GENG LENSA HIDUP

22 April 2016

AWAS: PENGHIDAP DIABETIS


Assalammualaikum...

seringkali kita dinasihatkan jangan buat air manis-manis... ececeh...
walhal air yang tawar dan manis tu sama je kuantiti gula di dalamnya...

yang berbeza cuma kuantiti airnya...
hati-hati ye kawan-kawan...

semoga kita semua sihat selalu....

kurangkan makan manis-manis terutamanya daripada refined sugar... (gula putih)

umah kami dah guna brown sugar... wangi je baunya... biarpun guna brown sugar kita tetap perlu hadkan pengambilannya...

wassalam...

KUALA LUMPUR UPSIDE DOWN HOUSE TERTINGGI DI MALAYSIA


COMING SOON !!! Open Mei 2016 
RUMAH TERBALIK KUALA LUMPUR ( KL Upside Down House)

Rumah Terbalik "TERTINGGI di MALAYSIA - 2 TINGKAT" 
Rumah Terbalik "PERTAMA di KUALA LUMPUR 
Rekabentuk Rumah "TERBALIK YANG SEBENAR"

Yang Pasti "Lain daripada yang lain "

# Anda Boleh Tangkap Gambar
# Anda Boleh Rakam Video
# Rumah Betul-Betul Terbalik

Dan ada lagi yang MENARIK Menanti ANDA Semua.
Pihak kami menyediakan sebuah Taman Berkonsepkan

" ENCHANTED SECRET GARDEN" - Handmade 99% By Proud Malaysians.

Pihak kami mengalukan kehadiaran Tuan/ Puan Ke "RUMAH TERBALIK KUALA LUMPUR pada MEI 2016"

Nantikan Pembukaan pada Bulan Mei 2016.

Jangan Lupa " LIKE & SHARE"...
Ada "OFFER MENARIK MENANTI ANDA SEMUA.

Kepada Semua Peminat Yang Ingin Hadir.

# Pihak Pengurusan akan memaklumkan tarikh sebenar pembukaan dan lokasi selepas ini. Diharap anda semua sentiasa ikuti perkembangan semasa yang akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Terima Kasih Kepada Anda Semua.
Jumpa anda Nanti pada bulan MEI 2016.

ADMIN

#Klupsidedownhouse
#Kualalumpur
#Malaysia
#RumahTerbalik
#CantikMenarik
#upsidedown
#KLCC

Facebook Page : Kuala Lumpur Upside Down House

PELAJAR MRSM CIPTA POWERBANK TANPA ELEKTRIK

SEPANG, 20 April – Dua orang pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Terengganu yang telah memenangi pingat emas di Pertandingan Rekacipta dan Pameran Antarabangsa Ke-44 di Geneva, Switzerland telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, dekat sini, hari ini.
c155503f-20da-4169-8f73-1b5e44a3c48a
Foto Ihsan – Ahmad Luqmanul Hakim
Ahmad Asyraf Aqil B. Ariffin dan Ahmad Luqmanul Hakim B. Ahmad, 17, yang diiringi guru mereka Anuar B. Ghani, telah berjaya meraih pingat emas daripada 48 buah negara yang turut bertanding dalam acara berprestij itu.
Foto Ihsan - Ahmad Luqmanul Hakim
Foto Ihsan – Ahmad Luqmanul Hakim
Foto Ihsan - Ahmad Luqmanul Hakim
Foto Ihsan – Ahmad Luqmanul Hakim
Powerbank ciptaan mereka yang berupaya berfungsi ketika ketiadaan sumber elektrik telah berjaya menarik perhatian juri sekaligus membolehkan mereka merangkul pingat emas serta Anugerah Rekacipta Antarabangsa Terbaik Egypt.
Powerbank ciptaan Ahmad Asyraf Aqil dan Luqmanul Hakim, pelajar dari MRSM Kuala Terengganu yang tidak perlu dicas. Foto Ihsan - Malay Mail
Powerbank ciptaan Ahmad Asyraf Aqil dan Luqmanul Hakim, pelajar dari MRSM Kuala Terengganu yang menggunakan air garam. Foto Ihsan – Malay Mail
Diberi nama “Powerbank : EXIECO PB“, alat ini mengandungi bahan-bahan seperti aluminium, arang serta air garam, yang mampu untuk menghasilkan tenaga elektrik bagi mengecas apa-apa peranti telekomunikasi dan gajet.
Foto Ihsan - Ahmad Luqmanul Hakim
Foto Ihsan – Ahmad Luqmanul Hakim
“Tercetusnya idea untuk mencipta powerbank tanpa cas ini ketika saya menjadi mangsa banjir di Kelantan dua tahun yang lalu, di mana kami tidak mempunyai sumber elektrik ketika itu”, kata pelajar bernama Asyraf berhubung idea ciptaan mereka itu.
Tambahnya lagi, powerbank ini juga ‘eco-friendly‘ kerana tidak membahayakan bumi dan persekitaran. Arang dan aluminium juga dapat direbus dan tidak memberikan kesan negatif kepada alam sekitar.
31ea3342-ed94-4d46-ae55-0514f6bf1ae2
Air garam yang telah larut pula digunakan sebagai tindak balas kimia untuk menghasilkan tenaga elektrik.
“Kami juga sedang berusaha mendapatkan pengesahan dan kelulusan daripada pihak SIRIM bagi tujuan memasarkan produk inovasi ini di bawah MARA sendiri”, katanya.
8c053678-4165-4b65-a983-075ccec42be0
Pertandingan dan pameran antarabangsa itu juga mengumpul lebih dari 1,000 jenis produk rekacipta dari seluruh dunia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...