GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label dunia. Show all posts
Showing posts with label dunia. Show all posts

26 November 2015

PRAMUGARI BERJUBAH: INI BARU BETUL PRAMUGARI ISLAMIK!!!


terbaik!!!

lagi cantik jika betul-betul tutup kaki tu...
pakai but hi cut ke... kan bertambah comey... tapi ini pun dah kira hampir perfect!!!


macam ni ke kan...



keep it up!!!

24 May 2015

TERTEMBAK DIRI SENDIRI KETIKA SELFIE



RUSIA, (MLP) - Seorang gadis warga Rusia secara tidak sengaja tertembak diri sendiri menggunakan pistol semasa mengambil gambar selfie.

Gadis berusia 21 tahun itu dikatakan menjumpai sepucuk pistol 9mm di pejabatnya di Moscow yang ditinggalkan seorang pengawal keselamatan, pada Khamis.

Menurut jurucakap polis, gadis itu kemudiannya berhasrat untuk menangkap gambar selfie sambil memegang senjata api tersebut.

Menggunakan sebelah tangan untuk merakam selfie, gadis itu secara tidak sengaja menekan picu pistol lalu tertembak dahi sendiri dari jarak yang dekat.

Jurucakap hospital Sklifosovsky di Moscow, gadis berkenaan kemudiannya dikejarkan untuk diberi rawatan dan sehingga kini berada dalam keadaan yang serius.

Polis kini sedang menyiasat kesahihan cerita bagaimana gadis itu yang merupakan pekerja pejabat mempunyai akses terhadap pistol terbabit.

Siasatan awal mendapati, pengawal keselamatan itu telah meninggalkan pistolnya di tempat kerja sebelum pulang bercuti.

Trending mengambil dan memuat naik gambar selfie telah mengundang bencana terhadap beberapa individu di seluruh dunia.

Misalnya satu tinjauan yang dibuat di Amerika Syarikat mendapati, 17 peratus rakyatnya mengaku mengambil selfie semasa memandu.

Seorang pelancong dari Singapura pula maut selepas terjatuh dari tebing ketika mahu mengambil gambar selfie di Nusa Lembongan, Bali pada Khamis lalu.

Baru-baru ini, seorang graduan dari Malaysia mendapat kecaman hebat kerana mengambil gambar selfie dalam istiadat formal konvokesyen.

Satu kejadian nahas kapal terbang kecil di Denver, Amerika Syarikat pada Februari lalu dikatakan berpunca apabila juruterbangnya gagal mengawal pesawat kerana  mengambil gambar selfie.

November tahun 2014, seorang pelajar dalam percutian ke Sepanyol maut apabila terjatuh dari jambatan Puente de Triana di Seville ketika cuba mengambil gambar selfie.

Kredit gambar: pixshark

ANAK PATUNG YANG PANDAI MENJAHIT



Gadis berusia 18 tahun ini bukan gadis biasa. Selain memiliki wajah yang cantik, dia juga punya kreativiti dan bakat menjahit yang luar biasa.


Angela Clayton merupakan seorang tukang jahit dan pereka kostum dari New York. Angela telah menjahit sendiri banyak kostum watak fantasi terkenal seperti Cinderella, Merida dan Elsa.



Dia juga sudah mula mereka kostum mengikut imaginasinya sendiri. Kata Angela, dia lebih berpuas hati apabila menjahit pakaian yang direka sendiri.




Kostum Elsa yang dijahitnya mengambil masa hampir 250 jam untuk disiapkan, dengan 170 jam daripada waktu tersebut dihabiskan untuk membentuk leretan 'cape' di belakang dress berkenaan menggunakan tangan.



Rekaan yang paling digemari Angela adalah sehelai dress berkonsepkan Krismas, yang dijahit menggunakan lampu LED.



Angela tidak pernah memasuki mana-mana kelas jahitan, sebaliknya hanya belajar sendiri. Minat mereka pakaian bermula selepas dia berjinak-jinak dengan lukisan 'sketch' pakaian.



Buat masa ini, Angela berhasrat untuk mereka lebih banyak dress berkonsepkan medieval atau Inggeris kuno. 



Jika anda berminat untuk belajar bagaimana Angela menghasilkan rekaannya, bolehlah berkunjung ke channel Youtube Angela.

23 May 2015

OBAMA CIPTA REKOD DUNIA TWITTER



KUALA LUMPUR, (MLP) - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah mencatat sejarah apabila berjaya menempa nama dalam buku Guinness World Record.

Obama berjaya memperoleh 1 juta pengikut (followers) di Twitter dalam masa paling pantas sekaligus menewaskan rekod yang dipegang pelakon, Robert Downey Jr.

Isnin lalu, presiden yang berusia 53 tahun itu menyertai laman mikro berkenaan menerusi akaun@POTUS yakni akaun peribadi untuk Presiden Amerika Syarikat, akronim bagi ‘President of the United States’.


April lalu, Robert Downey Jr menyertai Twitter dan mencipta rekod apabila memperoleh 1 juta pengikut dalam tempoh 23 jam dan 22 minit.

Barack Obama berjaya memecahkan rekod itu dalam hanya lima jam sahaja. Sehingga artikel ini ditulis, akaun berkenaan memiliki lebih 2.2 juta pengikut.

Dalam salah satu tweet pertamanya, Obama menyatakan bahawa akaun itu akan diberikan kepada presiden Amerika Syarikat yang seterusnya apabila dia tidak lagi menduduki White House.

Sebelum ini Obama mempunyai akaun Twitter bagi tujuan rasmi yang dikendalikan oleh staf pengurusannya.

Kredit gambar: Amazonaws

19 May 2015

SIRI TV POPULAR CSI BAKAL BERAKHIR SELEPAS 16 TAHUN


LOS ANGELES, 18 MEI 2015: Drama bersiri TV penyiasatan popular, CSI: Crime Scene Investigation bakal berakhir pada penghujung musim ke-15 yang sedang ditayangkan kini, menurut satu pengumuman dari pihak CBS.
CSI adalah salah satu siri TV yang paling banyak mencipta fenomena bagi tempoh sedekad yang lalu, di mana ianya berkisar mengenai para penyiasat lokasi jenayah, berusaha menyelesaikan kes pembunuhan.
Kini selepas 16 tahun bersiaran, ianya akan berakhir diikuti filem istimewa bagi menyimpulkan jalan ceritanya.
Filem khas itu akan disiarkan pada 27 September 2015 di Amerika Syarikat dan dikhabarkan berdurasi dua jam.
Filem ‘perpisahan’ itu akan turut akan menampilkan para pelakon asal seperti William Petersen dan Marg Helgenberger.
Para peminat CSI berpeluang menyaksikan penyelia terdahulu kumpulan CSI iaitu Gil Grissom dan pembantunya, Catherine Willows beraksi semula selepas meninggalkan siri itu beberapa tahun lalu.
William Petersen menjadi peneraju siri CSI pada sembilan musim awal sebelum diambil alih Marg Helgenberger sehingga musim ke-12.
“Sememangnya kami amat bersedih dengan keputusan ini,” ujar Nina Tassler, Pengerusi CBS Entertainment dalam kenyataan rasmi laman syarikat itu.
Drama ikonik ini mempunyai 3 siri spinoff dalam tempoh 16 tahun. CSI: Miami bertahan sehingga musim ke-10, CSI: NY (9 Musim) dan CSI: Cyber mula ditayangkan pada Mac tahun ini.
CSI pernah dinobatkan sebagai salah satu drama siri paling popular dengan jumlah penonton melebihi 73.8 juta di seluruh dunia. Pada tahun 2012, CSI diangkat sebagai siri televisyen paling popular di dunia buat kali kelima di Festival Televisyen Monte-Carlo.

17 May 2015

PEKERJA KFC CUCI AYAM ATAS LANTAI



Sebuah video yang memaparkan dua orang pekerja Kentucky Fried Chicken (KFC) mencuci ayam di atas lantai dimuat naik di lamanYouTube dan tersebar meluas di laman sosial.

Insiden itu dipercayai berlaku di KFC Braamfontein yang terletak di Afrika Selatan.

Rakaman video jelas memperlihat salah seorang pekerja terbabit membaling daging ayam mentah ke lantai dan menyiramnya dengan air paip sambil diperhatikan oleh rakan sekerjanya.

Video berdurasi 1 minit 59 saat itu dimuat naik pada 8 Mei lalu dan sehingga kini mencapai tontonan melebihi 338 ribu.

Premis KFC tersebut sebelum ini dilaporkan telah ditutup sementara pihak KFC Afrika Selatan menjalankan siasatan.

Namun hasil siasatan awal mendapati, ayam-ayam yang dicampakkan ke lantai oleh dua pekerja terbabit merupakan ayam yang tidak dijual kepada pelanggan KFC.

SUMBER: MLP

p/s: dah kalau tak jual kat customer wat pe pulak gi cuci? mencurigakan seyhhhh =P

24 April 2015

RATUSAN CAWANGAN MCDONALD'S BAKAL DITUTUP



Ratusan cawangan restoran makanan segera McDonald's di Jepun, China dan Amerika Syarikat berdepan kemungkinan terpaksa ditutup.

Ini berikutan kejatuhan dari segi keuntungan yang dicatatkan oleh syarikat berkenaan di tiga negara tersebut. 

CEO McDonald's, Steve Easterbrook, yang baru dilantik memegang jawatan itu bulan lepas, memberitahu maklumat dan strategi penambahbaikan yang lebih terperinci bakal dikongsikan dengan umum 4 Mei ini.

Laporan beberapa portal berita antarabangsa menyebut 220 buah restoran bakal ditutup di Amerika Syarikat dan China, manakala di Jepun, 130 cawangan bakal terlibat.

Rabu lepas, McDonald's mengumumkan penurunan pendapatan sebanyak 11 peratus, manakala keuntungan syarikat berkenaan pula mencatatkan penurunan sebanyak 30 peratus untuk tempoh tiga bulan pertama.

Tahun ini, McDonald's Amerika telah melaksanakan beberapa perubahan termasuk resipi ayam panggang yang dipermudahkan dan mengawal penggunaan antibiotik ke atas ayam.

Dalam masa yang sama, gaji pekerja juga terpaksa dinaikkan atas permintaan berterusan kesatuan pekerja, selain menambah faedah-faedah lain untuk pekerja seperti percutian.

nota: kat Malaysia ni pun ada yang dah tutup hehe

14 April 2015

PERKAHWINAN MEWAH PUTERA SULTAN BRUNEI

KUALA LUMPUR, 13 APRIL 2015: Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Anak Diraja Sultan Brunei iaitu Putera Abdul Malik dan isterinya Dayangku Raabi’atul’ Adawiyyah Pengiran Haji Bolkiah berlangsung secara sederhana tetapi meriah.
Istiadat bersanding itu telah diadakan di Istana Nurul Iman baru-baru ini, dengan mengenakan busana pengantin tradisional yang bertatahkan emas dan berlian.
Difahamkan juga, pelamin kedua-dua mempelai ini turut diperbuat daripada emas untuk menambahkan lagi seri pengantin dan majlis yang bermakna itu.
Lebih mengujakan apabila sepatu yang disarung oleh pengantin perempuan jenama Christian Louboutin disalut permata indah mengamit perhatian ramai.
Hiasan gelang emas tulen di pergelangan kaki juga turut menjadi pilihan pengantin perempuan untuk raikan hari yang berbahagia.
Dengan kesempatan ini, beberapa keping gambar yang sempat diketik lensa jurukamera profesional agensi berita antarabangsa Reuters, jom kita lihat gambar Istiadat Bersanding anak Diraja Sultan Brunei.  






28 March 2015

ANAK KUCING HAMPIR MATI DICAT WARNA KUNING


CHINA, (MLP) – Dua ekor anak kucing ditemui dalam keadaan menderita dan hampir mati kerana badan kedua haiwan berkenaan dicat dengan warna kuning.

Orang awam yang dikenali sebagai Yue You Meng menemui dua kucing malang itu di dalam sebuah kotak yang ditinggalkan di tepi jalan.

You Meng yang terkejut akan tindakan individu tidak bertanggungjawab itu terus mengejarkan anak-kucing berkenaan bagi mendapatkan rawatan.

"Saya sangat terkejut apabila membuka kotak itu dan mendapati dua ekor anak kucing yang telah dicat dengan cat kuning,” ujarnya.

Menurut You Meng, cat yang disapu pada kedua-dua kucing itu hampir kering lantas menyebabkan kedua-dua belah kakinya melekat.

Tidak cukup dengan itu, mata anak-anak kucing itu juga turut diselaputi cat. 

“Mereka dalam keadaan yang sakit dan hampir mati," tambahnya lagi.

Pada mulanya, You Meng cuba membuang cat yang melekat pada kucing-kucing itu namun tidak berjaya lantas memaksanya membawa kedua-dua haiwan itu ke klinik veterinar. Doktor veterinar yang bertugas terpaksa memotong bulu-bulu kedua kucing itu.

Menurut laporan sebuah portal, anak-anak kucing itu kini semakin sembuh dan sudah mampu bergerak seperti biasa.

Kredit gambar: thehypemedia

09 March 2015

6 DESTINASI PERCUTIAN 'NERAKA'


Kebiasaannya ramai yang sudah mula merancang percutian musim panas mahupun destinasi pelancongan yang hendak dituju apabila tibanya penghujung tahun.

Tahukah anda terdapat enam tempat yang boleh dianggap destinasi percutian paling teruk di dunia dalam tahun 2015 ini?

Butiran dan maklumat dari setiap lokasi tersebut diambil dari Biro Hal-Ehwal Konsul Jabatan Negara Amerika Syarikat dan nasihat perjalanan dari laman sesawang GOV.UK.

6 - Haiti

Meskipun termasuk dalam senarai negara Caribbean, Haiti bukanlah tempat yang baik untuk dijadikan destinasi percutian. Keganasan yang berkaitan dengan politik sentiasa menghantui penduduk Republik Haiti.




Pada tahun 2008, Haiti dilanda puting beliung Hanna malah gempa bumi dahsyat pada tahun 2010telah membantutkan pembangunan negara berkenaan sehingga kini. Lazimnya ribut dan puting beliung akan melanda perairan Haiti menjelang bulan Jun hingga November.




Tidak cukup dengan itu, negara yang mempunyai infrastuktur rendah ini sering dilanda wabak taun dan virus Chikungunya.

5 - Sudan Selatan

Sudan Selatan adalah negara terbaru di dunia apabila berjaya meraih kemerdekaan dari Sudan pada tahun 2011. Secara harfiahnya, kemerdekaan tidak menandakan negara baru itu mencapai keamanan sejati.




Kerajaan Sudan Selatan sedang melalui persengketaan dengan golongan penentang sejak Disember 2013. Pada awalnya pertelingkahan berlaku di kawasan Unity namun ia merebak ke seluruh negara. Persekitaran Sudan Selatan dipenuhi aktiviti berbalas tembakan, kecurian kereta dan binatang ternakan.




Tambah mengeruhkan lagi keadaan, Sudan Selatan langsung tidak mempunyai bekalan air yang bersih.

4 - Central African Republic

Jika diamati pada peta geografi, Central African Republic (CAR) sepatutnya menjadi sebuah negara yang kaya waima hasil buminya banyak seperti uranium, minyak mentah, berlian, emas, kayu balak dan tanah pertanian.




Menurut kajian Human Development Index, rakyat CAR adalah antara termiskin di dunia apabila tampil pada tangga 179 dari 187 di seluruh dunia. 90 peratus dari populasi rakyatnya hidup di kawasan setinggan.




Pertelingkahan antara masyarakat muslim dan kristian mengeruhkan lagi keadaan. Pergaduhan berdarah sudah menjadi perkara biasa. Beberapa kes culik menteri kerajaan dan pekerja kemanusiaan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut dilaporkan pada awal tahun ini.

3 - Mali

Mali merupakan salah satu negara yang berjaya menyekat penyebaran virus Ebola. Tetapi itu tidak bermakna negara yang terletak di Afrika Barat itu selamat untuk dilawati.




Mali berada dalam keadaan tidak stabil selepas berlakunya cubaan rampasan kuasa pada 2012.Pertembungan di antara tentera Perancis dan para pejuang Islam sekitar 2013 tidak membantu merelisasikan keamanan dalam negara.




Laman GOV.UK menasihatkan orang ramai yang mahu berkunjung ke Mali supaya sentiasa berwaspada dan tidak menonjolkan diri selain membawa stok makanan dan air untuk beberapa hari jika berlakunya darurat.

2 - Libya

Pada tahun 2011 berlakunya satu revolusi di Libya dan kesannya berlanjutan sehingga ke hari ini. Senjata berteknologi tinggi jatuh ke tangan kumpulan militan awam, sejurus menandakan mana-mana pesawat boleh ditembak jatuh sesuka hati.




Gelombang jenayah berleluasa dan tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan. Sebahagian daripada kumpulan-kumpulan bersenjata dikatakan akan menyerang rakyat Amerika Syarikat yang menjejakkan kaki di Libya.




Januari tahun lalu, terdapat beberapa kes culik pelancong dilaporkan selain lambakkan kes bom kereta.

1 - Liberia

Liberia terletak di bahagaian barat benua Afrika dengan Sierra Leone di sebelah kiri, Guinea di utara dan Ivory Coast sebagai jiran timurnya. Senang cerita Liberia dikelilingi negara-negara yang mempunyai kes Ebola yang tertinggi.




85 peratus penduduk negara tersebut berada di bawah takuk kemiskinan.




Liberia teruk dilanda virus Ebola sejak tahun lalu waima mencatatkan jumlah kematian yang paling tinggi iaitu 4,032. Sejak Mac 2014 sebanyak 9,229 kes Ebola dilaporkan.

Selamat merancang perjalanan atau percutian tahunan anda!

Kredit gambar: sickchirpse, hereandnow, 21stcentury, AFP, AP, neatorama

31 January 2015

AWET MAYAT ANAK JADI PATUNG PENGANTIN


Sebuah butik pakaian pengantin di Chihuahua, Mexico menjadi sebutan masyarakat bukan hanya kerana kecantikan pakaian-pakaian yang dijual, tetapi kerana patung yang dikatakan sebenarnya manusia!

Patung pengantin perempuan yang menjadi window display butik tersebut, dikatakan adalah anak kepada pemilik butik. Melalui cerita masyarakat setempat, dia meninggal dunia pada hari perkahwinannya kerana disengat labah-labah black widow.

Si ibu lantas bertindak mengawet mayat si anak, dan memakaikannya pakaian pengantin paling cantik yang terdapat di butik itu.

Manusia patung itu terkenal dengan nama La Pascualita.



Jika dilihat dengan teliti, patung ini memiliki ciri-ciri manusia, seperti kedutan di wajah yang ketara, di samping bentuk kuku dan garis-garis di tangannya yang sangat real.

Teori manusia patung ini diperkuatkan lagi dengan cerita pekerja butik yang mendakwa hanya orang-orang tertentu sahaja dibenarkan untuk menukar pakaian patung berkenaan, dan ia akan dilakukan di bilik tertutup yang khas.

Ada juga cerita daripada penduduk setempat yang melalui hadapan kedai berkenaan mendakwa melihat patung itu berjalan di sekitar kedai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...