GENG LENSA HIDUP

13 October 2010

SEDARLAH WAHAI ANAK LELAKI

MENITIK air mata saya kerana tersentuh membaca kisah minggu lalu berjudul 'Ibu sakit anak-anak bersengketa.' Kisah itu hampir saya dengan apa yang sedang saya lalui. Saya terpaksa berhenti beberapa kali kerana air mata berguguran tanpa berhenti kerana saya terlalu sedih.

''Saya mempunyai dua orang abang, tetapi yang sulung bersikap lepas tangan untuk menjaga emak kami yang sakit, sama seperti yang Shahariah lalui,'' Demikian cerita Nazirah dalam e-mel yang dikirimkannya Isnin lalu.

''Kami empat beradik semuanya, saya anak ketiga, dan seorang adik perempuan. Dua abang saya telah berkahwin dan berkeluarga. Abang Naz menunjukkan sikap yang amat mengecewakan saya. Hidupnya senang lenang dengan bantuan ayah semasa hayatnya, tetapi kemewahan yang dikecapinya menjadikan dia seperti kacang lupakan kulit.

''Sebelum emak jatuh sakit dia tinggal sendirian, tak jauh dari rumah saya dan abang di utara tanah air. Kata emak kami dah berkeluarga binalah keluarga sendiri. Abang kedua tinggal di KL, adik baru sahaja berkahwin, dulu masih belajar di kolej di KL.

''Bila emak diserang strok saya ambil dia tinggal bersama saya. Lima tahun lamanya saya jaga emak sendirian. Abang Naz langsung tak membantu, malah menjenguk emak pun boleh dikira dengan jari. Nak jadikan cerita dua tahun lalu saya terpaksa mengikut suami bertugas jauh ke negeri di bawah bayu. Nak bawak emak dia sakit. Jadi saya terpaksa tinggalkan dengan abang Naz.

''Selama itulah emak dilayan macam peminta sedekah yang hina dan kotor. Setelah suami saya berjaya dapat bertukar kembali ke Semenanjung, maka abang Naz tidak sabar-sabar menghantar emak kembali ke rumah saya dengan alasan dia sudah tidak tahan lagi kerana perangai emak amat degil.

''Isterinya, kak Zu juga tidak boleh tahan lagi melihat keadaan emak yang dikata pengotor.

''Kata abang Naz emak degil tidak mahu pakai lampin pakai buang itulah sebabnya lantai rumahnya, kerusi, kain emak berbau hancing. Malah kata kak Zu saudara maranya tak mahu lagi datang ke rumahnya kerana tak tahan bau emak.

''Adatlah orang dapat strok begitulah keadaannya, kita sebagai anak kena sabar. Dulu semasa saya jaga emak saya ambil pembantu, jadi bolehlah dia membantu saya menguruskan keperluan ibu kerana saya pun bekerja. Dan saya tanggung semua perbelanjaan mengambil pembantu termasuk membayar gaji bulanannya. Untuk memudahkan diri apalah salahnya abang ambil pembantu juga? Kerana dia mampu!

''Tetapi kini untuk mengambil pembantu baru kerana yang lama sudah berhenti, saya meminta bantuan adik-beradik, kerana perbelanjaannya besar. Lagi pun tugasnya semata-mata menjaga emak dan mengikut emak ke mana sahaja jika emak hendak bertukar angin tinggal di rumah abang. Jadi tidaklah penat kak Zu jaga emak.


Pembantu

''Emak tak kuat berdiri, berjalan pun kena pimpin, apa lagi hendak menguruskan diri sendiri, dengan adanya pembantu ringanlah sedikit tugas menguruskan emak. Tapi abang Naz tak setuju. Saya boleh terima kalau isterinya buat perangai bencikan emak mertua. Tetapi saya amat sedih bila abang Naz sendiri bencikan emak, malah dia jijik dan malu melihat keadaan emak.

''Bila saya tanyakan abang Naz kenapa benci sangat dengan emak. Katanya mengapa dia yang kena jaga emak, sedangkan Angah langsung tak pernah jaga emak. Taulah saya rupanya dia dengki abang Ngah yang tinggal di KL. Sebenarnya bukan abang Ngah tak mahu ambil emak, tapi emak tak mahu tinggal di bandar jauh dari kampung. Lagi pun perjalanannya amat jauh.

''Memang isteri abang Ngah, Syah pun buat perangai bencikan emak. Tetapi abang Ngah ambil berat pasal emak. Selain mengajak tinggal di rumahnya, abang Ngah hulurkan perbelanjaan untuk emak seperti membeli lampin pakai buang dan makan minum emak.

''Abang Naz cadangkan kami bergilir-gilir jaga emak tiga bulan seorang. Tetapi mengapa baru sekarang, mengapa tak buat cadangan semasa saya jaga emak sendirian lima tahun dulu.

''Saya tanya abang Naz adakah tanggungjawab menjaga emak hendak digilirkan, sedangkan ia menjadi tanggungjawab seorang anak lelaki Islam yang seumur hidupnya, haknya dipegang oleh ibunya sendiri.

''Isteri pula perlu taat kepada suaminya dan juga wajib taat kepada ibu mertuanya. Bukan saya mahu mengungkit apa yang telah saya buat selama menjaga emak tetapi, saya bertuah mempunyai suami yang faham masalah saya dan mengizinkan saya menjaga emak. Jika takdir suami saya tak izinkan, apa akan jadi pada emak? Pasti anak lelaki akan ditanya Allah di dunia mahupun di akhirat kelak.

''Ingatlah wahai abang suatu hari nanti kita juga akan tua dan tidak berupaya, dan cuba fikirkan adakah anak-anak kita akan melayan kita seperti mana yang kita kehendaki atau mereka melayan kita seperti apa yang kita lakukan kepada ibu bapa kita sekarang?

''Insaflah, setiap apa yang kita lakukan hari ini akan ada balasannya, kita tidak perlu tunggu akhirat sebaliknya kita akan terima pembalasan atas perbuatan kita semasa di dunia lagi. Fikirkanlah dan ingatlah. Ketika itu menangis air mata darah pun sudah tidak berguna lagi. Kerana segala-galanya sudah terlambat.

''Apa salahnya, jika kita adik-beradik duduk bersemuka dan berbincang dengan cara baik untuk mencari penyelesaian terbaik untuk semua pihak? Bukan saya tak mahu jaga emak lagi, tetapi saya tak mahu abang menerima pembalasan atas perbuatan abang kepada emak sekarang. Namun saya tetap jaga emak sebab saya sayangkan emak, kerana emaklah satu-satunya emak saya dunia dan akhirat.'' Demikian luahan hati Nazirah.

PERLAKSANAAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) DITANGGUH

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ditangguhkan bagi membolehkan kerajaan berinteraksi dengan semua lapisan rakyat mengenainya.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, kerajaan akan mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat bagi memastikan penguatkuasaan GST diterima dengan baik.

Walaupun ia ditangguhkan, kerajaan sedar tentang kepentingan GST dalam memastikan kedudukan fiskal yang kukuh dan mapan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi jangka panjang. - Utusan


nota: trick menjelang PRU ni rasenye... nanti pas PRU semua benda naik...

LANTAI SEKOLAH RUNTUH

ALOR SETAR - Seramai 10 orang murid Darjah Empat Sekolah Kebangsaan Gunong di Gunung Keriang dekat sini cedera dengan dua daripadanya serius selepas lantai bangunan sekolah yang menempatkan kelas mereka runtuh pagi tadi.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi itu melibatkan 30 murid yang sedang mengikuti kelas Pendidikan Islam.
Lantai dikatakan runtuh secara tiba-tiba dan murid yang berada di dalam kelas itu terjatuh ke dalam lubang sedalam satu meter dan selebar dua meter persegi.
Lima murid lelaki dan lima murid perempuan itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini bagi mendapatkan rawatan, oleh pihak sekolah dan ibu bapa yang kebetulan berada di situ.
Salah seorang murid berkenaan, Mohd. Aliff Hakim Abu Bakar berkata, ketika kejadian, secara tiba-tiba lantai kelasnya reput (patah) menyebabkan dia terjatuh ke dalam lubang runtuhan itu.
“Saya merangkak keluar dan ustazah tarik saya keluar. Saya terkejut. Saya cedera kaki kanan,” katanya ketika ditemui di HSB.
Filza Nadhirah Idris yang juga cedera di kaki kanan berkata sewaktu kejadian dia merasakan kelas itu bergoyang-goyang sebelum dia terjatuh ke bawah. - Bernama
sumber: KOSMO

MANA HANTU?


assalammualaikum dan salam sejahtera...
moga semuanya sihat dan senyum sokmo ehehe =)
selalu kan jadi gini? setiap kali ade berlaku sesuatu kejadian yang melibatkan kehilangan nyawa... macam-macam alasan yang keluar... ade nampak wanita baju putih la... ade dengar suara la... tah ape-ape lagi alasan yang melibatkan perkara ghaib... bukan menafikan perkara ghaib atau tak percaya pada alam ghaib...
cuma adakah ni salah satu cara nak melepaskan diri daripada disabitkan kesalahan? salah satu cara untuk melepaskan diri daripada dikenakan hukuman?
cam tu gak dengan kejadian anak kena sembelih ke... bini kena tetak ke... mak kena bunuh ke... mase tu jugak la sebabnya dengar suara di sebalik dinding... mase tu jugak la dengar suara soh sembelih anak la... tah ape-ape je alasan yang ade...
aku ambik contoh dengan kemalangan berlaku baru-baru ni... jika pemandu bas tu memandu dengan halaju yang dah ditetapkan... sekalipun ade awek seksi melintas ke... wanita mengendong bayi melintas ke... InsyaAllah masih boleh brek lagi... biar pun mungkin terkejut atau tersasar haluan... tidak terlalu teruk hasil kemalangannya... ye tak?
mentang-mentang alasan perkara ghaib ni tak boleh dibuktikan... so dengan sewenang-wenangnye je la nak gunakan alasan nampak hantu... atau terdengar suara ghaib... untuk melepaskan diri daripada sebarang pertuduhan yang melibatkan kehilangan nyawa...
selain tu ketelusan dalam melakukan siasatan... jangan pulak jika disogok... kertas siasatan segera ditutup pulak...  ye tak? cam kisah pembunuhan yang melibatkan jutawan kosmetik... kertas siasatan dibuka kerana beliau orang terkenal ye tak? cam ne ngan kes orang hilang yang sebelum-sebelum ni... juga angkara 'peguam' tersebut... kes tersebut hanya di ambil mudah... hingga bertahun-tahun lamanya... baru kertas siasatan dibuka semula...
semoga rakyat marhaen mendapat pembelaan yang sewajarkan biarpun hanya dalam kes-kes terpencil... dan pengamalan layanan double standard dapat dihapuskan di Malaysia ni...
jom layan berita KOSMO ni...
KUALA LUMPUR - Kelibat wanita berpakaian putih sambil mengendong anak melintas secara tiba-tiba di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tol Simpang Ampat, Alor Gajah di Melaka kini dikaitkan dengan kemalangan maut yang berlaku Ahad lalu.
Tinjauan Kosmo! mendapati ada antara pemandu bas ekspres dan pengguna jalan raya yang selalu menggunakan laluan itu mendakwa kawasan berkenaan 'keras' dan kerap dikaitkan dengan elemen-elemen mistik.
Ada yang mendakwa melihat kelibat wanita itu melintas jalan dan ada yang melihatnya duduk di tepi jalan terutama pada waktu malam.
Ia menyebabkan ramai pengguna jalan raya terpaksa membrek mengejut sehingga ada yang gagal mengawal kenderaan yang dipandu.
Pemandu bas Konsortium Bas Ekspres Semenanjung, Rafi Bahari, 38, mendakwa, dia pernah ternampak kelibat wanita tersebut beberapa tahun lalu ketika dalam perjalanan dari Taiping ke Singapura.
"Ketika melalui kawasan itu pada pukul 4 pagi, saya ternampak kelibat wanita baju putih melintas.
"Saya sempat brek secara mengejut tetapi tidak berlaku kemalangan," ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.
sumber: KOSMO

TIPS UNTUK MENGELAKKAN JUG KACA PECAH...

assalammualaikum dan salam sejahtera...

penah tengok tak bila kita tuang air panas dalam teko atau jug kaca... jug tu pecah?

laaaaaaaaaaaaa pecah da.... kalau gitu cam ne nak atasinya?

gunakan prinsip sains yang kita da penah belajar la... ape dia?

sebelum menuang air panas ke dalam jug kaca pastikan korang letak sudu besi dulu... supaya sudu besi dapat menyerap haba daripada air panas yang akan dituangkan dalam jug kaca tersebut.... jadi... insyAllah jug kaca anda yang cantik tu tak kan pecah lagi... 

ala sudu besi yang kita biasa guna hari-hari tu la............. =)


JOM JENGUK CARA-CARA BUAT BOLA ADIDAS!!!
























nota: aku masih tak caye cam ne hari tu JOHOR FC leh menang 1-0 lawan ngan PERAK huhu... jemmm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...