salam
semoga sejahtera dan beroleh keberkatan...
kali ni bukan untuk menimbulkan sebarang provokasi... tetapi entri ni adalah untuk membawa kita semua berfikir... aku dah terang banyak kali dalam entri yang sebelum-sebelum ni... pemimpin yang ada kini cuba menerapkan dalam kotak pemikiran kita semua rakyat Malaysia terutamanya Muslim adalah... Politik dan Masjid tak boleh digandingkan...
fahamkah anda maksud SIASAH? siasah adalah politik... cuma perkataan tu dalam bahasa Arab... betul tak? bagaimana boleh Politik dan Masjid tak boleh digandingkan? sedangkan aku dah ulang banyak kali... di dalam Islam itulah adanya Politik... di dalam Islam tu ade semua...
kenapa nak pisah-pisahkan?
di masjid juga kita boleh imarahkan dengan perbincangan, forum, ceramah, bukan sekadar bersolat je... di masjidlah tempat para muslimin dan muslimat berkumpul... kan senang nak bincang hal ehwal ekonomi, politik dan sebagainya.... ye tak? belajar mengaji boleh... macam-macam la... nak serahkan bantuan ke... betul tak?
cuba anda semua lihat gambar kat atas tu?
muslim yang tidak bertudung atau non muslim yang tak bertudung yang akan memikul dosa?
kenapa non muslim yang masuk ke surau tak menutup aurat digembar gemburkan?
kenapa muslim yang tak menutup aurat tak diceritakan sama?
adakah kerana itu imej isteri perdana menteri?
semua media arus perdana dilarang menyebut atau menyekat...
adakah kerana non muslim itu dari pakatan rakyat?
kerana tu dia diumpat... dia dihambat...
sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi... tak pernah melarang atau menegah non muslim untuk memasuki masjid... kerana itu adalah salah satu jalan dakwah... supaya mereka merasakan indahnya rumah Allah...
non muslim tak boleh masuk masjid?
perlu ingat sebagai wanita muslim jangan hanya masuk masjid atau surau je nak tutup aurat... di luar masjid atau surau juga wajib hukumnya... kenapa Jabatan Agama Islam tak tegur tu semua? adakah kerana menjaga sensetiviti pemimpin utama?
jangan pertikaikan non muslim masuk surau atau masjid tak tutup aurat... kerana tu semua tak wajib bagi mereka... yang wajib adalah wanita muslim untuk menutup aurat sama ada di luar atau di dalam masjid.... betul tak?
dengan melabelkan non muslim tersebut mencemar kesucian rumah Allah... bagaimana dengan muslim yang tak menutup aurat? perintah wajib yang dipandang enteng... anda pula cuba meremehkan hukum siapa?
dan pada aku tak perlulah nak mainkan isu ni dengan hebat sekali kat dalam media arus perdana... kerana boleh menyebabkan non muslim tak mau mendekati islam... hapuskan la undang-undang yang khufarat... yang cuba diada-adakan untuk menyelewengkan Islam... demi memastikan kekuasaan politik anda tidak tergugat...
jangan biarkan pemikiran sekularism bertapak dalam kepala kita untuk memisahkan politik dan agama =)
jangan sangka pemikiran rakyat masih di dalam tempurung... =)
nota: khurafat adalah perkara yang diada-adakan
wallahualam...
p/s: aku setuju jika non muslim perlu berpakaian sopan... fikirlah anda akan faham insyaAllah
senipis iman adalah membenci kemungkaran dalam hati... paling tinggi iman apabila menghentikan sesuatu kemungkaran dengan tangan...
27 comments:
Salam..
nak buat macamana, cetek ilmu tapi suka nak cipta isu.. alih-alih senjata makan tuan.. memang padan dengan muka..
hihi...komen drpd ashrahi sgt best!saya setuju...org bodoh cuba cipta senjata yg akhirnya membunuh tuan juga :)
Sedangkan Rasulallah membenarkan dan mempelawa rombongan Kristian utk berembahyang(cara kristian) dlm masjid Nabawi,apakah masjid Malaysia lebih mulia drpd masjid Nabi?
TERBARU: mencari wajah Tuhan
baru tadi tgk dalam buletin pagi diorg dok kecoh2.. setuju dgn miss, jgn sampai non muslim takut mendekati islam. kalau kat surau kolej ni ada je non-muslim masuk sebab ada perjumpaan. asalkan bertertib dan tidak buat bising dan jaga kebersihan, ok lah..
sepatutnya kecoh kalau muslim yg tak tutup aurat kan.. wallahu'alam~
huru-hara kita ni
Salam...bila Islam itu dipaksa mengikut kehendak pengikutnya..inilah yang terjadi...bukan pengikutnya yang patut mengikuti ajaran Islam itu sendiri...dakwah itu salah satu ertinya adalah contoh...kalau contoh kelam kabut..kelam kabutlah jadinyer...apapun jom..jumpa di akhirat..astragfirULLAHhala'zimmmmm..
tah la..name je pangkat besor..terpelajar..tapi memo besor depan masjid2 xtau bace,,,kan tiap msjid ade memo KAWASAN TUTUP AURAT... xtau bace ke saje nak tunjuk diri 2 besar dari segalanye??? insaf la...
to ashrafi: huhu mkn tuan dh...
to iqbal: nak ikut ajaran Rasul atau ajaran rekaan ye? huhu
to anna: btol masih rmai yg muslim pandang enteng soal menutup aurat
to cemomoi: huru dan hara =)
to assoy: agama patut letak paling depan sekali kan?
to jeman: ermmm luar masjid juga kwsn tutup aurat bg wanita muslim huhu =)
to all: tq singgah komen =)
suka cari pasal...bnda yg tk sepatutnya diperbesarkan..diperbesarkan....
ha..kn dh kena btg hidung sndiri...huhu..
sj nk timbulkn isu perkauman pun ada gak ni...
sm lah macam isi khutbh yg lepas...haih..tk sudah2 kan..? ;)
jom ke APA KATA HATI pulak,
WAKTU TIDUR
benda kecik nak heboh2...
padahal diri sendiri tak betul lagi...
perempuan yang bising2 pasal kesucian masjid tercemar ni tutp aurat ke???
islam itu ugama syumul...menyeluruh bukan sekerat kerat..macam pakai tudung sekerat.....akhir zaman Islam balik ke dagang juga..perlu di tarbiah .. puak ni
salam..notami mintak izin nak copy entri nie..boleh?
to nabila: ermm btol la tu huhu
to mira: huhu mira dh mrh derr
to a.luqman: yup agama kne ambik semua bkn sekerat
to notami: boleh je copy silakan =)
nak buat isu tapi kena diri sendiri.
hehe.. biasa laaa...dunia :P...
hahahaha... apa leh wat, orang macam nie mmg selalunya ada! (sendiri xsuluh lagi... nak suluh orang punya plak kan!... suluh sendiri dulu baru laa nak sulukan orang lain!*perbetulkan diri*) hahahaha.... macam-macam laa!
Ya Allah!!Enkau beri la petunjuk pada mereka yang berkaitan tu..huhu..dasyat la dunia skng!
salam miss xyz
islam utk org bkn utk mereka.
sibuk melihat keislaman org lain ttp keislaman sendiri tidak dipeduli.masa memerintah selangor tidak peduli kilang arak.bila PR memerintah,baru tahu arak itu haram.sibuk memikirkan kenapa DAP tidak terima negara islam dan hudud.sedangkan mereka juga menolak.apa beza mereka dgn DAP.DAP dah jelas kafirnya.mereka?mengaku beragama islam,ttp menolak hukum Islam.hukum ttg puasa dan zakat ikut,hukum ttg hudud dan qisas tolak.jadi kesatuan yg mcm mana mereka inginkan?sibuk membuat congakan bagaimana ahli parlimen islam boleh menguasai parlemen dan seterusnya istihar hudud dan negara islam.sedangkan sekarang mereka berkuasa dan jika mereka mahu ISLAM mereka tidak akan tunggu PAS.dah jelas mereka memang menolak apa yg mahu diusahakan oleh PAS.dah jelas Islam itu hanya utk PAS.ttp apabila mereka tidak lagi berkuasa di beberapa negeri, baru mereka bangkitkan isu,kononnya mereka itulah pejuang agama dgn isu arak judi aurat dll.
Dunia oh Dunia...
http://wargamarhaen.blogspot.com/2010/09/zul-nordin-dan-kafir-harbi.html
Post a Comment