GENG LENSA HIDUP

14 April 2010

MASIH BERSENI

aku pernah berjumpa seni yang pepura
di jamban setinggan kainnya coklat tua
di dewan mewah dasinya marak menyala
dasi kain tersimpul mati - terbakar dalam mimpi
apinya mencakar kelambu sebelum nuraninya berdarah
dan dirinya gamam terjaga...

di kamar sendiri aku masih terharu melihat lutut yang bersih
masih senang merenung cadar dan bantal yang bersepah
kertas ronyok puisi tergendala
dan di kamar mandi aku masih gemar meneliti berus gigi
sisa sabun majalah tua
terganggu hanya oleh lipas dan lipan tiba-tiba ada

aku tak sempat mencangkul pengaruh
menyemai keyakinan memetik kuasa
sekadar sempat menanam dua tiga pohon kenanga
yang ku harap sentiasa lebat dan harum baunya...

jangan tanya kenapa...
aku hanya manusia biasa...
juga punya rasa...
biar kita berbeza usia =)

APA LAGI NI

tak larat sudah
tiba-tiba demam
rasa nak muntah
pening
pusing-pusing macam gasing
gagah taip entri ni
terima kasih aiman untuk benda ni
nak minum air kiwi
tak daya sangat dah ni
perlu ke hilang lagi
tak tau sampai bila aku cam ni =)
baibaibai

PILIHAN HATI

berjalan memerhati
melihat ke dalam diri
siapa di hati ini
biarkan masih tercari-cari

mahu lari lagi
mahu lihat lagi

renung dalam-dalam
tiup sampai padam
apa itu berbalam-balam
ada air jernih seperti kolam

tunggu sampai malam
sila beri salam
sebelum masuk ke dalam
agar hati tidak lagi lebam

catatan pilihan hati
haruslah kamu hati-hati

p/s: terima kasih aku senyum lagi =)

SELOKA HULU SELANGOR

belum umum calon lagi sudah pening-pening
ada yang marah sampai tuding-tuding
macam mana mahu jadi orang penting
benda 'simple' pun tak boleh runding

kalau BN tewas lagi... malu bertambah-tambah
bangga juga jadi hero buat sarawak dan sabah
dekat semenanjung rakyat pun dah tak endah
BN tak perintah rakyat lagi tambah mewah

tak de lagi cukai yang semakin bertambah
orang-orang BN jom lah muhasabah
kalau kalah lagi tak lah rasa nak rebah
harap-harap semua makin tabah

saat nak mengundi semua mahu berbagi
kain pelikat, duit, beras, kopi dan juga segala janji
rakyat senyum menyeringai nampak gigi
silalah bagi lagi dan lagi

kami tetap undi mereka yang membela kami
semestinya tiada kompromi =)

UNDILAH PAKATAN RAKYAT - KEMBALIKAN KETUANAN RAKYAT

SPR JANGAN BUAT LAWAK LAH!!!

Amaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya berhenti berkempen menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor kerana tempoh kerja-kerja itu belum lagi bermula, sudah pasti akan ditertawakan ramai.

Ini disebabkan meskipun amaran oleh Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar itu kepada semua pihak kerana tempoh rasmi berkempen hanya bermula selepas selesai tempoh penamaan calon iaitu pada 17 April, namun apakah beliau sedar BN sudah menghantar dua orang pembesar negara ke sana untuk berkempen?

Yang melanggar undang-undang SPR dengan berkempen itu pula bukan sebarangan orang, melainkan orang nombor satu dan nombor dua negara!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Sabtu lalu mengumumkan projek perumahan baru untuk warga Felda di Gugusan Sungai Dusun. Projek bernilai RM32 juta ringgit ini membabitkan 2,50 unit, setiap satunya bernilai antara RM42,000 dan RM75,000 ringgit.

Sehari sebelum itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Hulu Selangor akan mendapat empat sekolah baru, dan projek pembinaan banjir bernilai RM2 juta ringgit. Muhyiddin juga berkata Kementerian Pendidikan sedang mengenalpasti tapak sesuai untuk membina sebuah sekolah aliran Cina.

Itu belum lagi dikira kempen-kempen dan janji-janji secara bisik-bisik semasa mereka ke sana.

Nah, ini apa ini kalau bukan berkempen? Bukan sekadar berkempen kepada di hadapan penduduk Hulu Selangor, bahkan kempen itu tersiar dalam semua media cetak dan elektronik pro-BN. Apakah semuanya buta dan tuli dan melihat semua itu?

Dan ini bukan kali pertama kempen seumpama ini berlaku, bahkan setiap kali pilihan raya dan kempen pula menggunakan segenap jentera kerajaan dan media.

Pengerusi Badan Pemantau Pilihan Raya (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, BN jelas tidak menghormati proses pilihan raya demokratik dan menggesa SPR bertindak tegas terhadap BN.

”Ini satu jenis kempen dan kalau berbalik kepada peraturan pilihan raya, tindakan itu adalah kesalahan mengikut peraturan pilihan raya.

“Jadi, seharusnya SPR memberikan amaran dan mengeluarkan arahan supaya tidak ada apa-apa kempen sehingga hari penamaan calon,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, semalam.

Mafrel berkata, Kerajaan Pusat mungkin mendakwa apa yang dilakukan itu terkandung dalam rangka menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat jawatan kerajaan tetapi hakikatnya ia jelas berunsur kempen.

"Kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor sepatutnya belum boleh dimulakan selagi proses penamaan calon pada 17 April belum berlangsung.

"Tindakan BN jelas bercanggah Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2006) yang menyebut seseorang didapati bersalah jika melakukan sogokan sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung," katanya.

Jika begitu, jika SPR benar-benar serius dan bermaruah, ada baiknya kita cabar SPR bertindak sesuatu  terhadap pemimpin tertinggi negara ini yang jelas dan terang-terang melanggar peraturan dan undang-undang SPR.

Mungkin juga SPR benar-benar insaf dan tidak mahu dipandang seperti ‘ternakan kerajaan’ lagi. Justeru bertindaklah.

Jika tidak, amaran SPR – sampai bila-bilapun – akan  hanya dan tetap dianggap sebagai lelucon serta bahan penglipur lara, yang hanya mahu masuk sekadar hiasan di dada akhbar semata-mata!

KHAIRIL ABDUL RAHIM

KAMI BLOGGER


dari kiri Pain Sama, wizard dress, diba chan, MissXYZ (kami bersaudara )

LEBIH 2000 YANG HADIR


HULU SELANGOR, 13 April: Lebih 2,000 orang memenuhi Dewan Komuniti Serendah, di sini malam ini bagi mengikuti pengumuman calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mewakili Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini.
Mereka juga mahu mendengar penjelasan daripada pemimpin Pakatan Rakyat berhubung isu-isu semasa yang sedang melanda negara ketika ini.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw sudah berada di dalam dewan.
Antara pemimpin PAS lain yang hadir ialah Timbalan Presiden, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Ahli-ahli Jawatankuasa, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Dr Siti Mariah mahmud, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali, Ahli Parlimen Rantau Panjang dan Shah Alam, Siti Zailah Mohd Yusof dan Khalid Samad.
Kira-kira jam 10.15 tadi, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyampaikan ucapan, diikuti pula Tuan Guru Abdul Hadi dan Anwar yang seterusnya mengumumkan calon yang akan bertanding nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...