GENG LENSA HIDUP

24 April 2010

ORANG MELAYU MEMANG MACAM NI KE?

salam alaik =)
auto publish entri...

kesedaran mengenai pendidikan amat kurang dikalangan orang melayu. betul ke? walaupun kita semua dah melepasi tempoh 50 tahun merdeka. soal menghantar anak ke sekolah dan memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak sering diketepikan. anak mahu atau tidak untuk ke sekolah masih ada ibu bapa yang tak ambik pusing. tamat tingkatan 5 ko dah boleh kerja. okay pergilah kerja. macam tu ke?

kadang-kadang ada juga yang tak ambik peduli pun hal ehwal yuran sekolah anak-anak. apa nak jadi ni? kalau betul-betul tak mampu pihak sekolah sedia membantu. ni tak yuran  anak buat tak endah je. minggu depannya tau-tau buat kenduri kawin besar punya.... siap ada kugiran dan karaoke. bersanding lagi sikit nak sama dengan ERRA FAZIRA. apa ni?

bila tanya macam mana boleh jadi macam ni? jawapannya senang je... kawin ni sekali je seumur hidup mane boleh tak bersanding. adeh!!! anak ko tu nak sekolah.... tak pulak susah payah adakan duit? macam ni pun ade? kita dah nak cecah tahun 2020. orang melayu lah yang masih lagi ramai bersikap begini. masih pada tahap mentaliti kelas ke 3. dan juga menganggap cukup sekadar tamat tingkatan 5. dan boleh pergi bekerja. cukup tempoh kawin. 

sedar tak? yang pendidikan tu lebih penting daripada majlis resepsi yang gilang gemilang. ko buat majlis bersanding gila besar. tapi anak yang ko sandingkan membaca pun tak tau. mengaji pun tak tau. tak de makna tu semua. sedangkan bersanding tu hanyalah budaya ikut-ikutan orang melayu. yelah melayukan terlalu banyak mengikut adat hindu!!!

hanya kadang kala mungkin ada yang kurang bernasib baik terpaksa membantu ibu bapa.untuk menanggung persekolahan adik-adik yang lain. itu tak pe, peluang diberikan kepada adik-adik yang disebabkan ketidak mampuan. aku masih boleh terima. tapi sebenarnya kini memang tiada masalah dalam soal mendapatkan pendidikan yang terbaik. pokoknya hati kita sahaja. hati aku. hati kamu. hati mereka.

dari segi berpolitik pun begitu juga... hanya boleh memilih parti yang dipilih oleh nenek moyang mereka. parti lain tak boleh memerintah. nanti kita hidup susah. macam tu ke? minda terlalu jumud sampaikan tak mampu untuk meresap sesuatu yang baru. fikirkanlah. merdekalah minda orang melayu untuk lebih maju.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...