GENG LENSA HIDUP

28 April 2015

7 RESEPI MENGGUNAKAN PERIUK NASI

Assalammualaikum
semoga semuanya sihat selalu... periuk nasi... bukan sekadar untuk masak nasi... anda boleh cuba pelbagai resepi lagi... untuk dimasak menggunakan periuk nasi....
jom kita tengok antara resepinya...
antara resepi yang anda boleh cuba di rumah, dengan menggunakan periuk nasi anda!

1. Macaroni cheese

38659_593
Bagi mereka yang sangat gemarkan masakan western, anda boleh cuba resepi Macaroni Cheese ini. Cara menyediakannya sangat mudah.
Bahan-bahan:
2 cawan ‘macaroni’
1 1/2 cawan stok ayam
1 sudu kecil garam
1 cawan susu
1 1/2 cawan keju yang telah dicincang halus

Cara menyediakan:
Masukkan ‘macaroni’, stok ayam dan garam ke dalam periuk nasi untuk dimasak selama 15 minit. Kemudian, masukkan susu dan keju, kacau sehingga sebati, tutup tudung periuk dan masak untuk 20-30 minit. Periksa Macaroni Cheese anda sekali sekala sehingga betul-betul masak.

2. Kek Pisang

banana-bread-600
Mesti ramai yang terkejut bila dapat tahu, periuk nasi boleh digunakan untuk membuat kek.
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung
3/4 cawan gula putih
2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda penaik
1/2 sudu kecil garam
1 cawan pisang yang di lenyek
1/3 cawan mentega yang telah dilembutkan
1/4 cawan susu
1 biji telur
Minyak masak

Cara menyediakan:
Masukkan tepung, gula, serbuk penaik, soda penaik dan garam ke dalam mangkuk. Kacau sehingga sebati. Kemudian, masukkan pisang yang dilenyek, mentega, susu dan telur. Kacau sehingga adunan menjadi tebal dan berkrim. Anda juga boleh masukkan bahan pilihan anda seperti kacang atau buah-buahan kering.
Sebelum masukkan adunan ke dalam periuk nasi, sapukan minyak masak ke dalam periuk. Masukkan adunan ke dalam periuk nasi. Periksa adunan anda sehingga ia benar-benar masak.

3. Puding Pisang

banana-pudding-gallery0809
Jika anda inginkan pencuci mulut, anda boleh mencuba resepi puding pisang.
Bahan-bahan:
30g mentega yang dicairkan, tambah 60 g mentega yang diasingkan
2 sudu besar gula merah, tambah 1/2 cawan gula merah, diasingkan
1 biji pisang, dihiris halus, tambah 2 biji juga diasingkan dan dilenyek
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
2 sudu besar susu
1 cawan tepung penaik

Bahan-bahan untuk sos karamel:
300ml krim
1/2 cawan gula merah
80g mentega

Cara-cara menyediakan:
Ratakan kertas pembakar ke dasar periuk nasi dan tuangkan 30g mentega yang telah dicairkan ke atas kertas tersebut kemudian, taburkan 2 sudu besar gula merah dan ratakan. Susun pisang yang telah dihiris ke atas gula yang di tabur dan letakkan ke tepi.
Campurkan mentega yang telah dicairkan, gula merah yang telah diasingkan, telur, serbuk kayu manis, pisang yang dilenyek dan susu ke dalam mangkuk. Tapis tepung and campurkan ke dalam adunan pisang tersebut. Tuangkan adunan ke dalam periuk nasi yang telah diasingkan tadi.
Ratakan permukaan adunan. Masak untuk 5 minit. Apabila periuk nasi telah ke mod “warm”, rehatkan ia untuk 10 minit. Kemudian, masak puding untuk 10 minit lagi. Jangan angkat penutup. Ulang langkah ini untuk dua kali sehingga puding masak. Cucuk sedikit di tengah puding untuk pastikan ia masak iaitu apabila lidi yang anda cucuk tidak melekat puding dipermukaannya. Terbalikkan puding ke atas pinggan. Buang kertas pembakar.
Cara menyediakan sos karamel:
Bersihkan permukaan periuk nasi. Masukkan cream, gula merah dan mentega ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati. Masak sehingga mendidih. Masak dan kacau selama 5 minit sehingga gula hancur ke dalam adunan dan menjadi tebal. Masukkan sos yang di masak ke dalam jag kalis haba.
Apabila sedia untuk dihidang, potong puding pisang dan tuangkan sos karemel ke atas puding dan tambahkan ice cream atau “whipped cream”.

4. Bibimbap

enhanced-buzz-21256-1365021067-19
Bagi mereka yang meminati makanan Korea, anda boleh menghasilkan ‘bibimbap’ dengan cara yang mudah. Tapi, untuk masakan ini, anda perlukan nasi kerana tanpa nasi, ia akan hanya menjadi “bibim”, bukan?
Bahan-bahan: 
280g sayur bayam
Minyak bijan
Cuka beras
Garam dan lada hitam
225g salmon yang di potong setebal 1/4 inci
1 cawan beras, bersaiz serdahana yang telah dibasuh
1 lada hijau, dihiris halus
3 sudu besar kimchi yang telah dicincang
2 biji telur
Kochuj ang atau pes cili korea atau pes cili biasa
Bijan dan daun bawang yang dicincang untuk perhiasan

Cara menyediakan:
Gunakan fungsi stim, stimkan bayam di dalam periuk nasi kira-kira 8 minit sehingga lembut. Selepas itu, letakkan bayam ke atas tisu dapur untuk dikeringkan dan hiris nipis bayam tersebut dan masukkan ia ke dalam mangkuk. Masukkan minyak bijan, cuka beras dan garam. Taburkan sedikit garam dan lada hitam ke atas salmon, dan stimkan salmon selama lebih kurang 15 minit. Potong salmon kepada kepingan.
Bersihkan periuk nasi dan masak nasi. Masukkan hirisan lada hijau dan kimchi, kemudian kacau nasi sehingga ke dasar periuk nasi. Tuang 2 sudu kecil minyak bijan ke atas nasi dan pecahkan 2 biji telur ke dua belah nasi dengan berhati-hati. Tutup penutup dan masak untuk masa 5 minit.
Setelah masak, susun salmon dan bayam di sebelah telur, tutup dan stim lagi sehingga telur masak. Letakkan pes cili di tengah-tengah nasi.
Apabila sedia untuk dihidang, gaulkan kesemuanya. Ceduk nasi yang telah digaulkan ke dalam pinggan dan taburkan bijan dan daun bawang di atas.

5. Oat Badam Vanilla

Vanilla-Almond-Granola-Vegan-Gluten-Free-7
Untuk sarapan, anda boleh cuba sarapan Oat Badam Vanilla yang menyelerakan ini!
Bahan-bahan:
1 cawan oat kasar
2 cawan susu soya tanpa gula
1 1/2 cawan air
2 sudu kecil esktrak vanilla
1/2 sudu kecil garam
Badam yang dicincang kasar
Gula merah
‘Maple syrup’
Cara menyediakan:
Masukkan oat, susu soya, air, ekstrak vanilla dan garam ke dalam periuk nasi. Masak menggunakan ‘setting’ bubur.
Hidangkan, taburkan ‘topping’ pilihan anda di atas.

6. Tofu bersama Asparagus

1319075109RiceCookerAsparagusTofu
Untuk mereka yang inginkan makanan sihat tetapi lazat, anda boleh mencuba resepi Tofu bersama Asparagus dengan menggunakan periuk nasi sahaja.
Bahan-bahan:
1/2 ikat asparagus, dipotong 1 1/2 inci
1/2 blok tofu goreng, dipotong bentuk kiub
1/2 lobak merah, kupas dan dihiris nipis
1 ulas bawang putih, dicincang
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos kicam manis
1 sudu kecil minyak sayuran
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil madu

Cara menyediakan:
Campurkan semua bahan dalam mangkuk. Masukkan bahan ke dalam pinggan kalis haba. Letakkan ke dalam periuk nasi. Masak untuk 15-20 minit.

7. Kek coklat

03-Rice-Cooker-Chocolate-Cake
Jangan terkejut sekiranya kek coklat boleh dihasilkan dengan menggunakan periuk nasi sahaja. Memang lepas ni ramai la yang cuba resepi mudah ini.
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung
1/2 cawan gula
4 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil soda penaik
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1/4 sudu kecil serbuk penaik ‘double-action’
90ml minyak bunga matahari
1/2 sudu kecil ekstrak vanilla
1 sudu besar cuka
1 cawan air

Cara menyediakan:
Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda penaik, garam, serbuk kayu manis, serbuk penaik. Kacau sehingga sebati. Asingkan. Untuk adunan seterusnya, masukkan minyak, ekstrak vanilla, cuka dan air. Kacau sehingga sebati. Campurkan kedua-dua adunan kering dan basah, kacau sehingga lembut.
Sapukan mentega sebagai pelincir ke dalam periuk nasi. Tuangkan adunan dan masak untuk 60 minit. Periksa kek dalam masa 45 minit. Cucuk kek dengan lidi untuk memastikan kek telah masak.
Setelah kek masak, biarkan kek sejuk untuk 15 minit sebelum dikeluarkan dari periuk. Apabila sejuk, terbalikkan kek ke atas pinggan leper. Taburkan gula iasing ke atas kek.
sumber: Facebook
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...