GENG LENSA HIDUP

30 August 2010

KESUKARAN YANG DIALAMI PAK ALI...

pinjam daripada kosmo =)

salam 
semoga semua sentiasa di bawah lindunganNya...
jom kita layan cite menarik ni...

Akhirnya pak Ali yang sudah tua dimasukkan anak-anaknya ke rumah orang-orang tua. Baru saja dia masuk ke sana , seorang jururawat yang ayu sudah datang menemaninya duduk-duduk di anjung.

Begitulah, mereka berdua duduk bersebelahan sambil menatap matahari yang hendak terbenam. Tiba-tiba pak Ali mencondongkan badannya ke kanan.

Si Jururawat dengan cekap menangkapnya agar tidak terjatuh dan menegakkan badannya kembali.

Beberapa saat kemudian kembali pak Ali mencondongkan badannya, kali ini ke kiri. Kembali dengan tangkas si jururawat menegakkannya kembali. Begitulah terjadi selama beberapa minit.

Akhirnya si jururawat membawa pak Ali kembali ke biliknya.

Keesokan harinya anaknya datang melawat.

"Bagaimana keadaan Bapak di sini?" tanya anaknya.

"Menyenangkan . Tilamnya empuk, makanannya enak, jururawatnya manis-manis. Tapi ada satu masalah"

"Masalah apa Pak?"

"Mereka tidak mengizinkan bapak kentut di sini"
________________________________________________________________________________

dari cik tom


terima kasih ye cik tom... jom la singgah kat blog cik tom... ade macam-macam cite kat sane... hihi mari-mari... pakat ramai-ramai...

MENUTUP AURAT DALAM MASJID ATAU SURAU




salam 
semoga sejahtera dan beroleh keberkatan...

kali ni bukan untuk menimbulkan sebarang provokasi... tetapi entri ni adalah untuk membawa kita semua berfikir... aku dah terang banyak kali dalam entri yang sebelum-sebelum ni... pemimpin yang ada kini cuba menerapkan dalam kotak pemikiran kita semua rakyat Malaysia terutamanya Muslim adalah... Politik dan Masjid tak boleh digandingkan...

fahamkah anda maksud SIASAH? siasah adalah politik... cuma perkataan tu dalam bahasa Arab... betul tak? bagaimana boleh Politik dan Masjid tak boleh digandingkan? sedangkan aku dah ulang banyak kali... di dalam Islam itulah adanya Politik... di dalam Islam tu ade semua...

kenapa nak pisah-pisahkan?

di masjid juga  kita boleh imarahkan dengan perbincangan, forum, ceramah, bukan sekadar bersolat je... di masjidlah tempat para muslimin dan muslimat berkumpul... kan senang nak bincang hal ehwal ekonomi, politik dan sebagainya.... ye tak? belajar mengaji boleh... macam-macam la... nak serahkan bantuan ke... betul tak?

cuba anda semua lihat gambar kat atas tu?

muslim yang tidak bertudung atau non muslim yang tak bertudung yang akan memikul dosa?

kenapa non muslim yang masuk ke surau tak menutup aurat digembar gemburkan?
kenapa muslim yang tak menutup aurat tak diceritakan sama?

adakah kerana itu imej isteri perdana menteri? 
semua media arus perdana dilarang menyebut atau menyekat... 
adakah kerana non muslim itu dari pakatan rakyat? 
kerana tu dia diumpat... dia dihambat...

sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi... tak pernah melarang atau menegah non muslim untuk memasuki masjid... kerana itu adalah salah satu jalan dakwah... supaya mereka merasakan indahnya rumah Allah... 

non muslim tak boleh masuk masjid?

perlu ingat sebagai wanita muslim jangan hanya masuk masjid atau surau je nak tutup aurat... di luar masjid atau surau juga wajib hukumnya... kenapa Jabatan Agama Islam tak tegur tu semua? adakah kerana menjaga sensetiviti pemimpin utama?

jangan pertikaikan non muslim masuk surau atau masjid tak tutup aurat... kerana tu semua tak wajib bagi mereka... yang wajib adalah wanita muslim untuk menutup aurat sama ada di luar atau di dalam masjid.... betul tak?

dengan melabelkan non muslim tersebut mencemar kesucian rumah Allah... bagaimana dengan muslim yang tak menutup aurat? perintah wajib yang dipandang enteng... anda pula cuba meremehkan hukum siapa?

dan pada aku tak perlulah nak mainkan isu ni dengan hebat sekali kat dalam media arus perdana... kerana boleh menyebabkan non muslim tak mau mendekati islam... hapuskan la undang-undang yang khufarat... yang cuba diada-adakan untuk menyelewengkan Islam... demi memastikan kekuasaan politik anda tidak tergugat...

jangan biarkan pemikiran sekularism bertapak dalam kepala kita untuk memisahkan politik dan agama =)

jangan sangka pemikiran rakyat masih di dalam tempurung... =)

nota: khurafat adalah perkara yang diada-adakan

wallahualam...

p/s: aku setuju jika non muslim perlu berpakaian sopan... fikirlah anda akan faham insyaAllah

senipis iman adalah membenci kemungkaran dalam hati... paling tinggi iman apabila menghentikan sesuatu kemungkaran dengan tangan...

SEPAK KANG!!!

salam
semoga semua sihat walafiat...

S.E.P.A.K

perkataan kat atas tu korang panggil ape?
huhu boleh jadi dua maksud kan?

teringat aku mase kecik-kecik dulu... suka sangat main bola sepak kertas hoho... 'players' nye pon buat dari kertas... kertas keras akan dilipat dua... susun atas meja atau lantai atau mane-mane kawasan yang rata... ingat tak? best kan? ade keeper lagi... sayap kanan dan kiri...

complete sume players permainan dimulakan huhu...

kat kelas pulak belajar Fizik... selalu main-main je... huhu... sembang-sembang... mentang-mentang cikgu fizik aku tu suka mengajar setempat dan tak suka jalan-jalan... bahagia weh mase tu... dah la malas bace buku... cikgu fizik aku bersalin kita orang yang bertambah bahagia... sebab tak de cikgu ganti... macam-macam aktiviti boleh buat derrr

walaupun cam tu... aku rajin gak pegi tuition fizik kat Pusat Tuition Orbit....

my faveret teacher mengajar... kenape faveret? sebab dia pon suke mengajar mengadap white board... haha boleh la aku main rubik's cube... bila dia pusing menulis kat white board... hoho... sambil sembang-sembang dengan zahar... milah... chai meng... 

ayat cikgu aspar ahmad yang aku tak leh lupa...

"fizik adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita ye kelas...."

mase tu aku tak amik tau pun huhu sebab belum nak ambik SPM lagi... banyak mase... bila lagi 2 minggu nak SPM... rase tak sempat je nak study huuuuuuuuuu.... mase tu baru aku percaya frasa cikgu aku "fizik adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita ye kelas..."

tuang sos dari botol teringat fizik
tengok bola sepak teringat fizik
singgah main  buai teringat fizik

seram siot nak exam SPM... dulu aku tak percaya pun... hahahaha...

sampailah hari exam fizik... huhu... aku da cakap awal-awal kat cikgu tuition aku tu jaga periksa kat sekolah aku... bagi semangat sikit... masuk je dewan aku da nampak muka dia... huhuhu... emosi masih stabil... (aku tau dia risau aku tak dapat jawab kalau gelabah)

semagat je aku menjawab dari awal sampai akhir dapat result pun cun... syukur sangat A untuk subjek fizik mase SPM... hehe...

cikgu Aspar bin Ahmad saya bekas anak murid cikgu yang nakal ni nak ucapkan selamat hari lahir kat cikgu... raye nanti mai le umah... nak duit raye jugak ulalala =)  

Aspar bin Ahmad

nasib baik aku tak pernah kena sepak biarpun dulu aku nakal...

bila da betul-betul besar sekarang ni baru aku yakin... 
kehidupan ni macam teori momentum jugalah p = m*v

berbaloi derr blaja fizik nak nak mase tengok Shawshank Redemption banyak ilmu fizik dalam cite tu huhu... tah pehal aku suke beno cite tu.... 

p/s: aku baru tau jap je tadi... mase chat ngan beliau kat FB huhu... tu tros buat entri ni
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...