GENG LENSA HIDUP

26 March 2015

5 'TRICK' DIET YANG BERKESAN


Banyak yang sering kita dengar tentang cara menurunkan berat badan. Kali ini, MLP berkongsi 6 'trick' yang anda boleh amalkan untuk memastikan perjalanan anda untuk mendapatkan berat badan idaman lebih mudah!

1. Elak rasa lapar

Jangan tunggu sampai perut keluarkan bunyi baru nak makan. Makanlah sebelum anda berasa lapar kerana ini akan membuatkan anda makan dalam kuantiti yang sederhana.

2. Guna peraturan warna

Pastikan tiga warna ini ada dalam pinggan anda setiap kali makan; merah, oren dan hijau.

3. Minum, minum dan minum
Air masak ya. Bukan air manis berperisa, apalagi air bergas. Minumlah sebanyak mungkin kerana ia takan beri kesan buruk.

4. Makan jauh dari hidangan

Kalau di rumah, carilah tempat lain untuk makan, selain daripada meja makan. Ini kerana makan berhadapan hidangan yang pelbagai akan buat anda rasa masih lapar walaupun sebenarnya dah kenyang.

5. Makan dan kunyah perlahan-lahan

Kajian saintifik menunjukkan mereka yang makan dengan kadar yang cepat punya berat badan yang lebih berbanding mereka yang makan perlahan-lahan.

6. Mulakan dengan sup

Nak kenyang walau makan nasi sedikit? Mulakan 'meal' anda dengan sup, lebih elok kalau sup sayuran. Kemudian barulah diikuti dengan nasi.


Foto: dailystar.uk

ZAYN MALIK SAH TINGGALKAN ONE DIRECTION


KL, 26 MAC 2015: Memulakan kariernya seawal umur 17 tahun akhirnya ahli kumpulan boyband terkenal dunia One Direction iaitu Zayn Malik telah mengumumkan bahawa bakal meninggalkan kumpulan asli Britain itu yang turut dianggotai empat jejaka lainnya.
Zain yang kini 22 tahun telah membuat keputusan tersebut pada tengahari Rabu, semalam dan ia mengejutkan ahli  One Direction yang lain iaitu, Niall Horan, Harry Styles, Liam Payne dan Louis Tomlinson.
“Perjalanan karier saya bersama One Direction adalah sesuatu yang diluar jangkaan saya . Tetapi selepas lima tahun saya merasakan ini lah waktu yang sesuai untuk meninggalkannya.
“Saya ingin memohon maaf kepada semua peminat jika ada menyinggung perasaan mereka namun saya terpaksa lakukan ini kerana mengikut gerak hati.
“Punca sebenar saya meninggalkan kumpulan ini kerana mahu menjalani kehidupan diusia 22 ini sebagai orang biasa. Saya ingin mempunyai waktu untuk berehat, rileks dan waktu untuk diri sendiri yang sebelum ini dibayangi populariti.
“Saya tahu dan yakin dengan empat orang rakan saya yang tinggal ini dan mereka pastinya akan meneruskan perjuangan One Direction untuk menjadi kumpulan terbaik dunia,”petikan kenyataan rasmi Zayn Malik semalam.
Dalam pada itu, One Direction yang kini tinggal empat orang telah membuat kenyataan balas menyatakan rasa sedih mereka melihat Zayn pergi tetapi menghormati keputusan penyanyi itu.
Simon Cowell juga yang menjadi individu yang bertanggungjawab melahirkan One Direction juga mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Zayn yang sentiasa memberikan komitmen kepada kumpulannya.
“Terima kasih diucapkan kepada Zayn dengan apa yang telah diberikannya kepada One Direction. Sejak bertemu dengannya pada 2010, sedikit demi sedeikit saya berbangga dengannya. Saya melihat perkembangan karier yang positif dan sedih melihatnya pergi meninggalkan One Direction,”ucap Simon Cowell.

KERANDA TERBUKA, PENGGALI KUBUR PENGSAN



JERMAN, (MLP) - Seorang penggali kubur pengsan selepas terkejut apabila penutup keranda yang ingin dikebumikannya tiba-tiba terbuka.


Bukan setakat terbuka, mayat di dalam keranda itu juga bertanyakan di manakah dia berada.


Terdahulu, warga emas berusia 92 tahun meninggal dunia di rumah orang-orang tua dan kemudiannya dibawa ke tempat pengebumian untuk disemadikan.


Pengurus rumah pengebumian kemudiannya memeriksa nadi wanita berkenaan dan mendapati nadinya masih berdenyut, sebelum membawanya ke hospital.


Seorang doktor telah dipanggil untuk membantu siasatan dan mengesahkan wanita berkenaan telah meninggal dunia sebelum dia dibawa pergi oleh seorang pengurus mayat.

5 SEBAB KENAPA HARUS MAKAN COKLAT




Anda penggemar coklat? Tentu dah biasa dengar orang cakap coklat menggemukkan dan tak patut diamalkan. Tetapi Cynthia Sass, seorang pakar nutrisi meletakkan lima sebab kenapa anda harus enjoy makan coklat tanpa rasa bersalah!


1. Coklat memiliki antioksidan yang sama dengan teh yang membantu otak anda lebih aktif dan fokus.

2. Coklat mampu menghalang kolestrol dari melekat di dinding arteri, sekaligus mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.

3. Dark Chocolate mengandungi magnesium yang mampu mengurangkan simptom PMS seperti kekejangan, keletihan dan kemurungan.

4. Pengambilan coklat juga membantu pengaliran darah yang lebih teratur, sekaligus bekalan oksigen dan nutrien juga disalurkan dengan lebih baik.

5. Dark chocolate mempunyai kandungan semulajadi yang mampu membangkitkan rasa 'euphoria', satu perasaan yang ditafsirkan ramai seperti perasaan jatuh cinta!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...