh dan Sungai Besi, di Selangor," katanya.
BERNAMA
akhirnya? 16 julai 2010 maka dengan rasminya... penyelarasan subsidi... pengurangan subsidi... yang HAKIKATNYA ADALAH HARGA BARANG NAIK.... oh... tertipukah kita rakyat jelata?


anda hendak marah? sila fikir sekali lagi...

KAROTEN KHASIAT TERLINDUNG


salam
lame rasenye tak menaip entri tentang kesihatan...
juga menaip dengan ayat-ayat serius... hehehe... jom bace tentang karoten

karoten dan sterol tumbuhan memberikan khasiat yang terselindung di dalam pemakanan serta meningkatkan kesihatan tubuh badan. 

karoten ialah molekul pro-vitamin A larut lemak yang khasiatnya sudah lama dikaitkan dengan tubuh badan yang sihat. 

pakar pemakanan mengesyorkan supaya kita memakan makanan yang seimbang dan melebihkan kepada buah dan sayuran. wujudnya karoten dan phytonutrient di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran dapat dikenal pasti dari warna-warna buah-buahan dan sayur-sayuran itu sendiri. 

tumbuh-tumbuhan sebenarnya menyumbangkan lebih 500 jenis karoten yang kebanyakannya terkandung di dalam protoplasma buah-buahan dan sayur-sayuran itu sendiri. 

walaupun memakan sayuran hijau dan buah-buahan dapat membekalkan karoten yang cukup, kajian mendapati bahawa bioavailability sumber karoten adalah terhad. Ini adalah kerana enzim yang ada dalam sistem pencernaan kita harus memecahkan protoplasma dan membebaskan karoten untuk diserap oleh badan. sekiranya karoten itu diserap di bersama minyak atau lelemak, bioavailabilitinya adalah lebih tinggi. 

di sini minyak sawit memainkan peranan yang penting. warna minyak sawit mentah yang diekstrak dari buah sawit yang oren-kemerahan adalah disebabkan oleh kandungan karoten yang tinggi - lebih kurang 800 hingga 1000 m/kg. 

ia juga didominasi oleh karoten alpha dan beta yang tidak ada pada minyak sayuran yang lain. 

proses untuk mendapatkan olein sawit yang dilakukan secara konvensional tidak dapat membendung karoten daripada musnah akibat dari suhu pemprosesan yang tinggi. dengan kaedah baru yang dipelopori oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), kandungan karoten di dalam minyak sawit dapat dikekalkan. 

Khasiat Karoten 

fungsi utama karoten ialah sebagai pro-Vitamin A. isomer pro-Vitamin A yang paling aktif ialah ß-karoten diikuti oleh a-karoten. 

karoten dari minyak sawit didapati mengandungi kadar bioavailabiliti yang paling tinggi di antara semua sumber karoten tumbuhan. ini telah mendorong ahli sains dan pakar pemakanan untuk mengkaji keupayaan minyak sawit merah dalam membantu mengatasi masalah kekurangan Vitamin A di mana membabitkan kira-kira 15 juta kanak-kanak di seluruh dunia yang berisiko menjadi buta. 

minyak sawit merah digunakan di dalam pelbagai bentuk untuk menyalurkan pro-Vitamin A kepada kanak-kanak yang menghadapi risiko kekurangan zat. penemuan yang konsisten dari kajian mendapati bahawa masalah kekurangan Vitamin A di kalangan kanak-kanak itu dapat diatasi dengan pengambilan sekurang-kurangnya 1 sudu makan minyak sawit merah setiap hari. 

apabila ibu yang menyusu memakan makanan yang dimasak dengan minyak sawit merah, kandungan karoten di dalam susu ibu didapati meningkat secara mendadak. dengan cara ini, karoten pro-Vitamin A dapat disalurkan kepada bayi melalui susu ibu dan dilihat pada peningkatan kadar plasma retina (plasma retinal level). khasiat minyak sawit merah ini juga boleh di dapati dari makanan yang diberi kepada kanak-kanak yang baru berhenti menyusu. 

selain dari aktiviti pro-Vitamin A, karoten mempunyai fungsi-fungsi fisiologikal lain seperti pengantioksida, meningkatkan fungsi sistem imuniti dan aktiviti anti kanser. 

antara kesan positif hasil dari pengambilan makanan yang mengandungi sumber karoten yang tinggi ialah pengurangan risiko mascular degeneration, katarak, dan penyakit jantung.

NAIL BITER?








p/s: nawok le gambar ni hahahaha... nak share gak =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...