GENG LENSA HIDUP

26 July 2010

MITOS TERJELEK ABAD INI - MESTI BACA


salam
semoga semua sihat dan diberkati sentiasa
moga murah rezeki...
dan menjadi insan yang diredhai...
aku penah jugak cakap hal ni kat SINI

semalam aku melayan FB...
sampai pukul 4:00 pagi...
berjumpa seorang hamba Allah..
yang sangat taksub dengan BN...
hahaha...

siap kabo... 

kalau tak de BN korang ni kebulur
kalau tak de BN malaysia tak membangun
kalau tak de BN hidup mundur
kalau tak de BN negara akan porak peranda
tah macam-macam lagi cakap...
selalu jugak ayat-ayat cam ni kuar kat TV.....

mai nak habaq sat...

jangan marah kalau aku cakap ITU MITOS TERJELEK ABAD INI
hang pa yang ada akai....
hang pa yang ada otak...
hang pa cuba tengok negara lain...
singapore, indonesia, thailand, jepun, brunei, korea dan lain-lain...
kat negara depa ada BN ke?

maju je...
membangun je...
ade je yang mundur...
ade je yang menderita...
ade je yang mewah...

rezeki Allah yang tentukan...
BUKAN BN

rasenye tak perlulah bodohkan rakyat malaysia sampai cam tu sekali...
kepada sesiapa yang terfikir BN yang beri tu semua...
banyakan istighfar... takut-takut lari dari aqidah... 
kerana dengan kata-kata juga boleh memesongkan aqidah...
kerana dengan hati juga boleh memesongkan aqidah...
kerana dengan perbuatan juga boleh memesongkan aqidah...

diulangi di sini BN hanya parti yang telah diberi mandat oleh rakyat untuk mengurus tadbir negara. tetapi kini BN sudah khianat pada amanah tersebut.... dengan membiarkan dan mengalakan maksiat seperti rasuah, judi, arak, pelacuran, seks bebas dan lain-lain... apa yang telah diberikan dan diagih-agihkan kepada rakyat jelata berupa wang, kain pelikat atau apa saja... itu adalah duit hasil kutipan cukai dan lain-lain yang diperolehi daripada rakyat jelata... BUKAN DUIT BN.... jadi BN tak boleh la gunakan duit-duit rakyat sewenang-wenangnya... untuk berjoli... dan tak mau bagi royalti... jadi tak perlulah lagi untuk menyebut-nyebut mitos yang khurafat.

sila faham apa maksud khurafat dengan jelas okay... 
jangan sekerat-sekerat...
nota: khurafat tu adalah perkara karut yang diada-adakan...

p/s: berhati-hati memilih pemimpin kerana kita akan disoal diakhirat nanti. ada hati jangan biar mati. hang pa mau sokong BN ke apa suka ati lah... tapi jangan sampai keluar ayat-ayat khurafat ok.

9 comments:

Amir Syahir said...

gua suka BN omong..keh2.

zue said...

apalah org ni..pemikiran sempit.
rezeki, ajal, maut semuanya ditentukan oleh Allah bukan BN.

piewahid said...

tergelak sensorang baca n3 ni.

p/s- suka baca komen org2 UMNO. dia orang pandai buat kelakor tahap gaban. kita rasa hujah tak masuk akal, dia org rasa hujah power giler!

belia bangkit said...

hahaha...terbaik aa entry kali neh...
baulu dlu de gak saje mengatal masuk group isu politik semasa..

dlm tu mcm2 dorang hentam pas n yg len2...banyak mengarut jer...makin d layan makin menjadi...bila wat klua hadis ke fakta ke,terdiam trs...

zulkbo said...

salam..
koi suka duduk tengah-tengah
nak dengor juga komen orang
parti lain gak..he he

Penulis Rindu said...

Bismillahirahmanirrahim,

Kalau kamu tolong Agama Allah, Aku akan tolong kamu.... dan juga pesan memesan antara satu sama lain dengan kebenaran dan dengan penuh kesabaran.

nuriz said...

saya berkecuali heheh..tapi nak tumpang gelak gak hehehe

NARDtheNERD said...

PAS juga tak memberi apa2..
hehe~

Mario said...

hehe...biasa orang2 tua je yang ckp cenggitu...jarang jumpa orang muda yang tak faham bende2 ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...