GENG LENSA HIDUP

02 August 2010

IKHTIBAR BAGI YANG SEMPURNA FIZIKAL

salam
hola... moga semua sihat walafiat...

cuba korang tengok video ni... sampai habis...

orang kurang upaya pun tekun nak pi masjid.... ni kan plak orang yang sempurna sifat... sepatutnya lebih tekun dan lebih bersyukur... walaupun serba kekurangan... tu bukan satu alasan untuk lalai pada yang Maha Pencipta... 

p/s: aku try nak upload video yang rakam semalam... tapi beso la... sebab gune handycam... nak kompres cam tak best je... nanti aku try amik yang dari hp plak hi3 =)

10 MAKANAN ANTI KOLESTROL



1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses. Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zatgalian. Ia juga Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgnzat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkankolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenislabu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkankolestrol.

3. BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg palingbanyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untukmembekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan.Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minumjusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlakulemak dlm badan.

5. IKAN TUNA
termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon danmakarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatankadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kayadengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidakmerosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada seranganjantung.

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing,kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupayamencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa ygmengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkankadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkanbahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalamdarah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakitjantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrolanda.

10 JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%.Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagimemastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkanialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagimereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang,jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

perkongsian: USTAZ KAMAL AZHARI ZUHRA

11 JENIS MANUSIA DIDOA MALAIKAT



salam
sedikit perkongsian....

11 jenis manusia didoa Malaikat

Jenis manusia didoa Malaikat PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Wallahu'alam. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah

kiriman emel: Amal Rahman
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...