GENG LENSA HIDUP

10 May 2010

APA AKAN JADI KALAU...

salam
penat dengan entri yang terlalu serius...
jemu sudah...

apa akan jadi kalau...
obama pandai cakap melayu?
lepas tu dia bace blog aku...

apa akan jadi kalau...
zulkbo tu perempuan?
tentu nama dia bukan zulkifli bin othman...

apa akan jadi kalau...
zahiril adzim tu follower aku?
mungkin juga dia tu kenal aku (cissss perasan)

apa akan jadi kalau...
fared ayam bukan penulis stabil?
tentu duit aku tak terbang 10 hengget...

apa akan jadi kalau...
lady gaga pengsan?
tentulah ramai yang perasan...

apa akan jadi kalau...
dadu itu bulat bukan segi empat?
tentu aku nak main dam ular tak dapat...

"papa... mungkin tu tak wujud.. papa jugak yang cakap tu semua takdir"
(miasara)

memilih jalan yang itu...
kau tak kan dapat pilih yang ini...
jangan terlalu tamak mahu ambil semua...
ingatlah mereka yang lain masih ada...
kita hanya ada dua pilihan...
syurga atau neraka...
dosa atau pahala...
islam atau kafir...
yang banyak pilihan...
hanya jawapan soalan objektif...
saat di dunia...
juga setiap soalan...
yang manusia sendiri cipta...

p/s: encik zul. pinjam name aok. okay.

menjengah blog:
jalan-jalan singgah kat blog kereta mayat. penulis blog ni gelarkan diri beliau hamka. tulisan bro hamka ni memang best dan tersendiri. apa yang beliau katakan adalah daripada sudut pemikiran beliau. selain disertakan unsur-unsur humor. aku rasa kebanyakan korang tau mengenai blog kereta mayat ni... aku memang suka bertandang kat blog ni... boleh katakan semua entri beliau meninggalkan kesan pada aku. kat sini aku pilih satu je untuk dijadikan contoh. entri tu adalah Saya Takut Hantu?. yang menjadi pengikut blog hamka ni pun ramai jugak... semua pembaca boleh katakan tak sabar nak tunggu entri baru beliau. termasuk lah aku!!!

KERANA NYAMUK KELAMBU DIBAKAR? APEKAH?

salam...
jom kita belajar mengenal nyamuk...
nanti bila ditanya tak de la nyamuk pon tak kenal..

nyamuk anopheles @ nyamuk tiruk(bukan teruk)
ni ha nyamuknya...
yang merupakan vektor bagi penyakit malaria


nyamuk aedes
nyamuk yang belang-belang hitam & putih
vektor kepada penyakit denggi
ni nyamuk paling popular
selalu je tengok kat dalam TV kan?
kalau tak kenal jugak aku tak tau nak kata pa...


nyamuk culex
vektor penyakit untut @ filariasis
ni ha orang yang kena sakit untut
ni semua terjadi kerana parasit tersebut tinggal di nod sistem limfa

fakta umum tentang nyamuk:
berat nyamuk adalah antara 2-2.5mg(miligram)
nyamuk mampu terbang dengan kelajuan antra 1.5- 2.5km/h
hanya nyamuk betina sahaja yang menghisap darah

menjengah blog:
jom aku nak ajak semua rakan blogger aku singgah kat blog Kekunciku Berdansa milik cikgu Yang Azmah. baru-baru ni beliau baru je jadi opah. beliau merupakan pesara guru. juga follower blog aku. kat blog beliau juga ade link dengan blog aku. selain merupakan komentar separa tegar kat blog aku. topik yang beliau ceritakan sangat banyak. terutamanya isu kekeluargaan. antara entri beliau yang menarik minat aku adalah Ramainya Warga Asing!!. terkini beliau cakap nak cuba resepi KERABU KERANG KUTUB SELATAN malunya aku... blushing. =)

KISAH ANTARA TOKOFEROL DAN TIAMIN ROMANTIK HABIS...

salam semua
aku nak kongsikan kisah
TOKOFEROL & TIAMIN
ohhhhhh....
itu hanya nama saintifik bagi vitamin je...
hehehe

jom aku kongsikan info tersebut...

vitamin A (retinol)
haa.... kita leh makan hati, susu, tomato & lobak merah untuk dapatkan sumber vitamin A. vitamin A ni berperanan untuk kesihatan tisu epitelium termasuk kulit. juga untuk atasi rabun malam & membantu pertumbuhan... jika korang kekurangan vitamin A. korang mugkin boleh mengalami gejala rabun malam,xeroftalmia & pertumbuhan terbantut.

vitamin B1 (tiamin)
meh aku habaq mai... korang leh dapatkan sumber bagi vitamin B1 ni daripada hati, yis, susu, bijirin yang tak dihancurkan & telur. vitamin ni penting untuk respirasi sel, pertumbuhan & memelihara sistem saraf. kakau korang kekurangan vitamin ni... korang mungkin akan megalami penyakit beri-beri & juga gangguan sistem saraf.

vitamin B2 (riboflavin)
sumber untuk perolehi vitamin ni same je ngan vitamin B1. peranannya juga sama... cuma gejala kekurangan vitamin ni je lain.... gejalanya adalah kulit meneglupas di hidung, telinga & mulut.

vitamin B3 (niasin @ asid nikotinik)
snak dapatkan vitamin ni... kena la makan makanan cam yang aku senarai kat atas tu... sangat penting untuk respirasi sel. juga memelihara sistem saraf,kulit & usus. andai kita kekurangannya... kita mugkin akan terkena penyakit pelagra & cirit-birit.

vitamin B5 (asid pantotenik)
fuhhh.. semakin malas menaip... lalala... boleh didapati pada daging, telur, bijirin, yis & hati. sangat perlu untuk respirasi sel. memelihara sistem saraf & pembentukan antibodi. jika korang kekurangan vitamin ni kemungkinan pertumbuhan akan terbantut. juga mengalami gangguan sistem saraf & jangkitan penyakit.

vitamin B6 (piridoksin)
boleh didapati daripada daging, hati telur & keju.. sangat diperlukan untuk penghasilan asid amino. jika korang kekurangan vitamin ni.. korang mungkin mengalami masalah anemia & cirit birit

vitamin B12 (kobalamin)
nak dapatkan vitamin ni kena la makan daging, hati, ikan, telur & keju. diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. jika kekurangan mugkin korang leh mengalami penyakit anemia.

vitamin C (asid askorbik)
boleh diperolehi daripada buah-buahan & sayuran segar.... buah terutama nya yang masam... kompem ade vitamin C okeh. dapat memelihara kesihatan salur darah... coz vitamin ni bersifat anti oksida. kekurangan vitamin C leh sebabkan penyakit skurvi.

vitamin D (kalsiferol)
boleh didapati daripada susu, hati, telur, mentega @ hang pi berjemur kat bawah cahaya matahari pagi... dari kol 8 sampai 9 lebih... juz estimation time je... ha... nanti kulit korang leh sentesis cahaya matahari tu untuk tukar jadi vitamin D. kepentingannya adalah untuk bantu penyerapan kalsium & fosforus untuk membina tulang & gigi yang kuat. jika kita kekurangannya kemungkinan boleh menghidapi penyakit riket & gigi mudah rosak.

vitamin E (tokoferol)
boleh diperolehi daripada gandum, sawi & kubis. kemungkinan boleh cegah kemandulan... aku cakap mungkin je ye... & sebagai anti oksida. hahaha kekurangan ni boleh sebabkan kulit berkedut... lalala... tak la...  mungkin kulit cepat berkedut....

vitamin K (filokuinon)
haa... makan kubis, sayuran hijau, tomato & hati... actually... sayuran yang kaler putih biasanya ade vitamin K. sangat penting untuk pembekuan darah. kalau kurang vitamin ni... darah agak lambat membeku & mungkin mengalami masalah anemia.

vitamin A,C,E adalah anti oksida so... leh bantu mencegah KANSER... dan melambatkan proses penuaan... ye la... orang pempuan selalu risau nampak tua... so aku bagi tau la ni...

pendek kata... makan je semua pape yang HALAL & ada kat malaysia ni... semua nya da manfaat untuk tubuh... makan lebih 40 jenis makanan sehari... untuk panjang umur... 40 jenis tu termasuk la... jintan manis, jitan putih, bawang putih, halia, cili, garam, gula, dan bla bla bla... 

menjengah BLOG:
aku nak ajak korang semua singgah blog BUJANG SUSAH sebab blog ni best . aku memang suka lepak kat blog BS. antara tajuk entri terbaru beliau yang buat aku ketawa adalah KELING DAPAT BASIKAL.TURUN BUKIT PUN DIKAYUHNYA...!!!. aku rase korang sume mesti tau pasal blog ni kan. beliau merupakan salah seorang follower aku. selain tu beliau selalu singgah & komen kat blog aku. letak name siapa tah kat shoutmix. ape pun aku ucapkan terima kasih kat BS. aku mark beliau sebagai otai blogger... yang follower dah nak dekat 2000 orang... blog beliau ade macam-macam cite. kisah agama, politik, & lain-lain... tapi beliau lebih cenderung pada POLITIK HIJAU... okay cukup la tu ye... nantikan blog siapa plak jadi pilihan lepas ni... =)

PASUKAN BIRU SUDAH MENANG

salam semua
JUARA EPL @ ENGLAND PREMIER LEAGUE
bahasa melayu orang panggil LIGA PERDANA ENGLAND
tapi aku dah biasa panggil ENGLISH PREMIER LEAGUE
sejak aku rajin tengok bola

pagi tadi penyokong PASUKAN BIRU syok le...
team diaorang menang...
bagi supporter MU sila jangan kecewa sangat...
(pujuk diri sendiri)
MU tertinggal satu mata je... 
pagi-pagi lagi papa wi gitau ade mesej dari uncle EROL
cakap TEAM dia menang....
nasib aku tak bace....
to TADOX, AZAN, PET....(rilek la musim len ade lagi)
nampaknye LOGO MU kat FB aku pas ni kena hentam le

p/s: entri ringkas je sempena kemenangan CHELSEA... tak de entri panjang berjela...
p/s/s: entri akan datang ni aku akan adekan review BLOG. pada bahagian bawah setiap kali aku post entri. antara blog yang akan aku letak adalah BLOG mereka yang rajin singgah BLOG aku. BLOG yang aku suka bace. BLOG yang ade LINK dengan aku. BLOG mereka yang penah jadi KOMENTAR kat blog aku. tapi satu entri hanya satu blog saja yang aku review.

keciwa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...