GENG LENSA HIDUP

24 May 2015

TERTEMBAK DIRI SENDIRI KETIKA SELFIE



RUSIA, (MLP) - Seorang gadis warga Rusia secara tidak sengaja tertembak diri sendiri menggunakan pistol semasa mengambil gambar selfie.

Gadis berusia 21 tahun itu dikatakan menjumpai sepucuk pistol 9mm di pejabatnya di Moscow yang ditinggalkan seorang pengawal keselamatan, pada Khamis.

Menurut jurucakap polis, gadis itu kemudiannya berhasrat untuk menangkap gambar selfie sambil memegang senjata api tersebut.

Menggunakan sebelah tangan untuk merakam selfie, gadis itu secara tidak sengaja menekan picu pistol lalu tertembak dahi sendiri dari jarak yang dekat.

Jurucakap hospital Sklifosovsky di Moscow, gadis berkenaan kemudiannya dikejarkan untuk diberi rawatan dan sehingga kini berada dalam keadaan yang serius.

Polis kini sedang menyiasat kesahihan cerita bagaimana gadis itu yang merupakan pekerja pejabat mempunyai akses terhadap pistol terbabit.

Siasatan awal mendapati, pengawal keselamatan itu telah meninggalkan pistolnya di tempat kerja sebelum pulang bercuti.

Trending mengambil dan memuat naik gambar selfie telah mengundang bencana terhadap beberapa individu di seluruh dunia.

Misalnya satu tinjauan yang dibuat di Amerika Syarikat mendapati, 17 peratus rakyatnya mengaku mengambil selfie semasa memandu.

Seorang pelancong dari Singapura pula maut selepas terjatuh dari tebing ketika mahu mengambil gambar selfie di Nusa Lembongan, Bali pada Khamis lalu.

Baru-baru ini, seorang graduan dari Malaysia mendapat kecaman hebat kerana mengambil gambar selfie dalam istiadat formal konvokesyen.

Satu kejadian nahas kapal terbang kecil di Denver, Amerika Syarikat pada Februari lalu dikatakan berpunca apabila juruterbangnya gagal mengawal pesawat kerana  mengambil gambar selfie.

November tahun 2014, seorang pelajar dalam percutian ke Sepanyol maut apabila terjatuh dari jambatan Puente de Triana di Seville ketika cuba mengambil gambar selfie.

Kredit gambar: pixshark

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...