GENG LENSA HIDUP

28 April 2010

WAJIB MEMBERI SOKONGAN KEPADA YANG MENGAJAK KEMBALI KEPADA ISLAM

salam
aku mahu kongsikan sedikit mutiara kata daripada ulama tersohor...
isu memberi sokongan kepada mereka yang berpaksikan ISLAM yang sebenar...

"apabila ada di dalam sesebuah negara satu golongan yang mahu mengajak kembali kepada Al-Quran dan hadith, sedangkan apa yang ada pada ketika itu tidak kembali kepada Al-Quran dan hadith, maka WAJIB bagi setiap umat Islam memberi sokongan"

DR.YUSUF AL-QARDAWI

TAHNIAH BLOG KAMU MEMANG ADA UMMPHHH

salam
aku tetiba rasa memang tak leh blah bila singgah blog ni... 

hampir kesemua entri beliau ada memasukkan perkataan KELI
dari pen ikan keli, tandas ikan keli, patung ikan keli, cara mengenal ikan keli halal, origami ikan keli dan tah macam-macam lagi yang berkaitan dengan keli...

pendek kata segalanya KELI

oleh itu semua pengunjung blog aku...
aku nak bagitau ni... yang aku cukup salut dengan blog KELI OH KELI
tidak pernah lari daripada tema beliau...

serba sedikit yang aku tau mengenai tuan blog tersebut... beliau berasal daripada PENANG. okeh itu saja yang aku tau... hohoho..

aku banyak bace entri beliau... tapi aku tak berkenalan pon dengan pemilik blog tuuuuuuuuuuuuuuu harap maklum!!! =)

KEKAYAAN ORANG YANG INGKAR HANYALAH ISTIDRAJ

salam
bismillah...

mahu menulis perihal agama...
kekadang rasa bimbang tersasar..
sebab aku bukan orang bertauliah.
sila jangan terima bulat-bulat apa yang aku tulis ni...
rujuklah kepada mereka yang lebih pakar dan arif...

istidraj bererti suatu pemberian yang tidak direstuiNYA. 

sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
"apabila kamu melihat tuhan mengurniakan kekayaan dunia kepada orang yang asi(ahli maksiat), sesungguhnya yang demikian itu merupakan istidraj daripada Allah. ketika mereka lupa akan ajaran dan peringatan-peringatan, Allah membukakan segala pintu kesenangan dunia, tetapi pada saat mereka terlalu gembira dengan kekayaan itu, tiba-tiba Allah merentap segalanya dengan serta merta."

oleh itu jangan kita keliru...
ini adalah merupakan peringatan kepada kita bahawa kekayaan dan pangkat kedudukan yang dikurniakan oleh Tuhan kepada ahli maksiat yang tidak taat kepada suruhan serta melanggar laranganNYA hanyalah istidraj.

kerana itu jangan kita kagumi sekiranya mereka yang ingkar pada yang Maha Pencipta terus terusan mendapat kebahagiaan dan dilimpahi kekayaan. lakukan setiap suruhanNYA tanpa jemu.agar kita sentiasa memperolehi petunjuk daripadaNYA. 

semoga aku dan korang semua tidak lagi mempertikaikan mengapa mereka buat maksiat tapi mereka tetap hidup senang.... renung-renungkan... =)

KENAPA DIA BUAT SALAH MASIH HIDUP SENANG?

salam
mak aih...
sensetip topik ni..
hahaha...

pernah jumpa tak?

orang yang selalu buat maksiat tapi masih lagi hidup senang
orang yang tak solat tapi masih hidup senang

dan apa segala yang dia buat memang banyak yang salah tapi masih juga hidup senang tak di timpa musibah. kalau kata periksa tu tetap jugak dapat straight A's dan 4.00 CGPA. mesti korang cakap baik aku tak payah sembahyang kalau tak sembayang pun okay je... baik aku buat jahat. buat jahat pun boleh je kaya... boleh je hidup mewah... hahaha... tunggu dulu....

nanti aku akan kupas isu ni...
dalam topik ISTIDRAJ

aku akan cuba post entri tu hari ni...
aku cuba bagi peneranagn yang ringkas dan padat
supaya senang faham orait chow!!!

p/s: nampaknya insert video dah boleh... nak upload video special punya... encik yang kat NEW JERSEY boleh la tengok

BELI DUA... SATU UNTUK SAYA SATU UNTUK AWAK

salam


terima kasih buat si pemberi cik puan sabariah mohamed a.k.a ibu
ehemmm.... 
yummy aku suka makanan tu... 
it's so crunchy and crispy not too salty =)
dah abes pon.... tq so much dear a.k.a ibu...
beliau kata beliau beli magazine ni dua....
satu untuk dila satu untuk ibu....


macam aku penah cakap baca itu perlu...
bacalah apa saja...
bahan bacaan keluaran TELAGA BIRU sememangnya berkualiti...
seperti buku 
INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT dan SYABAB MUSAFIR KASIH...
dua buah buku yang aku suka ulang baca....
aku pun penah cite SOLUSI itu best.... kan cik ekin kan?







MENJADI TEMAN KEPADA ORANG TUA-TUA

salam...
menulis di waktu malam...

mak aih...
jemulah asyik cakap ulang-ulang...

jemu ke?
dengar cerita orang tua-tua...

aku nak tanya selalu tak korang berhadapan situasi macam ni....
jumpa dengan orang tua....
tak pasti sangat asal dia dari mana...
lepas jumpa ko terus dia buka cerita hal anak cucu dia...
begitu dan begini...
tak sampai satu jam dia mengadap ko semula....
tetap ulang cerita yang sama juga....

mak aih....
kalau ko tak tahan tentu ko angkat kaki terus blah...
kan? kan? kan?

sebenarnya orang tua-tua ni suka kita dengar bila mereka bercerita...
mereka pun sebenarnya bukan ingat sangat cerita yang dah di ceritakan dekat kita. sebab tu cerita yang berulang-ulang sering terjadi... so dengarkan je lah... jangan lah rasa marah pulak....

beri tumpuan sepenuhnya saat mereka sedang menyampaikan cerita... baru mereka akan rasa gembira... jangan lupa bertanya beberapa perkara.... interaksi dua hala sangat penting... bukan mendengar dengan hati yang pura-pura... nanti ko akan rasa jemu...

tunjukkan rasa minat untuk dengar cerita mereka. jangan terlalu ambil hati dengan apa yang mereka katakan. teliti mendengar percakapan mereka.

yepp...
aku ada jiran yang dah kena strok. percakapan dia pun tak berapa jelas lagi. aku panggil dia atok. dia sangat suka bercerita. hal zaman perang-perang dulu. aku selalu datang umah dia. untuk dengar cerita dia. aku tahu dia gembira. kadang-kadang orang tua-tua ni mereka selalu rasa tak berteman. atok ni tak penah lupa tarikh besday aku... selalu pesan kat bini dia bagi hadiah kat aku... heheh....

aku juga ada atok dan opah... mereka dah tua. perlukan perhatian lebih dari anak dan cucu. masa tu lah mereka nak mengadu sakit itu dan ini. minta urut itu ini. nak suruh dengar cerita itu ini. jadi dengarlah cerita mereka. aduan mereka. sakit mereka. kenapa mereka begitu. kenapa mereka begini.

jadi sayangi mereka. jadi teman kepada mereka. jangan jemu dengar cerita mereka. =)

tah aku tak kenal tok google

atok aku haji zawawi bin haji mohd arbi (79 tahun)
yang suka mintak aku urut tapak kaki dia =)
aku sayang beliau okay!!!
opah sori.... gambar opah tak de kat sini...
nanti kakak upload lain ye...
luv u too... =)

ni tok-tok sedara aku
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...