GENG LENSA HIDUP

28 February 2010

SEDAR TAK???

1 Muharram jatuh pada 18 Disember 2009
(hari jumaat)

15 Muharram bersamaan 1 Januari 2010 merupakan tahun baru masihi
(hari jumaat)

15 Muharram bersamaan 1 Januari 2010 terjadi gerhana bulan
(hari jumaat)

29 Muharram bersamaan 15 Januari 2010 terjadi gerhana matahari
(hari jumaat)

12 Rabiul Awal bersamaan 26 Februari 2010 hari Maulidur Rasul
(hari jumaat)

14 Jamadil Akhir bersamaan 28 Mei 2010 Hari Wesak
(hari jumaat)

17 Ramadhan bersamaan 27 Ogos 2010 Hari Nuzul Al-Quran
(hari jumaat)

1 Syawal bersamaan 10 September 2010 Hari Raya Aidilfitri
(hari jumaat)

28 Zulkaedah bersamaan 5 November 2010 Depavali
(hari jumaat)

banyak hari-hari penting yang jatuh pada hari jumaat.... mengikut perkiraan tahun hijrah...
mungkin suatu kebetulan...
tetapi adalah Qada' dan Qadar Allah...

CABAI KE CIBAI??

salam...
tajuk entri agak kurang ajar...
aku nak ceritakan sedikit pengalaman yang aku pernah lalui....

masa tu aku study kat UiTM arau perlis...
satu hari....
aku pegi la satu tempat yang dipanggil MUSHROOM
yang dekat dengan THE CONE
lepas tu...
aku ngan member ni pun lepak la kat MAY'S CORNER

kedai makan yang popular untuk melepak selain kat OREN
kat kedai ni aku suka sangat makan moi sup depa...
sangat best...

aku pun order la...
sambil bual-bual kosong ngan member aku...
datang la sorang hamba Allah ni...

order menu yang sama ngan aku...
macam ni bunyinya...
aku memang suka pasang telinga bila orang bercakap...

HAMBA ALLAH: mak cik... moi sup satu... cibai asing... (dengan muka confident)
MAKCIK: cibai ke cabai??
HAMBA ALLAH: eh... silap... cabai...
MAKCIK: menahan gelak...

aku???
gelak kat situ jugak...
tak leh tahan dah...
aku tak jadi makan moi sup kat situ...
terus bungkus bawa balik hostel
sepanjang jalan aku ketawa...
nak tido pun ketawa..
esok pun masih ketawa...
sampai la hari ni...
aku masih ingat...

mungkin budak tu cuba praktik loghat negeri tempat dia belajar... =)

moral value: hati-hati guna loghat negeri lain

PEMBANGKANG

pembangkang???
ape tu???
menurut kamus dewan cetakan kedua (edisi baru) 1991
pada halaman 91
pembangkang membawa maksud
orang yang membantah (melawan, menentang)

bila dilakukan dalam kelompok yang ramai...
mereka akan letakkan istilah parti...
yang bermaksud lebih daripada dua individu yang terlibat

faham sudah???
kenapa mesti ada pembangkang???

lihat di negara mana tiada pembangkang???
tiada bukan??

pihak pembangkang diwujudkan untuk menegur parti pemerintah
supaya mereka tidak tersasar daripada manifesto yang mereka janjikan semasa 
hendak menghadapi pilihanraya
selain itu menegur dan menentang apa jua kepincangan daripada pemerintah

natijahnya jika tiada pembangkang
kamu semua akan lihat parti pemerintah lakukan apa sahaja sewenangnya...
menaikan harga barangan asas pada tahap yang tinggi...
cukai di sana sini
penindasan golongan marhaen
korupsi tanpa segan
dan apa segala yang bisa meningkatkan jurang antara kaya dan miskin
ekonomi yang kian menguncup
kurang kepercayaan daripada pelabur asing
kadar jenayah yang tinggi
kadar inflasi yang tidak pernah susut
dan apa segala yang akan meninggalkan impak negatif

siapa jua memerintah....
siapa jua yang kamu pilih
pokoknya kamu kembali kepada dasar islam
kerana islam tidak pernah zalim
biarpun kamu bukan dari kalangan penganut agama islam

jika parti yang berlandaskan islam memerintah
tiada istilah kalah jadi abu menang jadi arang

semestinya menang jadi obor
kalah akan pincang
selaras dengan maksud islam yang membawa maksud sejahtera...
sekian...

TAUTAN HATI IKATAN KASIH

ceritera cinta baru bermula
lihat semua bintang di angkasa
ada berapa??
bisa kamu kira???
sayang aku pada kamu
bisa kamu hitung??
nah aku biarkan kamu hitung....
mungkin tak sudah-sudah

lihatlah foto tanpa bicara
tanda hati telah dipunya





















bukanlah wanita jika tidak setia....
bukanlah lelaki jika jatuh cinta hanya sekali....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...