GENG LENSA HIDUP

04 April 2010

SAAT INI YANG AKU MILIKI

hingga kini aku di sini
menongkah arus kehidupan ini
atau sekadar menurut catatan ketentuan Ilahi
kekadang pandang ke sisi
kekadang berubah posisi
kekadang mencari-cari
mahu membelok pun tak pasti
bukan milik aku semua ini
datangnya aku belum tentu dirasai
hilangnya ku tak perlu dicari
aku di sini
diam
berdiri
berlari
hilang
pergi
datang
pulang
ada sesiapa perasan?
tanpa aku dunia tetap ada siang dan malam
manusia masih sibuk meneruskan sisa kehidupan mereka
senyum
senang
lantang
saat hati walang
aku pilih duduk bodoh
kelihatan semacam tiada hati
daripada
gembira dan tawa yang dibuat sendiri
buntu lalu diam sepi
tidak mencari
lihat isi dunia tidak pernah henti
alam tidak pernah sepi
hingga suatu saat nanti
satu-satu nadi pasti mati
itu janji yang pasti
itu janji Ilahi

DIA, DIA, DAN DIA

salam
belum selesai dengan auto publish

____________________________________

dia
kau tahu fasal dia
cuba sembunyi siapa dia
dia dan dia
tahu juga siapa dia
suka lempar najis sini sana
aku kenal siapa dia
ketahui dari dia dan dia juga
semua cerita tak sama
kamu mahu dia nampak baik sahaja
kamu cuba tutup cerita
katakan ah abaikan saja
dia orangnya baik
dia bisa orang tabik
dia dan dia cuba sembunyi
kata yang baik-baik
konon tidak mahu orang cebik
DIA lebih tahu siapa dia
pandai guna semua anggota
untuk jadi kaki auta
untuk wanita-wanita
itu cuma cerita
suatu kisah tak sempurna
dia dan dia
jangan jadi auta pada wanita juga
kita sama kaum hawa
ingat kami tak tahu cerita
mahu baik-baik saja
jangan jadi si penganiaya

p/s: hampir semua manusia bohong - aku juga (T_T)
lu pikir lah sendiri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...