GENG LENSA HIDUP

12 December 2014

10 FILEM MENDAPAT KUTIPAN TERTINGGI TAHUN INI

Tahun 2014 merupakan tahun yang amat menarik buat penggemar filem. Panggung wayang dilimpahi pelbagai cereka menarik tidak kira sama ada filem baharu, adaptasi buku, sekuel yang dinanti mahupun animasi kelolaan komputer.

Meskipun setiap tayangan filem akan diberi komen dan kritikan oleh pelbagai pihak namun nasib sesebuah karya itu tetap terletak di tangan penonton yang membayar sejumlah wang untuk menyaksikan persembahan di layar perak.

Mari ketahui 10 filem Hollywood yang berjaya mengutip kutipan tertinggi sepanjang tempoh tayangannya.

10 - The Hunger Games: Mockingjay - Part 1


Filem ketiga dalam siri adaptasi buku The Hunger Games ini mencatat rekod luar biasa apabila berada di tangga pertama kutipan mingguan selama tiga minggu. Bahagian pertama filem Mockingjay ini mengaut USD 560,953,593 (RM1.95 billion) dalam tempoh sebulan.

9 – Interstellar


Interstellar merupakan cerita sains fiksyen arahan pengarah berbakat, Christopher Nolan. Mula ditayangkan di seluruh dunia awal November lalu, filem lakonan Matthew McConaughey, Anne Hathaway dan Jessica Chastain ini memperoleh USD 594.3 juta (RM2.07 billion) sehingga kini.

8 - How to Train Your Dragon 2


Sekuel kepada How to Train Your Dragon yang menemui penonton empat tahun lalu mendapat ulasan yang baik. Hasil kerjasama syarikat 20th Century Fox dan DreamWorks Animation, How to Train Your Dragon 2 mendapat kutipan sebanyak USD 618,890,856 (RM2.2 billion).

7 - Dawn of the Planet of the Apes


Dawn of the Planet of the Apes adalah filem kedua dalam siri reboot Planet of the Apes. Mencapai USD 708 juta (RM2.46 billion) kutipan sepanjang tempoh tayangannya, filem sains fiksyen ini mendapat kritikan luar biasa yang memuji jalan cerita, permainan emosi dan efek khas yang menakjubkan.

6 - The Amazing Spider-Man 2


Meskipun menjadi filem dalam siri Spiderman dengan kutipan terendah namun itu tidak bermakna The Amazing Spider-Man 2 tiada tarikannya. Adaptasi dari karakter Marvel oleh Marc Webb ini berjaya mengumpul USD 708 juta (RM2.47 billion) dan berada pada tangga keenam.

5 - Captain America: The Winter Soldier


Filem solo kedua mengenai superhero Captain America, filem The Winter Soldier mencatat kutipan USD 714 juta (RM2.49 billion) yakni kenaikan yang mendadak dari filem pertama iaitu sebanyak USD 370.6 juta (RM1.07 billion). Pengembaraan adiwira ini akan diteruskan dalam Avengers: Age of Ultron yang akan menemui pawagam pada Mei 2015.

4 - X-Men: Days of Future Past


Filem yang ditunggu-tunggu oleh jutaan peminat superhero mutan di seluruh dunia. X-Men: Days of Future Past merupakan dwi-sekuel kepada filem X-Men: The Last Stand (2006) dan X-Men: First Class (2011). Diiktiraf sebagai filem terbaik dalam sirinya, filem arahan Bryan Singer mendapat kutipan bersih USD 746 juta (RM2.6 billion).

3 – Maleficent


Adaptasi live-action yang pertama untuk kisah dongeng Sleeping Beauty ini dimainkan oleh Angelina Jolie sebagai karakter titularnya. Berlandaskan bajet USD 180 juta, Maleficent membawa pulang USD 757.8 juta (RM2.64 billion) buat Disney.

2 - Guardians of the Galaxy


Guardians of the Galaxy merupakan filem kesepuluh dalam projek Marvel Cinematic Universe. Filem pengembaraan angkasa yang mengutip USD 771,826,145 (RM2.69 billion) ini dilakonkan para aktor yang popular seperti Chris Pratt, Zoe Saldana, Vin Diesel, Bradley Cooper dan Benicio del Toro.

1 – Transformers: Age of Extinction


Filem keempat Transformers ini berjaya menduduki tempat teratas dalam senarai filem dengan kutipan tertinggi sepanjang 2014 iaitu sebanyak USD 1,087,404,499 (RM3.8 billion). Cereka aksi sains fiksyen ini mendapat ulasan yang tidak begitu baik namun impak yang diberikan tetap berjaya mengajak orang ramai untuk menontonnya.

Siapa sangka bahawa separuh filem yang tersenarai berkaitan dengan superhero bukan?

5 SEBAB KHAIRY JAMALUDDIN ADALAH SHAH RUKH KHAN MALAYSIA

Assalammualaikum
Shah Rukh Khan (SRK) adalah satu nama yang memang sinonim dengan dunia Bollywood. Walaupun terdapat ramai lagi pelakon yang terhandal di Bollywood, namun kejayaan beliau tidak dapat dicapai oleh aktor yang lain. Beliau tetap akan kekal sebagai Raja Bollywood untuk masa yang akan datang.
Khairy Jamaluddin pula adalah Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Ahli politik yang disegani ini pernah menuntut di Universiti Oxford di United Kingdom.
Dua personaliti datang daripada dua dunia yang amat berbeza namun masih mempunyai persamaan. Berikut adalah 5 sebab Khairy Jamaluddin sesuai menjadi Shah Rukh Khan Malaysia! 

Kulit hitam manis
Khairy dan SRK adalah dua lelaki yang tampan dan berkulit hitam manis. Sedap mata memandang ketika menonton TV! 

Gemar bersukan
KJ adalah Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang gemar bersenam dan mempunyai gaya hidup yang aktif. Manakala, SRK adalah pemilik Kolkata Knight Riders (KKR) yang merupakan satu pasukan kriket yang telah memenangi pertandingan Indian Premier League (IPL) pada tahun 2012. 

Utamakan keluarga 
Shah Rukh Khan dan Khairy Jamaluddin juga adalah dua lelaki yang sememangnya memberi keutamaan kepada keluarga mereka.  Jika anda melihat laman Facebook atau Instagram, ia dipenuhi dengan gambar bersama anak-anak mereka. Ini menunjukkan bahawa istilah ‘family is their first priority’ menjadi pegangan hidup.

Pandai berlakon
SRK adalah Raja Bollywood dan Khairy walaupun tidak mempunyai status honorifik seperti SRK tetapi turut mempunyai bakat dalam bidang lakonan. KJ sebenarnya telah berlakon dalam filem pendek Inspektor Mastura sebagai penjual ayam percik. Jika KJ ingin bersara dari menjadi seorang ahli politik, patutnya masuk bidang lakonan. 

Penagih sosial media
Jika anda mengikuti laman Facebook SRK, anda dapat melihat renungan-renungan SRK yang begitu menarik sekali. Walhal kami semua tahu KJ adalah seorang yang memang amat vokal di laman media sosial. Selain daripada memberi pendapat yang sangat ikhlas, beliau juga rajin membalas komen pengikutnya. 



Andakah anda setuju yang KJ adalah Shah Rukh Khan Malaysia? 

GAMBAR PEMISAH ANTARA SIANG DAN MALAM


Setelah pelbagai usaha dilakukan dengan menggunakan satelit dan komputer dua tahun yang lalu para saintis berjaya mendapatkan gambar yang menunjukkan kawasan antara siang dan malam di bumi. Perhatikan gambar di bawah yang mengkagumkan ini yang memperlihatkan malam dan siang sekaligus...


Gambar tersebut diambil ketika waktu fajar. Mereka menjumpai ada garis lembut yang memisahkan antara siang dan malam tersebut. Kenyataan ini telah disebutkan dalam Al Quran sejak 14 abad yang lalu. Allah Taala berfirman tentang garis pemisah ini:::

(وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْر) [البقرة: 187].
“dan makan- minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar.” {{[Al-Baqarah : 187]}}

Namun ada hadis yang mengatakan benang putih dan benang hitam dalam ayat di atas ialah:

Dari Adi bin Hatim Radhiyallahu’anhu berkata : Ketika turun ayat.
“Sehingga terang kepadamu benang putih dari benang hitam yaitu fajar”. [Al-Baqarah : 187]. Aku mengambil iqal hitam digabungkan dengan iqal putih, aku letakkan di bawah bantalku, kalau malam aku terus melihatnya hingga jelas bagiku, pagi harinya aku pergi menemui Rasulullah صلی الله عليه وسلم dan kuceritakan padanya perbuatanku tersebut. Baliaupun bersabda. “Maksud ayat tersebut adalah hitamnya malam dan putihnya siang”.)****

Dari Sahl bin Sa’ad Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Ketika turun ayat. “Makan dan minumlah hingga jelas bagi kalian benang putih dari benang hitam”. Ada seorang pria jika ingin puasa, ia mengikatkan benang hitam dan putih di kakinya, dia terus makan dan minum hingga jelas dalam melihat kedua benang tersebut. Kemudian Allah menurunkan ayat: “(Kerana) terbitnya fajar”, mereka akhirnya tahu yang dimaksud adalah hitam (gelapnya) malam dan terang (putihnya) siang.)))

Maha Suci Allah…!!!

SUMBER : blogrkini.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...