GENG LENSA HIDUP

15 April 2015

BEKAS KETUA POLIS NEGARA BERPIHAK PADA TUN M


Siasat semula kes Altantuya, Dr M tak salah menyoal, kata Musa Hassan
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dilihat memihak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dalam gesaannya agar pihak berkuasa menyiasat semula kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Katanya, bekas perdana menteri itu tidak sepatutnya disalahkan ataupun dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan seperti desakan beberapa pihak, hanya kerana bertanya mengenai kes pembunuhan tersebut.
"Sekarang ini Dr Mahathir tidak melakukan kesalahan. Nak siasat beliau (Dr Mahathir) kenapa?
"Beliau (Dr Mahathir) hanya tanya, siapa yang memberi arahan (pembunuhan Altantuya)? Adakah itu dianggap hasutan?
"Beliau hanya nak tahu siapa mengarah. Jadi, siasatan kalau boleh, menjuruskan kepada untuk mendapat jawapan, ataupun siapa yang mengarah," katanya kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.

Terdahulu, beliau menulis di laman Twitternya @TSMusaHassan mengatakan, pihak polis perlu membuka semula kes itu, walaupun mahkamah sudah mensabitkan kesalahan, agar segala pertanyaan perdana menteri paling lama berkhidmat itu terjawab.
Kata Musa menerusi tweetnya, Dr Mahathir langsung tidak melakukan kesalahan apabila mengeluarkan kenyataan menggesa pihak berkuasa menyiasat kes itu.
"Tun Mahathir tidak melakukan kesalahan beliau menyuarakan pertanyaan harap penyiasatan polis dapat menjawab segala pertanyaan Tun," kata beliau yang merupakan ketua polis negara semasa pembunuhan itu berlaku pada Oktober 2006.
Susulan pendedahan baru-baru ini oleh salah seorang yang disabitkan bersalah membunuh, bekas komando polis Sirul Azhar Umar, yang mengatakan beliau bertindak menurut arahan, Dr Mahathir meminta polis menyiasat siapa yang memberi arahan itu.
Pada 8 April, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dilaporkan merancang membuat laporan polis di seluruh negara bagi menggesa polis menyiasat Dr Mahathir mengikut Akta Hasutan susulan kenyataannya yang antara lain mengaitkan pembunuhan Altantuya dengan Najib.
Musa dalam perbualannya dengan pengikutnya di Twitter, kemudiannya ditanya kenapa pada zamannya polis tidak menyiasat motif kejadian.
Beliau menjawab: "Siasatan penuh dijalankan, tiga orang didakwa, seorang dibebaskan. Mangsa membuat laporan polis sebelum hilang."
Beliau dipercayai merujuk kepada Sirul dan rakannya di Unit Tindakan Khas Azilah Hadri, yang didapati bersalah oleh mahkamah, dan Abdul Razak Baginda yang dituduh bersubahat tetapi dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.
Sirul dan Azilah merupakan bekas pengawal pengiring Najib ketika itu sementara Razak merupakan salah seorang individu kepercayaan Najib.
Kata Musa di dalam tweetnya, motif itu sepatutnya didedahkan di mahkamah ketika perbicaraan berjalan.
Kepada seorang pengikut yang mengatakan sekurang-kurangnya selepas siasatan dibuat, polis dapat membersihkan nama Najib jika terbukti beliau bersih, Musa berkata: "Siasatan tidak tunjuk keterangan Najib terlibat, itu sebab tiga orang dituduh."
Mengulangi semula pendiriannya kepada The Malaysian Insider, Musa berkata, tidak ada sebab kertas siasatan tidak boleh dibuka memandangkan wujudnya laporan polis terdahulu, katanya merujuk kepada laporan polis dibuat Altantuya sebelum kejadian.
"Altantuya sebelum mati ada buat laporan polis, takkanlah pihak berkuasa tak siasat. Sebab ada yang cakap, jadi kenalah siasat.
"Benda ini saya dah ulang dulu. Kalau tak puas hati, tanyalah orang yang melakukannya, selain dari apa yang kita siasat," katanya merujuk kepada pembunuh Altantuya, Sirul dan Azilah.
Bagaimanapun, beliau tetap menyambut baik kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mengatakan semalam, pihak berkuasa mungkin akan menyiasat Dr Mahathir, tetapi ia akan dilakukan dengan berhati-hati dan secara senyap. – 14 April, 2015.themalaysianinsider.

RESEPI ROTI PURI


Pertama kali tengok orang masak roti puri ni dalam MAster Chef Selebriti... nampak macam sedap sangat... bila cicah dengan kari.... 



Resepinya:

2 cawan tepung gandum*
1 sdt yis kering brand mauripan*
1 sdt gula*
3 sdb minyak masak*
1/ 2 sdt garam*
3/4 cawan air suam (jangan guna air panas mendidih... takut yis mati)

Caranya:

Satukan semua bahan yang bertanda *..gaul hingga berderai2. .masukkan air suam.. uli selama 3- 5minit.. bulatkan sebesar bola pingpong(jgn besar sgt tau). .peram selama 30minit dalam bekas bertutup. .

Panaskan minyak masak guna api sederhana perlahan. .bila minyak da panas..gelekkan doh tadi hingga nipis.. . goreng satu2. . . curah2kan minyak pada roti puri hingga kembung..siap toskan.. 

selamat mencuba!!!

TAHUKAH ANDA DI MANAKAH DOSA ANDA KETIKA ANDA SEDANG SOLAT?

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : 


"Sesungguhnya seorang hamba yang bersembahyang sedang dia membawa semua dosa kesalahannya diletakkan di atas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia ruku' dan sujud maka berguguranlah dosanya itu".
( Riwayat at Tabarani dengan sanad yang sohih )


Hai!, mereka yang gopohhh gapah dalam ruku' dan sujud, panjangkan sedikit ruku' dan sujud mu agar mampu gugurnya dosa anda. 


Jangan terlepas ganjaran ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...