GENG LENSA HIDUP

16 May 2010

WOI!!! HEBAT KE KAU?

salam
harap semua sihat

aku jalan-jalan...
jumpa manusia rasa hebat dapat layari bahtera rumah tangga selama 7 tahun. ini contoh saja. oh!!! kau sudah tahu sifat manusia itu kau kata. kau juga faham sikap lelaki itu kau juga yang kata. kau kata juga sudah banyak pengalaman yang kau rasa. oh!!! apa kau rasa saat kau cerita? hebat? dahsyat? kau nampak kuat? kau nampak tabah? bagus andai kau benar tabah. cuma kau perlu ingat jangan terlalu rasa hebat. esok lusa suami kau boleh kena rembat. esok lusa mungkin kau boleh hidup merempat. saat usia senja pun bisa jadi janda. itu adat kat dunia. dunia juga bukan milik kita. kita hanya tumpang saja. menanti saat ajal menjelma.

aku jalan-jalan...
jumpa manusia bilang dia bisa buat orang derita... bisa juga buat manusia merana.. oh!!! kau tu siapa? kau superman ka? atau si batman? atau joker yang penuh contengan di muka? bisa kau tiup sangkala kala? bisa kau tempel derita @ merana pada perjalanan hidup manusia? cakap jangan dongak langit saja... lihatlah tanah sekali sekala... nanti suatu masa kau tinggal sorang kat dalam sana... itu bukan aku kata... memang hakikat jadi manusia...

aku jalan-jalan...
jumpa orang lihat manusia mahu tipu seisi dunia. kau boleh bangga & dabik dada saat di dunia. kau juga patut tahu ada balasan juga di sana. semestinya penuh azab seksa. di punggung kau akan ada bendera. sebagai tanda si pendusta.... ini bukan aku kata... cubalah cari buku agama.... baca-baca buat tarbiah bersama...

aku jalan-jalan...
jumpa si manusia sifat baik penghias jiwa... belum tentu jujur di dalamnya... ya... manusia baik merata-rata... yang jujur susah nak jumpa... manusia kau mahu jadi apa? bukan aku kata... dah memang tertulis dalam kitab agama... munafik itu topengnya pura-pura... kekadang berpura tak tahu apa-apa... persis anak-anak baru lahir ke dunia...

kalau rasa hebat jangan dabik dada
kau belum lihat DIA punya kuasa
sesiapa pun boleh lenyap tiba-tiba
seperti qarun dibenam bersama harta
hanya KUN FAYAKUN saja...

ahhhhhhhhhh
aku? pandai cakap saja... malu sendiri... tak putus buat dosa... (aku tunduk lihat diri)
mahu bikin apa lepas ni?
APA YANG BAIK DATANG DARI DIA YANG BURUK DATANG DARI AKU


p/s: aku pohon maaf pada semua jika aku ada terlanjur bicara... aku juga manusia biasa... hajat hati mahu    huni syurga... bimbang tak tahan azab neraka... tapi aku juga penuh dosa...

ALAM DARIPADA KECIL DAN SEMAKIN BESAR

salam
pekabo semua?
entri ringkas buat tatapan semua...

kita sedar atau tidak...
kita akan menempuhi beberapa alam...
alam rahim, alam dunia & alam akhirat
ye tak?

ALAM RAHIM
manusia akan menempuhi alam rahim pada awalnya yang hanya terhad di dalam rahim ibu & tak dapat bergerak ke mana-mana. hanya mampu berpusing-pusing di sekitarnya saja....betul tak... kemudian lahir ke dunia... memasuki ALAM DUNIA


ALAM DUNIA
kemudian kita semua lahir ke dunia.... dunia ini lebih luas dari alam rahim. dan lebih banyak cabaranya... betul tak? kita lihat saja... lautan yang terbentang luas... gunung ganang yang tinggi... langit yang tak tercapai dek tangan... dan macam-macam lagi yang ada... mampukah kita mengelilingi dunia? mengelilingi bumi mungkin kita mampu... dunia ini meliputi ruang angkasa juga.... korang mampu? luaskan dunia ni... =)




ALAM AKHIRAT
merupakan alam terakhir buat kita. dan kita akan abadi di sana. tidak kira kita penghuni syurga atau neraka. seorang yang memiliki iman walaupun sebesar zarah tetap akan merasa nikmat syurga... itulah janji yang MAHA ADIL lagi MAHA BIJAKSANA.... perjalanan untuk sampai ke neraka juga bertahun lamanya.. saat menanti untuk meniti titian sirat juga sangatlah lama.... dengan keadaan manusia yang sangat ramai. susah atau senang kehidupan di sana bergantung pada amalan kita di dunia. inilah alam yang paling luas.... buat semua manusia... dan merupakan destinasi terakhir buat kita...

itulah ringkasnya & uniknya ketentuan ALLAH yang MAHA MENGETAHUI setiap kejadian di langit & bumi... wallahualam

segala yang baik hanya daripada DIA yang buuk semua daripada aku...

moga ada manfaat buat diri aku
silalah baca kepada mereka yang mahu... =)

YANG KITA BERI TAK SAMA DENGAN YANG DITERIMA

salam
moga kalian sentiasa sihat hendaknya....

pernah tak kita rasa apa yang kita buat @ apa yang kita lakukan macam tak de balasan je? ikhlas ke kalau ade rase cam tu? pernah tak korang terfikir? apa yang kita berikan kita akan dapat kembali.... cuma cara kita mungkin tak sama... tapi percayalah selagi korang memberi korang tetap akan menerima. itu memang janji Allah. malahan jika kita memberi kebaikan kita akan dapat pulangan yang lebih... ye dak?

jika ko beri sedekah RM5... mungkin ko akan dapat kembali duit tapi dalam jumlah yang lebih. biar pun bukan datang daripada orang yang kita bantu... itu hakikatnya. kadangkala ko berikan sesuatu pertolongan contohnya membantu seseorang yang kerosakan motor kat highway... kemudian hari korang mengalami masalah kat tempat kerja... InsyaAllah akan ada yang membantu...

ko ikhlas kat tempat keje & dedikasi saat ko bekerja... mungkin ko akan dianugerah anak-anak yang berjaya suatu hari nanti. yang penting korang yakin dengan janji Allah. ikhlas dalam setiap perbuatan. ganjaran pasti akan diberikan... setiap pemberian Allah kadang kala kita tak berapa nak perasan... kadang kala kita keluh kesah... hakikatnya bila kita renungi & amati... ganjaran daripadaNYA tetap ada...

tetapi cara & individu yang diutus Allah untuk membantu kita mungkin bukan orang yang serupa & mungkin bukan dalam situasi yang sama. perumpamaannya tangan-tangan Allah sentiasa akan membantu hambaNYA yang ikhlas... wallahualam...

buat renungan diri sendiri...
juga pada siapa yang sudi baca entri ni =)
pemberian & pertolongan atau apa saja yang ikhlas pasti ada ganjarannya =)

TAK CUKUP MASA @ TAK PANDAI BAHAGI MASA

salam
kabare semua?
huhuhu...
bahasa jawa okay tak?

aku kadang-kadang rasa tak berapa cukup masa...
betul ke tu?
ke aku yang tal pandai bahagi masa?
alah mase semua orang sama 24jam...
ye tak?
dua tiga menjak ni aku sibuk la sangat bace blog, bace buku, buat video, ni dah masuk 3 hari aku tak berapa nak tido. adekah patut? 

aku rajin sangat singgah blog diaorang ni RESEPI RAHSIAKU, 1001 KISAH, PLAIN JANE, PIPI MUNCET.... dok la bace entri-entri lama...

buku yang aku dok layan sekarang ni POLITICAL TSUNAMI by LIM KIT SIANG

buat editing & dubbing video kawen... tu pon tak siap-siap lagi... ma aku dah bising due date dah dekat. adoiyai... terfikir untuk pergi GUNUNG PULAI join budak-budak blogger. macam best je... lalala...

aku terfikir...
bila masa aku dok ingat DIA harap dalam SOLAT je ke?
sila jangan tiru macam aku...hari-hari lepas AKU pesan dalam blog apa yang kita wat kalau niat kerana ALLAH jadi ibadah... aku buat ke? harap adelah tu... =)
AKU BUKAN BAIK PUN =)
demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian melainkan mereka yang beramal soleh & berpesan-pesan ke arah kebaikan...

SELAMAT HARI GURU a.k.a HAPPY TEACHERS DAY

salam
kepada semua blogger
kepada semua pembaca
moga sentiasa dilimpahi rahmat
moga sentiasa diberkati
moga sentiasa dilindungi

pertama
semua orang tahu hari ini adalah
HARI GURU
aku mahu ucapkan
TERIMA KASIH CIKGU
merangkumi semua cikgu sekolah tadika sampai la cikgu kat universiti
kat sini aku pulun semua cikgu okay
aku sebutkan cikgu-cikgu aku ya

CIKGU ROSIAH (TADIKA)
CIKGU ROMIAH (BM)
CIKGU RAMLAH (MATH)
CIKGU ROSNAH (PS)
CIKGU HAMIDAH (BI)
CIKGU JEFRY (MUZIK)
CIKGU LAI (MUZIK)
USTAZAH AZLINA (P.ISLAM)
CIKGU BUEIMAH (BM)
CIKGU USHA (BI)
CIKGU LATIFAH (BI)
CIKGU NORAZMAH (BM)
CIKGU AHMAD HAMIZAN (BM)
CIKGU WONG SWEE NGIOK (BI)
CIKGU PATIMAH (SAINS)
USTAZ SYED (P.ISLAM) 
USTAZ JAMALUDIN (ARWAH) (P.ISLAM)
USTAZAH MARIA (P.ISLAM)
CIKGU MASHITAH (SAINS)
CIKGU LUAWI (BM/MATH)
CIKGU MOHAMAD (BI)
CIKGU SUHAIMI (BI)
USTAZ JUSMAN (MUNAKAHAT)
USTAZAH ROHANA (MUAMALAT)
USTAZ USOP (ARAB)
USTAZ MAHMUD (TASAUF)
USTAZ MAZLAN (IBADAT/TAUHID)
USTAZ YAHYA (IBADAT)
USTAZAH MAIZAH (ARAB)
USTAZAH ZAITON (TAUHID/IBADAT)
USTAZAH MARITA (ARAB)
USTAZAH KAMARIAH (IBADAT/TAUHID)
USTAZAH HAYATI (ARAB)
USTAZAH ANNE (ARAB)
USTAZ JOHAR (ARWAH) (ARAB)
USTAZAH JAMILAH (AL-QURAN & HADIS)
USTAZAH HAJAH MAH (P.ISLAM)
USTAZ WAN ISMAIL (P.ISLAM)
CIKGU ZAINAL ARIFFIN (BI)
CIKGU NORIZAN (BM)
CIKGU HALIM (SEJARAH)
CIKGU SHAHNON (GEOGRAFI)
CIKGU NORHAYATI (MATH)
CIKGU ROSLAN (SAINS)
CIKGU SITI MARIDAH (SAINS)
CIKGU LIM YOU REEN (BI)
CIKGU LUKMAN (BM)
CIKGU ZULAIHA (MATH/BIOLOGI)
CIKGU KALIMALAR (BI)
CIKGU HALIZAH (SAINS)
CIKGU ROKIAH (K.H)
CIKGU ZAINI MONTEL (K.H)
CIKGU ZAINI SOHOL (MATH)
CIKGU MOHAMAD UYOB (MATH. MODEN)
CIKGU YUSOF ABU (GEOGRAFI)
CIKGU ZAMRI (K.H)
CIKGU NORHAYATI WAHID (SEJARAH)
CIKGU ROSIAH MUJI (KIMIA)
CIKGU ANI AZUAR (MATH MODEN)
CIKGU NORHAYATI SURAYAMAN (ADD MATH a.k.a MY MOM BEST FREN)
CIKGU SHAMSIAH (BM)
CIKGU SITI ROGAYAH (FIZIK)
CIKGU ROHANI LAJAT (KIMIA)
CIKGU ASPAR (FIZIK)
CIKGU ZAINI (FIZIK)
CIKGU ROHANA (BIOLOGI)
CIKGU HAFIZUL (PENGAJIAN AM 1)
CIKGU WAN ZALIZA (PENGAJIAN AM 2)
CIKGU ROLAN (MATH TULEN)
MISS SHANGEETHA (MUET)
ENCIK SHAHRIZAN (BASIC SURVEY)
CIK ZARINA (FIZIK)
DR. ZACK (SURVEY ENGINEERING)
PUAN AISHAH (FUNDAMENTAL MATH)
MISS SHAKIRAH (ENGLISH)
ENCIK IMRAN (ENGLISH)
HAJAH NORMAH (COMPUTE)
ENCIK SAIFUL (BASIC SURVEY AMALI)
PROF. MUHAMMAD (PHOTOGRHAPY SURVEY)
PROF. NASRI (CADASTRAL SURVEY 1)
PROF. RAHMAN (CADASTRAL SURVEY 2)
PROF. SYED JAMALUDIN (GEOMORFORLOGY)
PROF. HILMI (VIVA PROJECT)
ENCIK SAHAR (CARTOGRAPHY SURVEY LAB)
PROF. KAMAL (CARTOGRAPHY SURVEY)
PUAN MARIA (CALCULUS 2)
PROF. MALEK (DIGITAL IMAGE PROCESSING)
ENCIK HISHAMUDDIN (LAW)
ENCIK LUKMAN (GEOGRAPHYCAL INFORMATION SYSTEM)
PROF. JUAZER RIZAL (ASTRONOMY SURVEY)

ni pun ada yang aku dah lupa nama diaorang
SELAMAT HARI GURU 
lagi sekali aku ucapkan
jasa kalian semua sangat aku hargai
kat bawah ni aku nak kongsi
momen indah dengan beberapa orang cikgu aku

CIKGU LUAWI HAJI ALIAS
perghhh... ni cikgu kesayangan aku. paling sayang sampai mati!!! tapi dia garang gila tahap dewa kepala dua. silap eja @ silap kira habislah kau.... dia juga jurulatih catur kebangsaan. kat sekolah kitaorang. tema dia kalau dapat kalahkan dia... baru korang leh dapat masuk peringkat kebangsaan. kalau tak...tak de lah harapan... kadang-kadang betul gak... adik aku dapat johan negeri melaka pun 1 @ 2 set je leh kalahkan beliau... cissssssss!!! pape pun  sayang sangat!!!

CIKGU ROSIAH MUJI (KIMIA)
geng kamceng mase kat sekolah lu. tiap minggu kitaorang akan lepak pizza. bila balik kelas hikmah kitaorang mesti merayap dulu baru dia hantar aku balik umah. dia pakai tudung labuh tapi jiwa rock. adoiyai...
sampai hari nikah dia kita orang kamceng. cuma skang bila dia dah ada anak mase raya je dia datang umah aku & aku akan gi umah dia

CIKGU NORHAYATI SURAYAMAN (ADD MATH)
ni la cikgu aku yang paling kuat nyanyi lagu inggeris klasik. yelah 5 tahun dok canada. rupanya cikgu aku ni BEST FREN MA AKU. diaorang jumpa mase mesyuarat PIBG sekolah. diaorang kawan dari sekolah rendah sampai lah diaorang pi SEKOLAH SERI PUTRI KL. geng sama-sama main tenis. memang dah macam jejak kasih aku tengok mase 1st time jumpa. adoiyai...

HAJAH NORMAH (COMPUTE)
lecturer aku yang memang giler sporting tahap dewa. aku tak pernah masuk kuliah & tutorial kelas dia. cuma masuk mase 1st day je. aku cuma wat assignment, datang test & gi final exam je. aku sangat malas. tapi subjek ni cuma kira-kira je. aku ucap terima kasih amat kat hajah normah. coz aku nye carry mark dapat full & final aku dapat A+ i luv so much!!! beliau juga pembaca setia blog ni wink wink =) lecturer yang sukakan POLITIK HIJAU

PROF. MUHAMMAD JAAFAR (PHOTOGRAPHY SURVEY)
lecturer aku ni memang aku panggil encik mat je.. rileks tapi tegas. aku cuak gak masuk kelas dia. mesti dia akan tanya sorang-sorang & kena jawab calculation kat depan. cuma dia tau sangat aku cepat lapar & selalu breakfast kat dalam kelas dia... coz kelas dia pagi... huhuhu... kalau aku tak makan mesti muka aku macam orang afrika. penah satu hari aku lambat gi kelas.. so tak sempat beli makanan & minuman. dia kesian gile tengok muka aku cam ayam berak kapur... dia soh la aku pi cafe beli makanan... kakakaka... cayalah prof... dia balik haji tak lupa dia belikan aku tasbih gemok... hohoho. nanti kita chat kat FB okay!!!

tu lah kisah aku dengan cikgu-cikgu aku...
pada yang dah meninggal dunia
AL-FATIHAH
buat mereka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...