GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label senarai barangan dan perkhidmatan yang bakal dikenakan GST. Show all posts
Showing posts with label senarai barangan dan perkhidmatan yang bakal dikenakan GST. Show all posts

17 March 2015

SENARAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN YANG BAKAL DIKENAKAN GST

senarai-barangan-dan-perkhidmatan-yang-dikenakan-gst










Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan mula diimplemen pada 1 April 2015 
pada kadar 6 peratus. Cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) masing-masing 
pada kadar 10 peratus dan 6 peratus dahulunya akan digantikan dengan GST.
Kebanyakan barangan dan perkhidmatan (kecuali keperluan asas) akan dikenakan 
GST termasuklah barangan yang dahulunya tidak dikenakan SST.

Antara barangan dan perkhidmatan yang akan dikenakan cukai barangan dan 
perkhidmatan adalah:

Kad Kredit


Cukai kerajaan sebanyak RM50 yang dikenakan setiap tahun serta RM25 yuran bagi 
kad tambahan akan dimansuhkan pada 1 April apabila GST mula diimplemen.

Sebaliknya GST akan dikira berdasarkan yuran tahunan kad kredit yakni boleh 
terangkum dari jumlah RM70 hingga RM1,000 bergantung pada jenis kad.

Buku dan e-buku


Cukai 6 peratus akan dikenakan ke atas semua jenis buku kecuali kamus, 
ensiklopedia, surat khabar, buku teks, buku rujukan, buku kerja dan kitab-kitab 
agama. Kesemua terbitan ini tidak tertakluk kepada GST.

Pembekal e-buku tempatan seperti e-sentral dan MPHonline juga akan dikenakan 
GST manakala syarikat asing seperti Google Play dan Apple iBookstore tidak 
tergolong dalam cukai 6 peratus tersebut.

Rumah


GST juga dikenakan terhadap bahan-bahan asas pembinaan seperti simen, 
batu-bata dan pasir bagi kedua-dua hartanah kediaman dan komersial. Jentera 
berat seperti kren juga dikenakan cukai. 

Sebelum ini, bahan-bahan mentah tidak termasuk cukai SST. Harga rumah 
dianggarkan mengalami kenaikan sebanyak 2.6 peratus maksimum.

Petrol


RON97 akan dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan sebanyak 6 peratus.  
Bagaimanapun RON95, Diesel dan gas asli cecair (LPG) terkecuali. 

Bekalan Elektrik


Isi rumah akan termasuk 6 peratus GST jika penggunaan bil elektrik melebihi 
300 unit.

Kereta Terpakai


Pada masa ini, kereta terpakai  adalah tidak tertakluk kepada SST malah tidak 
tersenarai dalam barangan yang dikenakan GST.

Industri kereta meramalkan bahawa kereta terpakai akan tertakluk kepada 
cukai tambahan 6 peratus selepas pelaksanaan GST pada bulan April.

Perkhidmatan Perbankan


Bayaran RM1 jika menggunakan perkhidmatan MEPS di ATM akan meningkat 
kepada RM1.06. Tiada GST akan dikenakan sekiranya membuat pengeluaran 
dari ATM bank sendiri.

Begitu juga dengan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh bank, seperti pemindahan 
wang (contohnya pesanan juruwang dan permintaan draf), pindahan telegraf, 
pertukaran wang, pinjaman, perkhidmatan cek dan kad debit akan turut tertakluk 
kepada cukai sebanyak 6 peratus (perkhidmatan, komisen atau yuran langganan).

Yuran Kelas Tuisyen


Bermula April, GST akan mula diimplemen ke atas yuran tuisyen, lantaran pusat 
tuisyen tidak dikategorikan di bawah institusi pendidikan.

Khidmat Kecantikan


Harga perkhidmatan kecantikan seperti rambut, rias kuku dan rawatan muka 
akan dikenakan 6 peratus GST. Perkhidmatan urut akan dikenakan GST jika 
jumlah jualan tahunan bagi perniagaan itu adalah RM500,000 dan ke atas.

Selain daripada perkhidmatan kecantikan, kosmetik dan produk lain untuk kulit, 
rambut dan penjagaan badan juga akan dikenakan GST.

Produk kecantikan yang dijual di lapangan terbang dikira barangan bebas cukai 
dan tidak termaktub kepada cukai GST.

Walau bagaimanapun, peniaga yang pernah mendaftar akan dapat mengurangkan 
kos dengan menuntut kredit cukai input bagi premis yuran sewa, kos elektrik dan 
peralatan yang dibeli untuk menjalankan perkhidmatan. Cukai input merujuk kepada 
GST yang dibayar oleh perniagaan untuk membeli barangan dan perkhidmatan yang 
digunakan untuk melaksanakan perniagaan.

Insurans


Semua polisi insurans kecuali insurans hayat akan dikenakan 6 peratus GST 
bermula April. GST juga tertakluk kepada semua dasar tradisonal dan berkaitan
pelaburan yang mempunyai manfaat dari penyakit kritikal atau perubatan 
kemalangan persendirian.

GST dikenakan ke atas polisi premium tradidional. Bagi polisi berkaitan pelaburan 
pula, cukai 6 peratus dikenakan ke atas caj insurans. Caj insurans akan 
meningkat dengan usia kerana caj insurans yang lebih tinggi bagi polisi berkaitan 
pelaburan.

Kurang dari sebulan sebelum GST mula dilaksanakan, adalah satu perkara yang 
baik untuk memahami bagaimana GST akan memberi kesan kepada perbelanjaan 
seharian.Pengetahuan ini dapat membantu merancang perbelanjaan masa hadapan 
dalam mengurangkan kesan negatif GST.

Kredit gambar: therakyatpost, agendasemasa, publishingperspectives, wikimedia, PA, ooo.my, 
winpoin, mbsa-mppzon5, ogleschool, fbs.anu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...