GENG LENSA HIDUP

26 July 2010

SKANDAL, REZEKI HARAM, DAN DOA TAK MAKBUL

rezeki dapat melihat =)

salam
semoga semua sihat walafiat,,,
lagi bertambah berkat...
penerangan ni aku buat sekaligus je la...
tentang mengundi tu nanti la aku cite kat entri lain...

menurut kamus dewan muka surat 1217
skandal - perbuatan keji, hina, dan menimbulkan kemarahan orang ramai

rezeki untuk entri ni lebih merujuk pada makanan...
walaupun rezeki tu pada hakikatnya termasuk juga dengan udara yang kita sedut dan macam-macam lagi...

rezeki haram - rezeki yang jelas haram secara zat... atau cara memperolehinya... seperti melalui rasuah... diperolehi dengan melakukan aktiviti pelacuran, perempuan simpanan... banyak sebab yang menjadikan rezeki anda semua tidak halal... kadang-kadang kita nampak pada zahirnya seperti halal tetapi hakikatnya haram... curi tulang pun boleh menjejaskan status hasil yang bakal kita dapat... masuk keje lambat... balik cepat... skandal dengan majikan dan macam-macam lagi...

riwayat abu hurairah: Nabi Muhammad pernah bersabda "sesungguhnya Allah Maha Suci. Dia tidak menerima apa-apa melainkan yang suci. Allah memerintahkan kepada orang Islam apa yang diperintahkan kepada pesuruhNya. Allah memerintahkan dalam surah Al-Mukminun ayat 51, 'wahai para rasul, makanlah rezeki yang baik-baik dan kerjakan amal yang baik-baik' Allah juga memerintahkan dalam surah Al-Baqarah ayat 172 'wahai orang yang beriman, makanlah rezeki yang baik-baik yang kami sediakan untukmu'

sesudah itu Nabi Muhammad menceritakan perihal seorang lelaki yang mengembara begitu jauh sehingga rambutnya kusut dan berdebu. dia menadahkan tangannya ke langit lalu berdoa, "Tuhanku! Tuhanku!" sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia kenyang oleh benda-benda haram. bagaimanakah doanya dapat diterima?

HR Muslim
wallahualam...

rujukan daripada Kitab al-Arba'in an-Nawawiah

p/s: adakah ni semua punca rosaknya akhlak umat kini? dan doa tak makbul biarpun tidak jemu berdoa... renung-renungkan...

4 comments:

piewahid said...

t kasih,

smoga kita dijauhi menganggap dan bersikap:
rezeki haram dan rezeki tak berkat tiada kaitan dlm hidup asalkan penuh poket!

mira_nas said...

yep..kita selalunya kurang teliti pasal benda2 ni.. ini la punca sebenar..remeh temeh tapi setiap satu zarah amalan kita tetap dikira..
Hanya perlu double click saja!!

terokai seni said...

hek.. memang antara punca menjadikan orang kita makin rosak sebab rezeki tak halal bercampur baur. tapi memang ada waktu susah nak elakkan. contohnya satu ketika dulu aku diterima bekerja di satu agensi, 3 bulan takde keja khusus sampaikan aku tanya kat kengkawan patut ke aku minta kat cleaner penyapu ke, mop ke, bule juga aku-lap mana-mana yang patut pasal boring tahap gaban...

nabilah_2908 said...

hmm...betul juga tu kan...adakalanya sy terlepas pndng juga hal2 mcm ni...terasa la juga..cz ada kalanya masuk lewat ke office...

jom ke APA KATA HATI pulak,
DEMAM CEKODOK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...