GENG LENSA HIDUP

08 July 2010

APEHAL NAK MARAH PULAK NI?


salam
harap semua kawan-kawan sihat ye...
ni ade cite baek punya....

jam dah menunjukan pukul 5:30 petang... hujan semakin lebat... Bedul tak kuasa lagi nak menunggu hujan reda... Bedul semakin gelisah kerana isteri beliau sedang menunggu kat umah....

tanpa berfikir panjang Bedul pun masuk ke dalam perut kereta dan bertekad untuk meredah hujan biarpun sangat lebat.... Bedul mengambil langkah mudah... untuk follow je kereta yang kat depan... almaklum jalan memang betul-betul tak nampak.... putih siot..... (korang penah kan alami cam ni?)

tiba-tiba kereta depan tu tekan emergency brake... Bedul pun tersondol la kereta yang dia follow tu.... Bedul pun keluar kereta marah-marah.... dengan muka bengisnya marah pada pemandu kereta tersebut....

pemandu kereta tu pun buat muka pelik....

"hei apesal lu nak marah? gua tekan brake sebab da sampai kat garaj kereta umah gua..."

KISAH INSANI


Andai hati ini sang kecapi
perasaan jadi talinya
engkau memetik jari jemari
berlagu irama duka dan lara

Andai tubuh ini boneka
nalurinya benang sutera
engkau dalang mengawalnya
ketimur keutara kemana jua
aku hanya menuruti
mengikut apa saja hukuman

Andai diri ini taman tasik
sang kirana pula jiwa raganya
engkau menjaring dengan senyuman
dan mengurungkannya dari segala
namun diri ini insani
pasti ada kemahuannya

Kerna aku terpanah arjuna
sedikitpun tidakku menyesali ooo
aku rela ditawanan
aku rela terpatri cinta suci
aku rela ditawanan
aku rela terpatri cinta suci....ooo..oo

p/s: u boleh faham ke?

download SINI

MERUNGKAI MASALAH SOLAT


salam
petikan daripada emel yang bertanya

akum cik xyz
macam mana nak solat sedangkan ayah saya sakit dan selalu dalam keadaan berhadas ketika di hospital. ayah saya pun pakai pampers. dah tua

berkongsi apa yang ada... apa yang aku tau... mudahan suatu ilmu dapat dipanjangkan... dan dimanfaatkan oleh semua...

sebagaimana yang kita semua tau solat tu tiang agama... sakit ke... nak mati ke... apa pun terjadi kita mesti solat... tak solat berdosa... tu je hukumnya.... kecuali mati... gila... tak sedar... ye tak?

sabda Rasulullah s.a.w:
sesungguhnya yang pertama kali dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat daripada amalnya ialah solatnya, jika solatnya itu adalah baik maka dia termasuk dalam orang yang bahagia lagi beruntung dan jika amal solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung.
(Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)

pernah tak korang dengar tentang solat hormat waktu?
pernah tak korang dengar tentang rukhsah solat?

ape tu?

rukhsah solat adalah keringanan untuk orang yang bermusafir atau dalam keadaan sakit. dulu aku penah wat rukhsah solat selain jamak dan qasar... mase tu aku tak berapa nak sihat... so sembahyang baring pun ade... duduk pun ade.... tu kita panggil rukhsah... keringanan atau kemudahan... rukhsah ni mestilah dilakukan dalam keadaan berwuduk dan tak perlu diqada' semula.... sifatnya seperti sembahyang yang lain... cuma ada keringanan dalam pergerakan solat atas sebab dalam kesakitan... atau bilangan rakaat yang dipendekan kerana sedang bermusafir....

berbeza pulak dengan solat hormat waktu.... solat yang dilakukan dalam keadaan darurat... kita mengetahui sudah nak habis waktu solat... tetapi disebabkan perkara yang tak dapat dielakan kita tak boleh nak bersolat... andaikata tersekat dalam kesesakan lalu lintas ke.... atau apa-apa situasi yang dibenarkan.... solat sebegini adalah solat tanpa wuduk... hanya niat dan perlu angkat takbir je... atau buat sekadar yang mampu... supaya kita tak berdosa... kemudian apabila dalam keadaan yang selesa solat perlu diqada' kembali.... solat cam ni... sesuai gak untuk mereka yang terlantar kat hospital.... dan tak leh nak pi ambik wuduk ke... atau sentiasa berhadas misalnya... memang perlu memakai pampers.... cam tu la contohnya.... dan setelah sihat perlulah jugak diqada'

menurut Imam al-Syafie, barang siapa yang meninggalkan solat wajib sementara dia Muslim, maka dia harus ditanya: mengapa kamu tidak bersolat? jika dia menjawab: saya terlupa. maka katakanlah: solatlah engkau ketika sudah ingat. jika dia menjawab: kerana saya sakit. maka katakanlah kepadanya: solatlah semampumu; berdiri, duduk atau berbaring atau dengan isyarat. apabila dia menjawab: saya mampu untuk bersolat, tetapi saya tidak solat dan saya akui solat itu wajib hukumnya. maka katakanlah kepadanya: solat itu adalah amal yang tidak boleh diwakilkan kepada yang lain. ia wajib dikerjakan oleh kamu oleh itu bertaubatlah. jika tidak kami akan membunuhmu. (Manhaj Aqidah Imam Asy-Syafie karya Dr Muhammad A W al-Aqil)

apapun hukuman bunuh hanya boleh dilaksanakan oleh penguasa Muslim yang sah dalam sesebuah negara melalui proses kehakiman. haaaaaaa kan betul -betul seriusnya hukuman bagi yang meninggalkan solat secara sengaja.... 

so... usahakan untuk solat dengan sempurna biarpun hanya rukhsah solat.... jika tidak mampu barulah dibenarkan solat hormat waktu.... hangpa pi shopping ka... tak de qada' qada' na...

wallahualam....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...