GENG LENSA HIDUP

03 May 2010

KUALITI, KUANTITI, PUBLISITI MANA KAU PILIH?

salam
aku mahu kongsikan apa perasaan kau sebagai blogger?
mahukan kualiti?
mahukan kuantiti?
mahukan publisiti?

ya semua orang miliki hak. blog ni aku punya. aku punya suka nak tulis apa....itu biasa kita dengar kan?

pada aku tulislah apa kau nak tulis... ade aku kesah? tak pun... tapi perlu ingat... penulisan seseorang kadang kala meninggalkan kesan. contohnya RAJA PETRA... akibat menulis di blog beliau boleh ditahan ISA. apa maksudnya? penulisan beliau betul-betul berpengaruh... hingga menggerunkan pihak PEMERINTAH. gerun apabila kebenaran boleh sampai kepada semua pembaca. betul tak? atau pun ada kupasan dan isu tertentu yang dibangkitkan dan diceritakan dengan menarik. hingga mampu memaut hati pembaca untuk menjadi pengikut setia. wow aku kagum... bukan hanya kisah picisan yang boleh jumpa di kebanyakkan blog. setuju?

itu kualiti penulisan....

refresh... sekejap-sekejap ada entri baru... tak sampai 1 jam ada lagi entri baru... oh... katanya mau up taffic dan supaya mudah dikenali oleh enjin carian... banyak idea mau ditulis... kadang-kadang tak de pape pun... tapi tetap nak post entri... hihi... mesti mau banyak-banyak... lalalala... atau memang betul-betul apa yang di post adalah berita terkini. atau betul-betul ayat yang di karang sendiri atau hanya entri copy paste... suka hati korang lah nak buat macam mana. janji bahagia... kan?

itu kuantiti penulisan....

buka-buka blog... tetiba nampak muka orang ambik gambar muncung sana muncung sini. dongak sana dongak sini. hari-hari entri wajib ade gambar sendiri. tak kiralah tengah baring ke... tengah makan ke.... tengah wat pape je... jangan lupa cerita semua... huhu.... ade kan? hari ni sedih. hari ni gembira. hari esok marah. malam tadi nangis... hehehe... ade kan macam tu? wohaaaaaaaaa aku tak kesah pun... janji korang happy... =) tak pun buat entri dan cerita aneh-aneh. mengaku dia dapat duit 4juta. baru lepas dating dengan TOM JONES hahaha... baru jumpa ELVIS PRESLY... adoi... ni mengaku betul bukan acah-acah... cakap nak bunuh orang tu... cakap nak tembak orang ni... aiyak...

ini publisiti ke?

kalau diberi pilihan kau mahu pilih yang mana?
pilih... jangan tamak mahu ambik semua.... lalala....
________________________________________________________________

aku ni asyik komen itu ini. blog aku ni motif kewujudannya apa? please read THIS ahaaaaaaaaa itu antara sebab aku menulis blog. pada peringkat awal aku menulis... aku ade jugak masukkan muka sendiri dan buat entri yang agak peribadi... tapi bila aku fikirkan semula aku bukan nak orang kenal muka aku. aku nak orang baca tulisan aku. so... aku reduce dan sekarang aku tak pampang atau tepek muka sendiri kat blog. kalau ade pun tak la sampai orang boleh cam itu aku... hahaha...

skop penulisan aku lebih kepada cakap-cakap politik, lawak-lawak poyo, kesihatan, sedikit hal agama(aku tau aku bukan ustazah), ilmu sains dan macam-macam lagi. aku perlu kongsikan ini semua kerana pembaca blog aku bukan je di kalangan budak-budak... orang dewasa pun ade. pengisian kena lah seimbang... boleh kan? dan pada aku BLOG adalah medium yang paling relevan dan terkini untuk kongsi apa juga ilmu yang kita ada...

kepada yang dah jadi follower. aku ucapkan terima kasih. kepada yang letak link blog aku kat blog korang pun aku hadiahkan terima kasih. dan kalau aku tak perasan sila bagitau.... nanti aku boleh letak link korang jugak... baru adil kan? dan sesiapa yang nak komen aku persilakan. kerana kat blog aku korang bebas untuk komen apa saja... tak payah tunggu aku approve. ada kebebasan kan? dan LOGO parti yang aku tempel kat penjuru tu adalah parti yang aku sokong sejak tahun 1998. dan aku tak memaksa sesiapa pun di antara korang untuk SEHALUAN dengan aku. itu saja. semua orang ada alasan masing-masing untuk melakukan sesuatu. tapi pastikan kita masih di atas landasanNYA. semua yang baik datang dari ALLAH. yang buruk tu mesti la silap aku. aku mintak maaf okay. =)

INI SEMUA HANYA PANDANGAN PERIBADI

jauh lagi perjalanan kan?

ANAK JATUH DITIMPA TANGGA? SALAH SIAPA?

salam
kepada semua pembaca blog aku
terima kasih kerana sudi singgah dan baca entri...

anak jatuh ditimpa tangga? salah siapa?

bukan lah salah sesiapa...
tapi sebagai ibu bapa kenalah teliti dan ambil tahu sebelum menghantar anak-anak ke rumah pengasuh @ baby sitter....

betul tak? 
kena lah ambil tahu persekitaran rumah pengasuh tu macam mana...
rumah pengasuh tu ada tangga ke?
atau bahagian yang agak merbahaya kepada kanak-kanak...
ada punyai anak-anak lelaki ke?
cara pengasuh tersebut mendidik anak-anak...
dan macam-macam lagi perkara yang perlu diambil tahu

kenapa aku katakan perlu ambil tahu rumah pengasuh bertangga atau tak? yelah sekiranya rumah pengasuh tersebut memilki tangga maksud aku double storey house... jika pengasuh itu cuai anak anda berkemungkinan untuk terjatuh dan cedera adalah tinggi... almaklum kanak-kanak ni lasak bukan? kecuali baby yang tak tau buat apa-apa lagi...

sekiranya anak anda perempuan. sila ambil tahu sama ada pengasuh anak anda memilki anak lelaki atau tak. yup... dibimbangi akan berlaku pencabulan kehormatan kanak-kanak atau penderaan seksual pada anak-anak. bukan sekali kejadian begini berlaku di malaysia bukan?

keprihatinan pengasuh itu sendiri dan cara beliau menjaga anak-anak beliau sendiri perlu diambil tahu. kenapa? yelah... sekiranya pengasuh itu suka menggunakan perkataan yang kurang sopan... mugkin anak-anak kita boleh terpengaruh. banyak lagi faktor mengapa perlu memilih pengasuh yang miliki sahsiah yang baik...

lain pula cerita sekiranya anak anda mahu dihantar ke taman asuhan kanak-kanak.... faktor lain juga harus dipertimbangkan... jom kita usyar apa alasannya... 

sekiranya mahu dihantar anak-anak kecil di bawah usia 5 tahun ke taman asuhan kanak-kanak. perlu juga ambil tahu keadaan anak anda bagaimana. adakah mereka mudah terkena jangkitan penyakit atau tak. sekiranya mudah terkena jangkitan penyakit mungkin mereka kurang sesuai untuk dihantar ke taman asuhan kanak-kanak. kerana di sana kanak-kanak agak ramai dalam pengawasan dan penyakit lebih mudah merebak.

dan selebihnya renungkanlah sendiri. buruk dan baik. ya memang kadang-kadang ibu bapa di bandar tiada pilihan. tetapi bukankah mencegah lebih baik daripada mengubati?

* diharap sekiranya ibu bapa lebih prihatin. dan ambil tahu. maka dapat mengurangkan kejadian yang tidak diduga dan melibatkan kecederaan atau kematian kanak-kanak. 

ANAK - ANAK MA NI BAIK LAH....

salam
ma aku selalu pesan rajin MEMBACA
anak-anak dia ni memang RAJIN GILA MEMBACA

tanda-tanda anak ma ni rajin MEMBACA
adalah dengan membeli majalah & komik
KREKO, UJANG, APO, NARUTO, DRAGON BALL, UNDER 18, SIRI IKHTIAR HIDUP, GEMPAK DLL

















sebahagian koleksi KREKO & NARUTO

tapi malangnya... 
ada cadangan supaya semua majalah & komik ni dijual pada
APEK SULAT KHABAR LAMA
ape lagi berpiket lah KAMI
menyelamatkan SEMUA barangan KESAYANGAN
aku ngan adik-adik sanggup kuarkan duit untuk beli almari berkunci
hahaha... baru selamat semua....

MAKANAN PELIK TAPI BENAR

salam
lepas kena TAG oleh Jaya Jr
tiba-tiba rasa teruja untuk membuat makanan pelik-pelik
lagi-lagi lepas diilhamkan oleh si fiqry ni...
aiyak....

ni cadangan makanan PELIK daripada fiqry:
- makan roti gardenia cicah coca cola
- makan aiskrim magnum dengan nasi goreng
- nestum dicampur dengan kelapa parut & gula digaul rata tanpa air

kalau aku... suka jugak makanan & minuman PELIK macam:
- roti canai cicah milo
- air ting tong (campuran lebih daripada 6 jenis air bikarbonat)
- kuih bangkit cicah air sirap
- oren sunquick campur susu pekat - sedap woooooo
- spread cheese cicah dengan goreng pisang @ goreng keledek
- pancake mcD colek dengan tempoyak
- pizza hut cicah madu lebah - slrupppppppp

sebenarnya tak la pelik sangat
cuma gandingan makanan dan minuman tu je orang tak biasa buat
ohhh... jangan lupa bace BISMILLAH
pelik ke tak?

TANGAN YANG MENGGAPAI AKHIR LAYU TERKULAI

salam
cisssss...tajuk entri tak de kaitan...
ehhhh.....
tangan yang best bila pegang kamera picture pun jadi cantik
lalalala
aku sukakan binatang
tempat-tempat cam pantai pulau air jujun (terjun)
sungai
semua tempat semulajadi aku suka
jom layan foto oleh jurugambar amatur
mr. EMAN

burung-burung

mr. EMAN cakap tunggu burung tu kembangkan sayap dia

tunggu lagi

yesss... dia dah kembangkan sayap...
mr. EMAN cakap yang cam ni la baru snap

oh semut

semut lagi

pengunjung

tengok la bila aku yang snap gambar tah ape-ape

mr. EMAN snap... abaikan tompok putih itu.... elok pulak

cermin mata pengunjung, jam tangan & awek-awek

ni la hasil gambar yang aku snap... separuh je....
sila abaikan tompokan putih itu...

aku tak faham... tangan aku ni masalahnye ape...
i think u can become a photographer laaa....
sekarang skill aku dah up sikit KLIK SINI & SINI

lokasi : BUKIT CERAKAH
tarikh : 11 januari 2009
masa : 11am to 2pm
gadget : canon IXUS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...