GENG LENSA HIDUP

29 January 2015

LISA SURIHANI KINI HAMIL


Pengumuman berita kehamilan aktres kesayangan rakyat Malaysia, Lisa Surihani benar-benar menggembirakan peminatnya. Selepas tiga tahun bergelar isteri kepada anggota KRU yang juga pengarah filem, Yusry Abdul Halim, berita ini memang ditunggu-tunggu ramai.

MLP menyenaraikan empat artis wanita popular yang tentunya berharap 2015 bakal memberikan khabar gembira untuk mereka.

Dato' Siti Nurhaliza


Tahun ini genap sembilan tahun penyanyi nombor satu negara ini bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Dato' Seri Khalid Mohd Jiwa. Bukan sekali dua khabar angin tentang kehamilan Siti diperkatakan di media, menunjukkan betapa ramai yang berharap Siti akan segera hamil. Yang pasti, pasangan ini tidak berputus asa namun rezeki belum berpihak kepada mereka.

Datin Paduka Umie Aida


Pelakon hebat ini bertemu jodoh agak lewat namun perkahwinannya dengan Dato' Paduka Khairuddin Abu Hassan menggembirakan peminatnya yang sekian lama mahu melihat beliau ke jinjang pelamin. Biarpun perkahwinan yang berusia hampir lima tahun itu belum dikurniakan cahaya mata, Umie telah pun memiliki dua anak angkat serta dua anak tiri.

Mizz Nina


Penyanyi hip hop dan bekas anggota The Teh Tarik Crew ini berkahwin dengan vokalis Hujan, Noh Salleh pada tahun 2011. Selepas 'berhijrah' kira-kira dua tahun lalu, kini ramai pula yang menanti berita kehadiran 'Mizz Nina and Noh junior'.

Ezlynn


Selepas mengahwini pengurusnya, Adam Fahmy Shamsudin, pada tahun 2011, Ezlynn mengakui belum ada rezeki untuk memiliki cahaya mata.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...