GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label zayn malik. Show all posts
Showing posts with label zayn malik. Show all posts

26 March 2015

ZAYN MALIK SAH TINGGALKAN ONE DIRECTION


KL, 26 MAC 2015: Memulakan kariernya seawal umur 17 tahun akhirnya ahli kumpulan boyband terkenal dunia One Direction iaitu Zayn Malik telah mengumumkan bahawa bakal meninggalkan kumpulan asli Britain itu yang turut dianggotai empat jejaka lainnya.
Zain yang kini 22 tahun telah membuat keputusan tersebut pada tengahari Rabu, semalam dan ia mengejutkan ahli  One Direction yang lain iaitu, Niall Horan, Harry Styles, Liam Payne dan Louis Tomlinson.
“Perjalanan karier saya bersama One Direction adalah sesuatu yang diluar jangkaan saya . Tetapi selepas lima tahun saya merasakan ini lah waktu yang sesuai untuk meninggalkannya.
“Saya ingin memohon maaf kepada semua peminat jika ada menyinggung perasaan mereka namun saya terpaksa lakukan ini kerana mengikut gerak hati.
“Punca sebenar saya meninggalkan kumpulan ini kerana mahu menjalani kehidupan diusia 22 ini sebagai orang biasa. Saya ingin mempunyai waktu untuk berehat, rileks dan waktu untuk diri sendiri yang sebelum ini dibayangi populariti.
“Saya tahu dan yakin dengan empat orang rakan saya yang tinggal ini dan mereka pastinya akan meneruskan perjuangan One Direction untuk menjadi kumpulan terbaik dunia,”petikan kenyataan rasmi Zayn Malik semalam.
Dalam pada itu, One Direction yang kini tinggal empat orang telah membuat kenyataan balas menyatakan rasa sedih mereka melihat Zayn pergi tetapi menghormati keputusan penyanyi itu.
Simon Cowell juga yang menjadi individu yang bertanggungjawab melahirkan One Direction juga mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Zayn yang sentiasa memberikan komitmen kepada kumpulannya.
“Terima kasih diucapkan kepada Zayn dengan apa yang telah diberikannya kepada One Direction. Sejak bertemu dengannya pada 2010, sedikit demi sedeikit saya berbangga dengannya. Saya melihat perkembangan karier yang positif dan sedih melihatnya pergi meninggalkan One Direction,”ucap Simon Cowell.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...