GENG LENSA HIDUP

27 November 2015

SOFT PRETZELS CINNAMON SUGAR

resepi ni hasil perkongsian daripada member aku...
so aku pun try dan menjadi...

memang syok la kan... even firstimer... haha

jom layan bahan-bahan dan teknik membuatnya...

4 cawan tepung gandum
2 sudu besar minyak
1 sudu kecil pembaik roti
10 gram yis segera
4 sudu besar gula pasir
1 sudu besar mentega
2 sudu besar serbuk kayu manis
200 ml air suam
500 ml (1 1/2 sudu kecil)larutan bikarbonat soda

1. Masukkan yis ke dalam air suam, tambah gula, biar berbuih.
2. Satukan tepung, minyak, pembaik roti dan yis yang dah berbuih tadi.
3. Uli hingga tak melekat. Lumur sedikit minyak pada doh. Rehatkan doh selama 45 minit.
4. Larutkam 1 1/2 sudu kecil bikarbonat soda ke dalam air.
5. Tumbuk dan uli doh. Buat bulat besar. Penyekkan sedikit. Dan potong kepada 6 bahagian. Gentel doh sepanjang boleh.
6. Buat bentuk u, pintal 2 kali dan lipat ke dalam. Biar seketika. Rendam pretzel tadi dalam larutan soda bikarbonat selama 5 saat.
7. Letak atas tray. Pastikan oven dipanaskan pada suhu 180 darjah selama 15 minit.
8. Buat hingga habis. Bakar pretzel selama 15 minit.
9. Setelah siap sapukan marjerin di atas pretzel. dan tabur serbuk kayu manis yang digaul bersama gula.

ni lepas kena pintal dan dicelup larutan bikarbonat soda

ni dah siap dibakar

campurkan serbuk kayu manis dan gula. kemudian tabur di atas pretzels

siap. sedap, lembut, gebu, makan panas-panas memang terangkat baq hang

TARIKH PEMBAYARAN BR1M 2016


Tarikh pembayaran pertama bermula pada bulan Januari 2016
Pendapatan isi rumah bawah RM1,000 sebulan - RM350
Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan - RM300
Pendapatan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000 sebulan  - RM250
Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tak melebihi RM2,000 - RM400

Tarikh pembayaran kedua bermula pada bulan Mei 2016
Pendapatan isi rumah bawah RM1,000 sebulan - RM350
Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan - RM350
Pendapatan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000 sebulan  - RM250

Tarikh pembayaran ketiga bermula pada bulan September 2016
Pendapatan isi rumah bawah RM1,000 sebulan - RM350
Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan - RM350
Pendapatan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000 sebulan  - RM300

Cara pembayaran BR1M 2016
1. Akaun Bank
Bagi penerima yang ada mengisi akaun bank semasa memohon, pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima.
2. Baucer
Bagi penerima yang tiada akaun bank akan menerima baucar BR1M, yang boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB atau Maybank.

Masalah BR1M
Anda juga boleh ajukan sebarang masalah atau soalan mengenai tarikh dan cara pembayaran BR1M 2015 dengan menghubungi:
Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 / 03-88824566
Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
Email kepada br1m@treasury.gov.my.

KETEPIKAN WALKER: ASUHLAH ANAK SECARA ALAMI



"Cantik walker Syafiqah, ada mainan di bahagian depannya. Inilah yang menyebabkan Syafiqah ke hulur ke hilir dengan walker pemberian neneknya"

"Syafiqah ni baru 6 bulan.Kalau saya tiarapkan atau dia meniarap sendiri tak boleh lama-lama.Nanti dia menangis. Dia marah sebab badannya agak berat,dia tidak menjulur ke depan"

" Saya nak berkemas dan memasak terpaksalah masukkan dia ke walker. Syafiqah suka duduk di depan pintu melihat orang lalu lalang.Saya boleh buat kerja" ujar ibu Syafiqah

Inilah masalah yang dihadapi oleh ramai ibu di luar sana dan entah berapa ramai lagi anak-anak yang senasib dengan Syafiqah. Sebagai ibu kita perlu sedar bahawa meniarap, menjulur serta merangkak adalah pergerakan atau latihan fizikal yang penting bagi pembangunan fizikal dan intelek anak-anak

Dalam al-Quran surah al-Infithaar,Ayat 7-8 Allah berfirman: 

"Yang telah mencptakanmu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan anggota-anggotamu seimbang,menurut rupa yang di kehendaki-Nya.Dia menyusun tubuhmu".

Oleh kerana Allah sempurnakan penciptaan manusia dengan sebaik-baik kejadian, lantas manusia berperanan menggunakan sebaik mungkin setiap kurniaan Allah.Penggunaan walker boleh memudaratkan anak.

Sering kali anak ditinggalkan sendirian tanpa diawasi sementara ibu sibuk di dapur mengemas atau membasuh lalu terjadi kejadian yang tidak diingin seperti terjatuh dari walker atau anak-anak ditimpa buku atau pasu bunga yang sering diletak di atas meja kerana ditarik alasnya oleh anak

Kejadian seumpama ini boleh membahayakan anak terutama kepalanya boleh cedera.Kemungkinan ia tidak nampak dengan mata kasar tetapi kecederaan otak iaitu dari dlm.Apa yang lebih penting ialah sekiranya anak diletak dalam walker,anak tidak berpeluang untuk menjulur dan merangkak

Hakikat inilah yang perlu disedari oleh ibu-ibu. Tiarapkan anak sebaik sahaja selepas dilahirkan dan amalkan setiap hari. Insya-Allah anak akan cepat menjulur dan merangkak. Ini memberikan dia peluang utk berkembang dr segi fizikal dan intelektual

Manfaat Anak Meniarap
Di samping itu, ibu-ibu perlu tahu kebaikan dan manfaat tujuan anak ditiarapkan,menjulur dan merangkak. Antara kebaikannya adalah :

+ Mempercepatkan pembangunan sistem saraf otak 

+ Membolehkan kepalanya membesar dan berbentuk bulat (tidak leper)

+ Mempercepatkan pembangunan daya penglihatannya sehingga ia dapat menembungkan penglihatan ke dua-dua matanya 

+ Menguatkan otak-otak leher,bahu dan belakang sambil mempercepatkan pernafasannya

+ Mempercepatkan dia membuka jari-jari tangan agar meningkatkan daya genggaman,mengacu serta daya sentuhan

+ Membolehkan anak menggunakan kedua-dua tangannya untuk mengangkat badannya dan terus mula mengimbang badannya

+ Membolehkan dia bergerak dgn tujuan meneroka

+ Mencegah segala masalah yang boleh berlaku jika anak ditelentangkan

+ Memperkuatkan asas bagi dia cepat berdiri dan menyusur

+ Meningkatkan asas bagi anak memperoleh pertuturan yang baik

Di sini saya menyarankan agar ibu-ibu yang mempunyai walker di rumah eloklah disimpan saja.Walker banyak mendatangkan kesan buruk pada perkembangan anak-anak. Jika terlalu cepat dimasukkan ke dalam walker otot-otot leher yang masih lembut akan rosak. Ini merugikan anak

Di samping itu, anak tidak berpeluang meneroka sedangkan itulah masa untuk mereka meneroka. Anak-anak di dalam walker cepat marah, menangis bila tidak dipedulikan ibu-ibu. Ibu-ibu mulalah lepas tangan dengan pekerjaan sehingga anak berkemungkinan anak terjatuh dari walker

Kenapa mesti pilih walker? Kenapa tidak menjulur dan merangkak sahaja? Itulah persoalan yang ibu-ibu perlu jawab berdasarkan artikel ini.


Artikel : Dato' Dr.Noor Laily
Institut Pembangunan Keluarga dan Kanak-kanak Nury

JUBAH BREASTFEEDING FRIENDLY HANYA RM60 SAHAJA!!!






SIMPLE DAN ELEGANT
RM60 SM/ RM70 SS
INCLUDE POSTAGE

WHATSAPP 0179143052
LENGTH: 145CM
BUST: 105CM
SHOULDER: 40CM
SLEEVE: 62CM
ARM HOLE: 49CM
SIZE: FREE SIZE , ANGGARAN MUAT SAMPAI XL
MATERIAL: COTTON
*ADA ZIP DIDEPAN 
*ADA SPAN DIKEDUA-DUA BAHU 
*ADA TALI DI PINGGANG

FACEBOOK PAGE: Infinity On9 Shop

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...