GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label cedera parah. Show all posts
Showing posts with label cedera parah. Show all posts

13 October 2010

LANTAI SEKOLAH RUNTUH

ALOR SETAR - Seramai 10 orang murid Darjah Empat Sekolah Kebangsaan Gunong di Gunung Keriang dekat sini cedera dengan dua daripadanya serius selepas lantai bangunan sekolah yang menempatkan kelas mereka runtuh pagi tadi.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi itu melibatkan 30 murid yang sedang mengikuti kelas Pendidikan Islam.
Lantai dikatakan runtuh secara tiba-tiba dan murid yang berada di dalam kelas itu terjatuh ke dalam lubang sedalam satu meter dan selebar dua meter persegi.
Lima murid lelaki dan lima murid perempuan itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini bagi mendapatkan rawatan, oleh pihak sekolah dan ibu bapa yang kebetulan berada di situ.
Salah seorang murid berkenaan, Mohd. Aliff Hakim Abu Bakar berkata, ketika kejadian, secara tiba-tiba lantai kelasnya reput (patah) menyebabkan dia terjatuh ke dalam lubang runtuhan itu.
“Saya merangkak keluar dan ustazah tarik saya keluar. Saya terkejut. Saya cedera kaki kanan,” katanya ketika ditemui di HSB.
Filza Nadhirah Idris yang juga cedera di kaki kanan berkata sewaktu kejadian dia merasakan kelas itu bergoyang-goyang sebelum dia terjatuh ke bawah. - Bernama
sumber: KOSMO

14 August 2010

TOK BATIN CEDERA PARAH

salam
hai semua semoga sihat bertambah berkat
sedar tak sedar kita da masuk hari ke 4 berpuasa...
oyeah... lagu raya pun da dengar... kuih raya pun da buat huuuuuuu (siot je kate kawan aku)

ape la cite aku kali ni ye....

hehehe asik layan cite yang serius je...
kali ni kita bace cite lawak la plak k...

ade seorang tok batin yang tinggal di sebuah perkampungan di pedalaman negeri pahang.... tok batin ni memang la popular... dengan sikap yang sangat berhati-hati bila menunggang motosikal.... entah macam mane satu hari dia boleh cedera parah setelah bertembung dengan seekor lembu... ikuti temubual antara tok batin dengan wartawan Pang Chin Fern daripada TV39...

wartawan: ape kabar pak cik?
tok batin: kabar tak berapa baik
wartawan: macam mane pakcik boleh cedera parah ni... kan pak cik selalu bawa motor dengan kelajuan 20km/j? pelik sungguh...
tok batin: itu la kamu... memang pak cik bawa dengan kelajuan konsisten... ye la... cam biase 20km/j... tapi nak wat macam mane dah bertembung dengan lembu yang berlari 90km/j... halaju tinggi yang terhasil dari lembu tersebut telah menyebabkan pakcik cedera parah... 

boleh caye ke cite ni? huhuhu lembu tu marah kot sebab tu beliau lari laju-laju hohohoho...

sekadar hiasan =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...