GENG LENSA HIDUP

02 July 2010

INI DARIPADA SUDUT PANDANG SEORANG MELAYU


salam
moga semua sihat sokmo la ye...
ini adalah pandangan dan pendapat berdasarkan pemerhatian....
menjawab pertanyaan tentang melayu... daripada pemuda umno tempat aku tak perlu la aku sebutkan name tempat asal aku ye... huhuhu... 

apabila kita lihat musim pilihanraya kecil atau pilihanraya umum... akan ada pencalonan sekurang-kurangnya pertandingan dua penjuru... malah kadang kala lebih... kita semua yang mengaku melayu... memang berbangga lagi-lagi bila disebut tentang hak-hak melayu dan sebagainya... cukup berbesar hati... ye la boleh katakan semua melayu miliki hak istimewa orang melayu.... tanah rezab melayu pun ade... kalau nak beli umah pun rezab bumiputera pun ade...

lepas tu bila berbunyi... bukan main marah... bukan main tak puas hati dan takut malaysia jatuh pada tangan bukan melayu.... ye tak? 

tapi penah tak korang ambik tau? ambik kira? ambik pusing? bila berlaku satu pilihanraya.... tak kira la pilihanraya kecil atau pilihanraya umum... apabila satu kawasan yang majoritinya adalah melayu... tetapi apabila dicalonkan bukan melayu bertanding dengan melayu... ada sesetengah tempat bukan melayu yang dipertandingkan tu boleh dapat kemenangan.... (ini biasa terjadi di kawasan yang ramai penyokong barisan nasional) janji BN tak pe... kita tetap undi... walaupun bukan melayu... nah... fikirkan... apa akan jadi pada masa akan datang? siapa sebenarnya yang bersedia memberi undi kepada bukan melayu? orang melayu sendiri... tetapi nanti yang berbunyi bimbing diperintah oleh cina atau india... orang melayu jugak...

lain pula di pihak bukan melayu... jika majoriti tempat tersebut adalah bukan melayu letaklah calon melayu... tak mungkin akan menang... kerana bukan melayu tidak bersedia untuk memberi undi kepada orang-orang melayu.... 

dan sebagai parti yang bakal meletakan calon mereka... sewajarnya sensetif terhadap situasi begini... dan pastikan calon yang dipertandingkan adalah daripada kaum majoriti tempat tu... dan kita perlu ingat... bukan melayu tidak mungkin akan melepaskan kerusi DUN atau PARLIMEN yang telah dimenangi... jika berlaku lagi pilihanraya.... dan semestinya mereka akan meminta calon daripada kaum mereka juga yang dicalonkan di kerusi tersebut.... tidak mungkin akan dapat kembali pada orang melayu melainkan wujud kesedaran dikalangan orang melayu itu sendiri... kerana majoriti pengundi adalah orang melayu.... dan yang berkuasa memberikan pencalonan tu pun orang melayu...

semestinya pemerintah yang ada kini mahu menjaga hati nurani bukan melayu iaitu cina dan india... kerana itu mereka dengan rela hati meletakan calon bukan melayu di kawasan majoriti orang melayu... lebih-lebih lagi kelompok melayu di situ diyakini tidak akan berpaling tadah daripada barisan nasional... 

sewajarnya orang-orang melayu sensetif dalam hal ini dan tidak mudah memberikan undi pada bukan melayu... melainkan memang tiada pilihan orang melayu islam yang menjadi calon...

aku rasa cukup kat sini... nanti aku sambung... menaip panjang-panjang takut ada yang jemu membaca..... kali ni aku menghuraikan daripada sudut melayu... entri akan datang aku terangkan plak isu bercakap tentang salah laku pemerintah... yang orang sering salah anggap sebagai 'mengata'

BULLETPROOF CAR

Limousin Bentley
mampu memecut sehingga 210km sejam
dan kebal daripada segala ancaman
kenderaan ini digunakan oleh Queen Elizabeth 


model 2006 Cadillac DTS sedan
yang sudah diubah suai oleh beberapa orang pakar 
kini digunakan oleh presiden AS
kenderaan ini kebal daripada segala jenis senjata


Toyota Century Royal dengan enjin V12
kenderaan ini digunakan oleh Maharaja Jepun
kenderaan ini kalis peluru dan bom granit


Proton Chancellor

bahagian dalam Proton Chancellor

 
proton Chancellor merupakan kenderaan rasmi PM
dengan nombor plat Chancellor13
kemudian kenderaan PM akan diiringi oleh Polis
juga kereta pengiring model Volvo XC90


Volvo XC90

manakala semua menteri kabinet menggunakan kenderaan
Proton Perdana Eksekutif
hanya Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud je...
 yang gunakan kenderaan jenis Rolls Royce yang kalis peluru
dengan nombor plat
'Ketua Menteri Sarawak'

p/s: tetiba datang idea untuk cari kenderaan kalis peluru teringat lecturer aku penah cite jenama Volvo adalah kenderaan yang terbaik dan kalis peluru =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...