GENG LENSA HIDUP

15 March 2010

BERBICARA PADA TUHAN

salam
banyak lagi entri yang menanti untuk auto publish
hanya tunggu saat dan ketika
aku mahu kerehatan yang panjang

kamu sakit?
kamu penat?
kamu lelah?
kamu hilang keringat
kamu apa segala
mahu keluh kesah
pada manusia
mereka mengertikah
mereka fahamkah

benar kamu sakit
benar kamu lelah
benar kamu penat
benar kamu hilang semua keringat
belum tentu manusia bisa rasakan apa yang kamu rasa

lalu bicara dengan TUHAN mu
yang MAHA MENDENGAR
yang MAHA MENGETAHUI
yang MAHA SEGALA

hanya DIA tahu
apa dalam hati kamu

sekadar renungan

SAMAT DAN BAPA MERTUANYA...

Samat baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Samat ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20 kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini. Sejak Samat duduk di rumahnya...cepat sangat barang-barang dapur habis. Samat betul betul menghabiskan borehhh... 

Kebaikan Samat pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu...Waktu maghrib seronok depan tv tengok roda impian...lepas tu sambung tengok berita...lepas tu makan...lepas tu tidur..esok bangun pukul 8...pergi kedai kopi...bersembang, sampai tengahari. Balik makan, kemudian tidur...petang pergi kedai kopi lagi...main dam, berborak mengalahkan orang politik. Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan. Tetapi dia terus mencari idea...macam mana nak kenakan si Samat ni.. Suatu hari dia dapat idea...nak kenakan Samat..


"Samat, mari kita main dam haji..." katanya kepada Samat...
"Boleh juga..." kata samat tanpa mensyaki sesuatu.
Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Samat...
Dia hulur, Samat makan, hulur lagi...Samat makan lagi...hulur lagi makan lagi, dan lagi...dan lagi....
" Eh ko ni Samat...kuat betul makan laa....agak-agaklaa..." katanya tersenyum..
"Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni...mentang-mentang aku kuat makan" fikirnya dalam hati...tapi tak apa...


Mereka bermain set kedua...Bapa mertuanya hulur...dia tak makan...hulur lagi, tak makan juga...kena tangkap...tak macam set pertama...dia dah bijak sikit... Bila tak makan, mestilah kena tangkap...(sesiapa tak tahu main dam haji tentu tak faham cerita ini...)...kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji...


Apa lagi....
"Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke...?

AKU BUKAN HANTU

salam
masih dalam mode entri auto publish

aku bukan hantu
aku pengundi berdaftar




aku merupakan pengundi berdaftar
pertama kali mengundi pada 2008

sila klik untuk daftar pemilih

HIDUP

salam
sekadar renungan untuk aku dan kamu...

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI: 

Semalam - Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini - Apa yang sedang kita lakukan.
Esok - Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.
HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS: 

Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya.Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini. 

HIDUP CUMA
ADA 2 PILIHAN : 

Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.
HIDUP YANG ABADI CUMA
ADA 2 TEMPAT: 

Kekal didalam neraka.
Kekal didalam syurga. 

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu darinya maka hilanglah ia. Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT... Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapalterbang tetapi tidak mempunyai
BOARDING PASS. Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya...lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian. 

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini: 

Dia mungkin didenda.
Segala suratnya masuk tong sampah. 

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita....Sekurang-kurangnya Allah telah beri udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang...lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai. 

Semoga berbahagia selalu dalam rahmat Allah s.w.t.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...