GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label khurafat. Show all posts
Showing posts with label khurafat. Show all posts

29 September 2010

MELAYU AKAN HILANG KUASA JIKA TERUS UNDI PAKATAN...



assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua...

rileks jangan gelabah... tu hanya satu statement khurafat yang cuba dimomokan dalam minda orang melayu... ye la... korang faham maksud khurafat? khurafat tu maksudnya sesuatu yang diada-adakan.... ok harap faham sampai hadam...

hari-hari keluar TV
MELAYU AKAN HILANG KUASA JIKA TERUS UNDI PAKATAN

hari-hari keluar kat surat khabar
MELAYU AKAN HILANG KUASA JIKA TERUS UNDI PAKATAN

huhuhu

sebenarnya MELAYU UMNO yang akan hilang kuasa derrr bukan rakyat jelata yang hilang kuasa... percaya tak? 

meh aku terang kasi jelas...

kenapa aku katakan MELAYU UMNO hilang kuasa?
sebab depa da tak mungkin lagi dapat sapu kontrak yang juta-juta... billion-billion... depa da tak boleh guna duit sesuka hati depa... depa tak boleh pegi melancong ke luar negara guna duit rakyat... banyak lagi aktivit mereka akan terbantut dek kerana HILANG KUASA memerintah... (mane le depa tak susah hati derrrr... tu yang dok tabur fitnah... wat cite bukan-bukan nak bagi rakyat takut...)

ape yang penting RAKYAT JELATA tetap macam biasa hidup dengan usaha sendiri... yang makan gaji tetap lakukan seperti rutin harian... yang pergi sekolah akan teruskan persekolahan... yang bekerja akan teruskan pekerjaan... yang berniaga akan terus berniaga... yang ade tanah berhektar-hektar tanah tu tetap jadi hak mereka (khusus untuk rakyat jelata ok... bukan menteri-menteri yang banyak harta)

ye ke tu?
jawapannya ye... kenapa aku cakap cam tu? contohnya... mak limah sebelum PAKATAN RAKYAT memerintah negara.... (mase BN memerintah la tu) beliau ade rumah 3 tingkat... pastu PAKATAN RAKYAT pulak dapat memerintah... mak limah tetap jugak dapat duduk kat rumah 3 tingkat tu... tak kan le bila PAKATAN RAKYAT memerintah rumah dia tup tup jadi reban ayam... tak pun jadi umah setingkat je... tak mungkin kan? (tak susah pon?)

contoh lagi... hari ni BN memerintah... tetiba esok PAKATAN RAKYAT pulak dapat kuasa memerintah negara... pakcik leman yang kerja kat kilang panasonic... esok lusa... tulat... langkat... dia tetap gak keje kat kilang tu... sampai le dia pencen atau dia mau berenti keje... tak de pe pun yang hilang... tak de pe pun yang kurang (yang keje cuci toilet kat KLCC pun tetap lakukan tugas harian cam biase...)

BN tak de rakyat hidup susah...

alahai... tu sume tipu... apehal plak? kat KOREA... tak de BN pun... kat JEPUN takde BN pun... kat SINGAPURA tak de BN pun.... sume hidup senang je.... tempat-tempat lain pun ade gak yang hidup susah... mengalami masalah kebuluran dan sebagainya... ye tak? ade atau tak BN tu bukan soalnya.... sebab REZEKI setiap makhluk ALLAH S.W.T dah tentukan...

yang akan HILANG dan MUNGKIN BERKURANG... selepas PAKATAN RAKYAT memerintah... semestinya la FITNAH-FITNAH kat stesen TV... pembohongan di MEDIA cetak dan elektronik... fenomena aset negara semakin susut dapat dihentikan... (sekarang aset negara makin susut... dah sume nak bagi kat orang luar... tanah, hakmilik rumah, minyak dan lain-lain)

ape yang penting sebagai PEMERINTAH yang ada... perlulah melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan tu... perlulah benar-benar jujur... dan melaksanakan ISLAM bermula dengan diri sendiri, ahli keluarga dan seterusnya untuk negara juga rakyat jelata... barulah RAKYAT JELATA hidup selesa dan aman bahagia.... dan pastinya jika ISLAM diamalkan dengan BAIK... non muslim juga tidak akan menderita...

nota: jangan memandai-mandai mengatakan non muslim tu najis ok... 

30 August 2010

MENUTUP AURAT DALAM MASJID ATAU SURAU




salam 
semoga sejahtera dan beroleh keberkatan...

kali ni bukan untuk menimbulkan sebarang provokasi... tetapi entri ni adalah untuk membawa kita semua berfikir... aku dah terang banyak kali dalam entri yang sebelum-sebelum ni... pemimpin yang ada kini cuba menerapkan dalam kotak pemikiran kita semua rakyat Malaysia terutamanya Muslim adalah... Politik dan Masjid tak boleh digandingkan...

fahamkah anda maksud SIASAH? siasah adalah politik... cuma perkataan tu dalam bahasa Arab... betul tak? bagaimana boleh Politik dan Masjid tak boleh digandingkan? sedangkan aku dah ulang banyak kali... di dalam Islam itulah adanya Politik... di dalam Islam tu ade semua...

kenapa nak pisah-pisahkan?

di masjid juga  kita boleh imarahkan dengan perbincangan, forum, ceramah, bukan sekadar bersolat je... di masjidlah tempat para muslimin dan muslimat berkumpul... kan senang nak bincang hal ehwal ekonomi, politik dan sebagainya.... ye tak? belajar mengaji boleh... macam-macam la... nak serahkan bantuan ke... betul tak?

cuba anda semua lihat gambar kat atas tu?

muslim yang tidak bertudung atau non muslim yang tak bertudung yang akan memikul dosa?

kenapa non muslim yang masuk ke surau tak menutup aurat digembar gemburkan?
kenapa muslim yang tak menutup aurat tak diceritakan sama?

adakah kerana itu imej isteri perdana menteri? 
semua media arus perdana dilarang menyebut atau menyekat... 
adakah kerana non muslim itu dari pakatan rakyat? 
kerana tu dia diumpat... dia dihambat...

sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi... tak pernah melarang atau menegah non muslim untuk memasuki masjid... kerana itu adalah salah satu jalan dakwah... supaya mereka merasakan indahnya rumah Allah... 

non muslim tak boleh masuk masjid?

perlu ingat sebagai wanita muslim jangan hanya masuk masjid atau surau je nak tutup aurat... di luar masjid atau surau juga wajib hukumnya... kenapa Jabatan Agama Islam tak tegur tu semua? adakah kerana menjaga sensetiviti pemimpin utama?

jangan pertikaikan non muslim masuk surau atau masjid tak tutup aurat... kerana tu semua tak wajib bagi mereka... yang wajib adalah wanita muslim untuk menutup aurat sama ada di luar atau di dalam masjid.... betul tak?

dengan melabelkan non muslim tersebut mencemar kesucian rumah Allah... bagaimana dengan muslim yang tak menutup aurat? perintah wajib yang dipandang enteng... anda pula cuba meremehkan hukum siapa?

dan pada aku tak perlulah nak mainkan isu ni dengan hebat sekali kat dalam media arus perdana... kerana boleh menyebabkan non muslim tak mau mendekati islam... hapuskan la undang-undang yang khufarat... yang cuba diada-adakan untuk menyelewengkan Islam... demi memastikan kekuasaan politik anda tidak tergugat...

jangan biarkan pemikiran sekularism bertapak dalam kepala kita untuk memisahkan politik dan agama =)

jangan sangka pemikiran rakyat masih di dalam tempurung... =)

nota: khurafat adalah perkara yang diada-adakan

wallahualam...

p/s: aku setuju jika non muslim perlu berpakaian sopan... fikirlah anda akan faham insyaAllah

senipis iman adalah membenci kemungkaran dalam hati... paling tinggi iman apabila menghentikan sesuatu kemungkaran dengan tangan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...