GENG LENSA HIDUP

24 April 2010

SUASANA MASIH SESAK

ramai yang pakat turun ke KKB(Kuala Kubu Bharu)
kenderaan dari semua arah. terutamanya rawang, bukit beruntung, rasah masih lagi sesak....semua menantikan buah tangan terakhir daripada PR sebelum berakhirnya tempoh berkempen. kira-kira 20000-25000 yang hadir memenuhi stadium mini KKB atas nama menegakkan keadilan. segala berita terkini akan diketahui dengan lebih pantas dan telus. aku akan berikan laporan yang terkini.

UNDILAH PAKATAN RAKYAT SEMOGA LEBIH BERKAT

MENGAJAR ANAK BERBAHASA INGGERIS

salam
kembali lagi dengan entri yang normal

mengajar anak-anak atau melatih budak-budak bretutur inggeris
peringkat awal kanak-kanak ibu bapa bolehlah mulakan dengan mengajar perkataan ringkas dan mudah. seperti cat, book, ball, ear, eye, hand, & so on....

perkataan ringkas dan tunjukkan sekali gambar berkaitan kepada kanak-kanak. itu sesuai bagi kanak-kanak yang berusia 1 dan 2 tahun. tetapi apabila sudah berusia 3 tahun dan ke atas mula latih anak untuk memahami frasa ayat yang ringkas dan membina ayat dalam bahasa inggeris. kerana  jika anak-anak masih lagi di asuh untuk menyebut perkataan ringkas sahaja. tahap kemajuan anak-anak masih tidak boleh dibanggakan lagi.

antara frasa yang boleh mula di ajar adalah seperti " up your hand ", " come and follow me" biarkan anak-anak mula faham dan pandai menerima arahan dalam bahasa inggeris. " sit down please", "good morning everybody" dan banyak lagi... dan latih juga anak untuk menyebut ayat-ayat tersebut.

kerana sekiranya anak anda sudah berusia 4 atau 5 tahun tetapi hanya mampu menyebut perkataan ringkas sahaja. itu bukanlah suatu perkara yang membanggakan. masih lagi menyebut cat, ball, book, nose. sewajarnya pada usia 5 tahun anak-anak sudah boleh diajar untuk mengenal phonetic symbol untuk memudahkan lagi sebutan. disamping sudah mampu memahami cerita kartun yang ringkas dan membaca ayat-ayat ringkas pada buku.

seandainya anak-anak agak perlahan untuk menerima semua ini. jangan bimbang, teruskan dengan perlahan-lahan. supaya anak-anak tidak akan jemu dan pastikan mereka teruja untuk berbahasa inggeris. aku melihat sendiri bagaimana mak aku train anak-anak dia untuk berbahasa inggeris. semestinya adik bongsu aku adalah yang paling berjaya dalam berbahasa inggeris. dan memiliki vocab yang tinggi dan tidak menghadapi masalah grammar. huhuhu.... aku masih ditahap biasa saja.... mak aku memang menggalakkan anak-anaknya untuk membaca novel inggeris. kerana beliau merupakan peminat Harry Potter juga =)

oleh itu, latihlah anak-anak anda sebaik mungkin. untuk menjadi insan yang cemerlang.


PENEROKA DIGESA BANGKIT DARI TERUS DITIPU


klik tajuk di atas untuk info penuh

Peguam Wan Rohimi Wan Daud berkata, Felda kini menggunakan Akta Kumpulan Penempatan Berkelompok atau Group Settlement Act (GSA) 1960 untuk menindas peneroka.Peneroka jelasnya ditekan akan dibuang dari rancangan Felda jika melanggar akta itu, sedangkan Felda langsung tiada kuasa berbuat demikian.

"Itu tahyul belaka, selama 52 tahun Felda guna akta GSA ini takutkan peneroka.

" Isu tanah ini adalah kuasa kerajaan negeri bukan Felda," katanya sewaktu membentangkan kertas kerja di Himpunan Warga Felda Kebangsaan Kali Ke-2 di Sg. Tengi hari ini.

Rohaimi yang juga peguam kes Felda Kemahang 3, Kelantan yang menang baru baru ini berkata, beberapa penindasan lain juga wujud, dan didakwa dirancang secara teliti pihak Felda tanpa pengetahuan peneroka.

"Tiga benda Felda tipu peneroka secara tidak sedar iaitu isytihar buah reject, curi buah reject dan isytihar kualiti minyak rendah," katanya lagi.

Menurutnya, hasil penyiasatan yang dilakukan mendapati dalam purata 7 tan kelapa sawit, Felda mengisytiharkan setengah tan adalah buah yang di reject.

Ianya bersamaan lebih kurang 19 dari 38 tandan kelapa sawit.

Namun dedahnya, buah yang diisytihar reject itu bagaimanapun tidak dibenar diambil semula oleh peneroka berkenaan.

"Pada malamnya, lori akan datang ambil buah reject itu dibawa ke kilang untuk diproses.

"Tapi Felda tidak pernah agihkan wang dari buah reject ini kepada peneroka," katanya lagi.

Ekoran itu tambahnya, setiap peneroka rugi atas angin RM250 sebulan ditipu Felda dangan "buah reject".

Selain itu, setiap kilang Felda juga jelasnya turut mewujudkan kolam minyak busuk. Bagaimanapun, pada sebelah malamnya, 'lori hantu' diarah datang menyedut minyak tersebut untuk dijual.

"Minyak busuk ini ada harga, Felda jual mianyak ini tetapi langsung hasilnya tidak diberikan kepada peneroka," katanya lagi.

SAAT AKHIR SEBELUM PROSES PENGUNDIAN



YA ALLAH YA TUHAN KU
KAU BANTULAH KAMI
BERIKAN KEMENANGAN 
KEPADA MEREKA YANG TEGUH MENEGAKKAN SYARIAT MU
LINDUNGI KAMI SEMUA DARIPADA ANCAMAN FITNAH

sikit je orang PR yang datang

tengok lah ni tak sampai 100 orang pon =)

eh.. tak ramainye penyokong PR


sikit je kan?

hahaha.....
korang tengok sendiri lah
sikit ke ramai yang datang
kalau tengok TV memang haram je citer
ko tengok sikit ke ramai yang mai?
yang sokong?
kalau tak main KOTOR lame dah boleh menang
tunjukkan kemarahan anda dengan mengundi calon yang membela anda
tunjukkan kuasa rakyat kuasa keramat
undi anda amat bermakna
satu undi bisa merubah suasana
aku harap sangat esok berpihak pada
PARTI KEADILAN RAKYAT a.k.a PAKATAN RAKYAT

TAKBIR!!!
TAKBIR!!!
TAKBIR!!!

ORANG MELAYU MEMANG MACAM NI KE?

salam alaik =)
auto publish entri...

kesedaran mengenai pendidikan amat kurang dikalangan orang melayu. betul ke? walaupun kita semua dah melepasi tempoh 50 tahun merdeka. soal menghantar anak ke sekolah dan memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak sering diketepikan. anak mahu atau tidak untuk ke sekolah masih ada ibu bapa yang tak ambik pusing. tamat tingkatan 5 ko dah boleh kerja. okay pergilah kerja. macam tu ke?

kadang-kadang ada juga yang tak ambik peduli pun hal ehwal yuran sekolah anak-anak. apa nak jadi ni? kalau betul-betul tak mampu pihak sekolah sedia membantu. ni tak yuran  anak buat tak endah je. minggu depannya tau-tau buat kenduri kawin besar punya.... siap ada kugiran dan karaoke. bersanding lagi sikit nak sama dengan ERRA FAZIRA. apa ni?

bila tanya macam mana boleh jadi macam ni? jawapannya senang je... kawin ni sekali je seumur hidup mane boleh tak bersanding. adeh!!! anak ko tu nak sekolah.... tak pulak susah payah adakan duit? macam ni pun ade? kita dah nak cecah tahun 2020. orang melayu lah yang masih lagi ramai bersikap begini. masih pada tahap mentaliti kelas ke 3. dan juga menganggap cukup sekadar tamat tingkatan 5. dan boleh pergi bekerja. cukup tempoh kawin. 

sedar tak? yang pendidikan tu lebih penting daripada majlis resepsi yang gilang gemilang. ko buat majlis bersanding gila besar. tapi anak yang ko sandingkan membaca pun tak tau. mengaji pun tak tau. tak de makna tu semua. sedangkan bersanding tu hanyalah budaya ikut-ikutan orang melayu. yelah melayukan terlalu banyak mengikut adat hindu!!!

hanya kadang kala mungkin ada yang kurang bernasib baik terpaksa membantu ibu bapa.untuk menanggung persekolahan adik-adik yang lain. itu tak pe, peluang diberikan kepada adik-adik yang disebabkan ketidak mampuan. aku masih boleh terima. tapi sebenarnya kini memang tiada masalah dalam soal mendapatkan pendidikan yang terbaik. pokoknya hati kita sahaja. hati aku. hati kamu. hati mereka.

dari segi berpolitik pun begitu juga... hanya boleh memilih parti yang dipilih oleh nenek moyang mereka. parti lain tak boleh memerintah. nanti kita hidup susah. macam tu ke? minda terlalu jumud sampaikan tak mampu untuk meresap sesuatu yang baru. fikirkanlah. merdekalah minda orang melayu untuk lebih maju.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...