GENG LENSA HIDUP

17 March 2015

TIPS MEMASAK BUAT 'NEWBIE'

Assalammualaikum

semoga semuanya sentiasa sihat selalu...

beruntung lah kita zaman sekarang tak da alasan dah untuk tak tahu memasak... sebab terlalu banyak sumber untuk belajar memasak...

selain kelas memasak.... banyak dah resepi secara online... atau nak lagi mudah google di youtube... siap ada cara lagi...

umur berapa patut belajar memasak?

tak kisah lah bila-bila pun boleh... janji hati mau belajar... dengan adanya ilmu memasak ni... banyak sangat manfaatnya... bukan setakat boleh memasak untuk keluarga.... mana tahu suatu hari nanti nak berniaga makanan ke... haaaa kan berguna... yang penting sentiasa asah bakat memasak...

untuk yang baru mula belajar...

cuba dengan menu yang mudah-mudah je dahulu... supaya semangat tu akan up dan terus up... sekali sekala tak menjadi tu biasalah... tapi jangan cepat down...

dan elak daripada membeli perkasasan memasak terlalu banyak dan 'over excited'

bimbang nanti terlalu seronok membeli... memasaknya tidak.....

dan pada aku paling basic belajar memasak seperti lauk pauk, nasi, mi, bihun... kemudian baru lebih kepada kuih muih dan pencuci mulut....

dah expert... boleh pulak bereksperimen untuk menghasilkan kek...  dan lain-lain menu yang agak rumit dan renyah...

nanti lama kelamaan... minat memasak akan semakin subur... percayalah... semua orang boleh memasak... cuma perlu diasah sahaja bakat yang terpendam... dan jangan give up...

jika ada suami jadikan mereka sebagai pengkritik... dan jika masih single boleh soh kawan-kawan, mak ayah atau adik beradik untuk jadi food tester... =)

semua datang dari dalam diri... dan kesungguhan untuk memajukan diri.... dan jangan biarkan diri berada di takuk lama... tanpa mencuba sesuatu resepi yang baru...

contohnya dah tau buat masak lemak, asam pedas dan kari... itu je lah resepi daripada muda sampai ke tua.... tak ada peningkatan.... cari dan terus cari resepi baru....


pisang goreng cheese

spagettii

donut

char kuey teow

sotong goreng tepung

mi hailam

roti jala


dulu aku pun tak reti memasak jugak... tapi sekarang boleh lah... setakat nak naikan berat husband hu3... =P

SENARAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN YANG BAKAL DIKENAKAN GST

senarai-barangan-dan-perkhidmatan-yang-dikenakan-gst










Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan mula diimplemen pada 1 April 2015 
pada kadar 6 peratus. Cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) masing-masing 
pada kadar 10 peratus dan 6 peratus dahulunya akan digantikan dengan GST.
Kebanyakan barangan dan perkhidmatan (kecuali keperluan asas) akan dikenakan 
GST termasuklah barangan yang dahulunya tidak dikenakan SST.

Antara barangan dan perkhidmatan yang akan dikenakan cukai barangan dan 
perkhidmatan adalah:

Kad Kredit


Cukai kerajaan sebanyak RM50 yang dikenakan setiap tahun serta RM25 yuran bagi 
kad tambahan akan dimansuhkan pada 1 April apabila GST mula diimplemen.

Sebaliknya GST akan dikira berdasarkan yuran tahunan kad kredit yakni boleh 
terangkum dari jumlah RM70 hingga RM1,000 bergantung pada jenis kad.

Buku dan e-buku


Cukai 6 peratus akan dikenakan ke atas semua jenis buku kecuali kamus, 
ensiklopedia, surat khabar, buku teks, buku rujukan, buku kerja dan kitab-kitab 
agama. Kesemua terbitan ini tidak tertakluk kepada GST.

Pembekal e-buku tempatan seperti e-sentral dan MPHonline juga akan dikenakan 
GST manakala syarikat asing seperti Google Play dan Apple iBookstore tidak 
tergolong dalam cukai 6 peratus tersebut.

Rumah


GST juga dikenakan terhadap bahan-bahan asas pembinaan seperti simen, 
batu-bata dan pasir bagi kedua-dua hartanah kediaman dan komersial. Jentera 
berat seperti kren juga dikenakan cukai. 

Sebelum ini, bahan-bahan mentah tidak termasuk cukai SST. Harga rumah 
dianggarkan mengalami kenaikan sebanyak 2.6 peratus maksimum.

Petrol


RON97 akan dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan sebanyak 6 peratus.  
Bagaimanapun RON95, Diesel dan gas asli cecair (LPG) terkecuali. 

Bekalan Elektrik


Isi rumah akan termasuk 6 peratus GST jika penggunaan bil elektrik melebihi 
300 unit.

Kereta Terpakai


Pada masa ini, kereta terpakai  adalah tidak tertakluk kepada SST malah tidak 
tersenarai dalam barangan yang dikenakan GST.

Industri kereta meramalkan bahawa kereta terpakai akan tertakluk kepada 
cukai tambahan 6 peratus selepas pelaksanaan GST pada bulan April.

Perkhidmatan Perbankan


Bayaran RM1 jika menggunakan perkhidmatan MEPS di ATM akan meningkat 
kepada RM1.06. Tiada GST akan dikenakan sekiranya membuat pengeluaran 
dari ATM bank sendiri.

Begitu juga dengan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh bank, seperti pemindahan 
wang (contohnya pesanan juruwang dan permintaan draf), pindahan telegraf, 
pertukaran wang, pinjaman, perkhidmatan cek dan kad debit akan turut tertakluk 
kepada cukai sebanyak 6 peratus (perkhidmatan, komisen atau yuran langganan).

Yuran Kelas Tuisyen


Bermula April, GST akan mula diimplemen ke atas yuran tuisyen, lantaran pusat 
tuisyen tidak dikategorikan di bawah institusi pendidikan.

Khidmat Kecantikan


Harga perkhidmatan kecantikan seperti rambut, rias kuku dan rawatan muka 
akan dikenakan 6 peratus GST. Perkhidmatan urut akan dikenakan GST jika 
jumlah jualan tahunan bagi perniagaan itu adalah RM500,000 dan ke atas.

Selain daripada perkhidmatan kecantikan, kosmetik dan produk lain untuk kulit, 
rambut dan penjagaan badan juga akan dikenakan GST.

Produk kecantikan yang dijual di lapangan terbang dikira barangan bebas cukai 
dan tidak termaktub kepada cukai GST.

Walau bagaimanapun, peniaga yang pernah mendaftar akan dapat mengurangkan 
kos dengan menuntut kredit cukai input bagi premis yuran sewa, kos elektrik dan 
peralatan yang dibeli untuk menjalankan perkhidmatan. Cukai input merujuk kepada 
GST yang dibayar oleh perniagaan untuk membeli barangan dan perkhidmatan yang 
digunakan untuk melaksanakan perniagaan.

Insurans


Semua polisi insurans kecuali insurans hayat akan dikenakan 6 peratus GST 
bermula April. GST juga tertakluk kepada semua dasar tradisonal dan berkaitan
pelaburan yang mempunyai manfaat dari penyakit kritikal atau perubatan 
kemalangan persendirian.

GST dikenakan ke atas polisi premium tradidional. Bagi polisi berkaitan pelaburan 
pula, cukai 6 peratus dikenakan ke atas caj insurans. Caj insurans akan 
meningkat dengan usia kerana caj insurans yang lebih tinggi bagi polisi berkaitan 
pelaburan.

Kurang dari sebulan sebelum GST mula dilaksanakan, adalah satu perkara yang 
baik untuk memahami bagaimana GST akan memberi kesan kepada perbelanjaan 
seharian.Pengetahuan ini dapat membantu merancang perbelanjaan masa hadapan 
dalam mengurangkan kesan negatif GST.

Kredit gambar: therakyatpost, agendasemasa, publishingperspectives, wikimedia, PA, ooo.my, 
winpoin, mbsa-mppzon5, ogleschool, fbs.anu

GST: SEMUA NAK MENANG HUJAH!!!


Assalammualaikum

bila sentuh bab GST... mamcam-macam lah cerita yang ada... ada yang ckapa bagus... ada yang cakap teruk... ada yang cakap barang naik...

apa pun tak payah gaduh....

tinggal lagi beberapa hari je kita akan bertemu dengan GST...

nanti kita akan tahu siapa yang menipu dan siapa yang tertipu... berkaitan isu GST ni kan kan kan?

=P

jangan ada yang bunuh diri sudah lah =P

SELAMAT PENGANTIN BARU KAWAN





7 MAC 2015

kawan aku dah selamat jadi suami orang

AWIS QURNI & HIDAYAH

semoga berkekalan hingga ke syurga...

tq hubby bawa we all pegi Slim River...

this week pulak pegi Chini...

next week...

aku belum buat request lagi...

ade jemputan aqiqah baby my BFF kat KL

hehe... harap-harap dapat gi =)

i wish i wish 

nak shopping baju baby pun belum sempat lagi

tempah baju raya pun tak dan lagi... (kain dah beli)

sekarang dah musim cuti sekolah...

aku kena kurangkan aktiviti bisnes

nak fokus lebih pada anak-anak

aktiviti mengaji, menulis, membaca, dan outdoor activity

happy holiday!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...