GENG LENSA HIDUP

26 July 2010

MITOS TERJELEK ABAD INI - MESTI BACA


salam
semoga semua sihat dan diberkati sentiasa
moga murah rezeki...
dan menjadi insan yang diredhai...
aku penah jugak cakap hal ni kat SINI

semalam aku melayan FB...
sampai pukul 4:00 pagi...
berjumpa seorang hamba Allah..
yang sangat taksub dengan BN...
hahaha...

siap kabo... 

kalau tak de BN korang ni kebulur
kalau tak de BN malaysia tak membangun
kalau tak de BN hidup mundur
kalau tak de BN negara akan porak peranda
tah macam-macam lagi cakap...
selalu jugak ayat-ayat cam ni kuar kat TV.....

mai nak habaq sat...

jangan marah kalau aku cakap ITU MITOS TERJELEK ABAD INI
hang pa yang ada akai....
hang pa yang ada otak...
hang pa cuba tengok negara lain...
singapore, indonesia, thailand, jepun, brunei, korea dan lain-lain...
kat negara depa ada BN ke?

maju je...
membangun je...
ade je yang mundur...
ade je yang menderita...
ade je yang mewah...

rezeki Allah yang tentukan...
BUKAN BN

rasenye tak perlulah bodohkan rakyat malaysia sampai cam tu sekali...
kepada sesiapa yang terfikir BN yang beri tu semua...
banyakan istighfar... takut-takut lari dari aqidah... 
kerana dengan kata-kata juga boleh memesongkan aqidah...
kerana dengan hati juga boleh memesongkan aqidah...
kerana dengan perbuatan juga boleh memesongkan aqidah...

diulangi di sini BN hanya parti yang telah diberi mandat oleh rakyat untuk mengurus tadbir negara. tetapi kini BN sudah khianat pada amanah tersebut.... dengan membiarkan dan mengalakan maksiat seperti rasuah, judi, arak, pelacuran, seks bebas dan lain-lain... apa yang telah diberikan dan diagih-agihkan kepada rakyat jelata berupa wang, kain pelikat atau apa saja... itu adalah duit hasil kutipan cukai dan lain-lain yang diperolehi daripada rakyat jelata... BUKAN DUIT BN.... jadi BN tak boleh la gunakan duit-duit rakyat sewenang-wenangnya... untuk berjoli... dan tak mau bagi royalti... jadi tak perlulah lagi untuk menyebut-nyebut mitos yang khurafat.

sila faham apa maksud khurafat dengan jelas okay... 
jangan sekerat-sekerat...
nota: khurafat tu adalah perkara karut yang diada-adakan...

p/s: berhati-hati memilih pemimpin kerana kita akan disoal diakhirat nanti. ada hati jangan biar mati. hang pa mau sokong BN ke apa suka ati lah... tapi jangan sampai keluar ayat-ayat khurafat ok.

SKANDAL, REZEKI HARAM, DAN DOA TAK MAKBUL

rezeki dapat melihat =)

salam
semoga semua sihat walafiat,,,
lagi bertambah berkat...
penerangan ni aku buat sekaligus je la...
tentang mengundi tu nanti la aku cite kat entri lain...

menurut kamus dewan muka surat 1217
skandal - perbuatan keji, hina, dan menimbulkan kemarahan orang ramai

rezeki untuk entri ni lebih merujuk pada makanan...
walaupun rezeki tu pada hakikatnya termasuk juga dengan udara yang kita sedut dan macam-macam lagi...

rezeki haram - rezeki yang jelas haram secara zat... atau cara memperolehinya... seperti melalui rasuah... diperolehi dengan melakukan aktiviti pelacuran, perempuan simpanan... banyak sebab yang menjadikan rezeki anda semua tidak halal... kadang-kadang kita nampak pada zahirnya seperti halal tetapi hakikatnya haram... curi tulang pun boleh menjejaskan status hasil yang bakal kita dapat... masuk keje lambat... balik cepat... skandal dengan majikan dan macam-macam lagi...

riwayat abu hurairah: Nabi Muhammad pernah bersabda "sesungguhnya Allah Maha Suci. Dia tidak menerima apa-apa melainkan yang suci. Allah memerintahkan kepada orang Islam apa yang diperintahkan kepada pesuruhNya. Allah memerintahkan dalam surah Al-Mukminun ayat 51, 'wahai para rasul, makanlah rezeki yang baik-baik dan kerjakan amal yang baik-baik' Allah juga memerintahkan dalam surah Al-Baqarah ayat 172 'wahai orang yang beriman, makanlah rezeki yang baik-baik yang kami sediakan untukmu'

sesudah itu Nabi Muhammad menceritakan perihal seorang lelaki yang mengembara begitu jauh sehingga rambutnya kusut dan berdebu. dia menadahkan tangannya ke langit lalu berdoa, "Tuhanku! Tuhanku!" sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia kenyang oleh benda-benda haram. bagaimanakah doanya dapat diterima?

HR Muslim
wallahualam...

rujukan daripada Kitab al-Arba'in an-Nawawiah

p/s: adakah ni semua punca rosaknya akhlak umat kini? dan doa tak makbul biarpun tidak jemu berdoa... renung-renungkan...

PUASA SI MISKIN

sekadar hiasan 

salam 
kali ni berkongsi kisah teladan
kiriman emel daripada kawan-kawan...
selamat membaca... =)

Sekadar renungan..buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun: 

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya. 
"Mana bapak?" 
"Bapak pergi kerja..." 
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh." 
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan." 
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh." 
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah... Emak bapak tak mampu..". 
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ". 

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu.. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh...! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka.. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.." 

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata 

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari." 

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah.. Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.Jadi renung renungkanlah ..mungkin ini hanya sebuah cerita, tapi disebaliknya ada sebuah reality yang patut kita renungkan bersama dan patut kita kata pada diri kita ..sesuatu yang jarang kita sebut .. SYUKUR DAN TERIMA KASIH atas kurniaan ALLAH atas apa saja rezeki daripadaNYA ..Amin..

emel: joe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...