GENG LENSA HIDUP

28 June 2014

JENAMA FAREEDA BERPRESTIJ


Assalammualaikum...

asyik-asyik cerita FAREEDA... 
tak bosan ke? aku nak bagi komen sikit la...

Walaupun aku tak beli tudung FAREEDA, tapi aku sangat benci mereka yang berfikiran begini. TOLONGLAH! Kalau tak mampu beli, TAK PAYAH BELI sebab ini barangan kehendak, bukan keperluan. Kenapa tak bising bila store H&M yang baru nak buka, launch pukul 11 pagi esok tapi orang beratur dari 6 petang hari sebelumnya. 

Kes yang sama; tak mampu beli barang ori dari LV, Ralph Lauren, Chanel, Prada, Burberry, Marc Jacob, etc. ramai yang cari ciplak. Tayang kat orang ramai dengan versi ciplak dibeli. Tapi still, orang tahu kalau yang jenis ambil tahu pasal fesyen. Dan #FAREEDA; disebabkan Fareeda itu jenama tempatan maka akan adalah orang yang tak mampu cakap "Terlalu mahal. Baik beli tudung 10 hingget". "Perlu tolong anak bangsa, kesian orang Melayu beli tudung mahal-mahal". "Fareeda terlalu sombong". Mereka terus komplen sebab bukan mereka yang berjaya macam Fareeda.

Dan macam biasa, tipikal Melayu. Mainkan agama. Kenapa? Beratur panjang-panjang maksiat ke? Mula timbul isu tinggal anak suami, tinggal tanggungjawab. Solat? C'mon. Islam itu pemudah cara. Solat bukan beban pun. Boleh je dilakukan dimana-mana... la ni banyak da surau... janji tempat suci...

Ada statement dari tulisan ini; "Anda sengkang mata macam gelandangan di kaki lima; tapi owner dia sedap-sedap tidur atas tilam empuk dalam air-cond". Maka? Takkan owner tu kena join sekali? Mereka cuma beratur ala-ala gelandangan (biasa berlaku untuk sesuatu pelancaran store baru kalau di luar negara). Anda tak fikir perit jerih asal perniagaannya. PELIK. Bila ada jenama hebat Melayu, mula orang nak pertikaikan. Yang mempertikaikan pula orang Melayu juga. 

Dan yang pasti FAREEDA mampu letak advert kat billboard Tol Sungai Besi. Bukan semua mampu walaupun syarikat-syarikat besar yang telah lama bertapak. Anda patut bangga dengan bertapa prestijnya jenama anak bangsa ini. 

"KAU MAMPU?"

fikir-fikirlah... bila lagi nak sokong jenama Muslim...
serupa jugak...

kalau kau beli sos jenama MAGGI...  ade problem sikit... "ahh biarlah lah sikit je..."
cuba kau beli sos jenama AMINAH keluaran bumiputera... sikit je silap terus kena Band...

babai

AJAR ANAK BERENANG

Assalammualikum

sekali sekala seronok jugak beriadah bersama anak-anak ni ye tak... nak-anak ade anak-anak yang suka main air ni... seronok betul tengok keletah dia orang...

my hubby sangat suka selam-selam kan anak kita orang... tapi abang ahmad agak penakut sikit berbanding adiknya Alisha... 



jumpa kawan baru ajar swimming =)



nampak kan muka abang macam cuak je hu3








thanks dear sebab rajin melayan anak-anak kita swimming =)
Alisha suka sangat dapat masuk air.... abang Ahmad berani-berani takut... huhu
sabo je la....

ok babai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...