GENG LENSA HIDUP

11 August 2010

PERBEZAAN TAKUT DAN WAHAM



salam
semoga korang semua sihat untuk menjalani ibadah puasa...
ermmm sepanjang bulan puasa ni insyaAllah aku akan isikan entri bermakna buat semua...


takut - gentar, gerun, ngeri
waham - sangkaaan, jangkaan, syak, curiga, was-was


ni la maksud kedua-dua perkataan yang aku sebut kat dalam entri kat atas tu... maksud secara rawak yang aku ambik daripada kamus dewan dan kamus yang sewaktunya... hehehe


waham ni senang cite rase takut yang terlalu kecil dan situasi yang mungkin menjadikan kita takut tu kebarangkalian untuk terjadi adalah sangat kecil... cam ni la... kebarangkalian untuk terhempas kapal terbang atau karam ketika menaiki kapal laut adalah sangat kecil betul tak?


cam tu gak aktiviti mandi kat pantai.... sangat kecil kebarangkalian korang untuk terkena tsunami... ye tak? 


jom aku ajak korang mengira la sikit bulan-bulan puasa ni... berapa kalikah kapal terbang yang terhempas dalam setahun? kalau kapal terbang Mas pernah terhempas sekali atau dua kali dalam setahun... ia adalah satu nisbah yang kecil... hanya 2:365 hari dalam setahun... dan dah banyak tahun kita tak dengar kapal terbang MAS terhempas betol tak? ditambah pulak kalau kapal terbang MAS ade 10 penerbangan setiap hari... kebarangkalian makin kecil... 2:365 (365 x 10) kali dalam setahun....


jadik ketakutan untuk terhempas merupakan waham... bukanlah ketakutan sebenar kerana kebarangkaliannya sangat kecil... kalau kita takut hantu... tapi berapa ramai yang penah tengok jelmaan hantu (syaitan)? dengan ni jelaslah ni hanyalah waham...


lain pulak dengan kematian... kematian boleh terjadi pada bila-bila mase je... kerana ajal tu rahsia... tapi tak pulak kita takut... berapa ramai yang kisahkan kematian? kebarangkalian untuk terjadinya satu kematian adalah 1:1 kalau di ambil 24jam sehari.... dan jika diambil 60minit kebarangkaliannya tetap 1:1.... sewajarnya kita lebih berhati-hati... setiap detik merupakan kebarangkalian untuk kematian.... sewajarnya... inilah yang paling wajar kita takuti...


patut kita takut mati datang tiba-tiba... mase kita belom solat lagi tapi masih sibuk shopping... mase kita belum solat lagi tapi ngah sibuk cari kuih lopez kat bazar ramadhan... patut rase takut kita mati mase tengah buat maksiat... dan lain-lain lagi...


sewajarnya ni lah yang patut kita lakukan persediaan rapi... persediaan dalam menghadapi kematian... sama ada kita akan mati dalam keadaan beriman atau tidak.... banyak lagi yang kita boleh fikir-fikirkan... adekah takut kita tu bertempat atau tak? atau sekadar waham... sama-sama renungkan...


p/s: selamat berpuasa buat semua ye =)

BERSAHUR, BERBUKA DAN KENALKAH ANDA DENGAN BEDIUZZAMAN SAID NURSI?

Bediuzzaman Said Nursi

salam
semoga semua beroleh berkat dan rahmatNya

Bulan Ramadhan benar-benar memberikan pulangan yang besar dan ibarat pasar untuk dagangan ke akhirat. Ditamsilkan juga seperti tanah yang subur untuk bercucuk tanam menuju ke sana. Perbuatan yang hidup dan cergas di dalam bulan ini dikiaskan seperti hujan April yang turun pada musim bunga. Bulan ini juga merupakan festival yang amat mulia bagi orang-orang yang mengabdikan diri kepada tuhannya. 
(The Risale-i Nur Collection, Letters, The Twenty-Ninth Letter)

begitu juga sabda Rasulullah s.a.w:
"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." 
(Diriwayatkan Ibn Khuzaymah)

sebagai seorang muslim sewajarnya kita semua mengetahui berpuasa tu adalah satu kewajipan bagi setiap seorang muslim... berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga je... pada bulan ramadhan jugak la saat yang paling sesuai untuk melatih diri berbuat kebaikan.... dan seterusnya dijadikan amalan hingga bila-bila... hehehe

BERSAHUR
selain kebaikan dalam melewatkan sahur... bersahurlah biarpun hanya dengan segelas air... kerana bersahur ni lah yang membezakan puasa bagi orang Islam dan golongan kafir... tapi ramai yang tak berapa nak kisah dalam bersahur ni... kan?

BERBUKA
menyegerakan berbuka... semestinya ramai yang buat kan? hohoho dilambung-lambung kurma sementara nak menunggu orang azan... lagi sepuluh minit sebelum masuk waktu berbuka sume da tunggu mengadap hidangan kat atas meja lalalala.... sebab tu tak payah nak pesan banyak kali soh menyegerakan berbuka... hehehe

memetik dari buku Bediuzzaman Said Nursi:
Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa naluri seseorang. Dari sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana memahami bahawa harta itu bukan miliknya malah kepunyaan semua orang. Dirasakan juga dirinya tidaklah merdeka tetapi adalah hamba. Diketahui sekiranya tidak diterima sebarang arahan, tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkan tangan ke dalam air.

Bediuzzaman Said Nursi juga ada menerangkan dalam buku karangan beliau:
Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata, telinga, hati, dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut. Dengan ini akan mengelakkannya dari melakukan perkara yang sia-sia dan mendorongnya melakukan amalan pengabdian.

siapakah Bediuzzaman Said Nursi?
merupakan pengarang Simtud Durar... adalah seorang mujahid Islam di abad ke-14 hijrah... merupakan seorang tokoh pejuang islam di Istanbul, Turki... ramai tak berapa nak kenal tokoh ni... buku tulisan beliau memang best woooo.... nanti kalau ade mase aku terangkan lebih lagi ye....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...