GENG LENSA HIDUP

07 October 2015

SAINS DAPUR: CARA MUDAH BUAT DONAT GEBU


Assalammualaikum

kali ni aku nak share cara dan bahan buat donat yang gebu dan lembut... sebenarnya bahan asas nak buat donat mudah je....

antaranya adalah...

tepung gandum
lemak(minyak/marjerin/ shortening/santan)
gula
garam
air suam-suam kuku (jangan terlebih panas nanti yis mati)
yis

bahan kat atas tu adalah bahan yang mesti ada... korang jangan panik kalau tak de marjerin ke apa... janji ade lemak tak kisah lemak sayur atau lemak haiwan... nak guna mentega(lemak haiwan) pun boleh... tapi mahal la.... kan...

satukan air suam dan gula kacau supaya gula larut... jangan penuh sangat... letak yis dalam air suam. Biar hingga berbuih.

Dalam mangkuk lain masukkan tepung gandum, secubit garam, lemak. Gaul rata. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga jadi doh dan tak melekat di tangan. Pastikan doh dalam tekstur yang lembut sedikit dari biasa. Kemudian lumurkan sedikit minyak sekeliling doh. Tutup dan rehatkan.

Tunggu hingga naik 2x ganda. Kemudian tumbuk2 doh... dan bulatkan ikut saiz yang anda suka... tekan sedikit dan buat lubang guna jari.

Buat hingga siap. Jika penat dah mendonat. Baki doh boleh di simpan dalam peti sejuk. Dan bila nak guna baru keluarkan.

Panaskan minyak, untuk goreng tenggelam. Pastikan api sederhana untuk pastikan bahagian dalam masak sempurna.

Goreng hingga kuning keperangan. Angkat dan toskan. Hias ikut citarasa anda.

Sukatan tepung, lemak dan yis biasanya fleksibel... tapi yang penting jangan terlebih lemak. 500gram tepung untuk 11gram (1 paket yis mauripan) pun ok. 2 sudu makan lemak dan 250ml air.

(Anggaran sahaja)

Aku sebenarnya dah cuba banyak cara semua menjadi je. Ada yang guna roux water, ada yang letak kentang dan lain2 bahan.

Tapi resepi yang kat atas ni la yang paling mudah, murah dan cepat. Sangat sesuai untuk yang nak berniaga. Memang lembut lebih 12jam.

Nota: bila faham ilmu sains dan aplikasikan dalam masakan inshaAllah semuanya menjadi mudah.

Kenapa doh kena tumbuk2?
Sebab yis dalam doh tu sejenis organisma. Yis bernafas dan keluarkan karbon dioksida semasa penapaian doh. So tujuan tumbuk adalah untuk buang karbon dioksida yang ada.

Kenapa guna lemak?
Lemak untuk hasilkan doh yang elastik.

Kenapa guna air suam?
Kerana yis akan lebih pantas membiak pada suhu tersebut. Yis mati jika suhu terlalu tinggi.

Nota: kita akan jadi lebih seronok jika tahu dan faham fungsi sesuatu bahan yang digunakan dalam masakan. Dan akan rasa kepuasan memasak. Teknik sama juga untuk bust doh roti.

Cuma untuk roti... jika mahu boleh tambah bread improver atau pembaik roti. Bahan ni merupakan penstabil bagi roti.

Selamat mencuba dan bereksperimen!

Aku taip entri ni dengan sepenuh jiwa raga hahaha jangan tak baca sampai habis naa...


TERKINI: KEBAKARAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SAMUDRA GOMBAK








Musim jerebu ni ada kebakaran pulak...
Hmmm
Dekat sekolah kebangsaan Taman Samudra Gombak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...