GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label kosmetik. bahaya. Show all posts
Showing posts with label kosmetik. bahaya. Show all posts

20 October 2010

TEPUNG GANDUM MENGANDUNGI BENZOYL PEROXIDE

assalammualaikum dan selamat sejahtera...

aku pernah terjumpa label benzoyl peroxide mase aku tingkatan 3.... tahun 2001... aku jumpa pun mase tu kat ingredients pada tepung gandum cap sauh... aku pun teruja la nak tau ape fungsi benzoyl peroxide... kebetulan ade sorang cikgu cina... yang tengah dok praktikal kat skolah aku... dia daripada UKM dan ambil pengkhususan mengenai pemakanan...

so aku pun bertanye...

benzoyl peroxide ni sifatnye macam bleach cikgu aku tu cakap... mase tu aku jawab ye je... tapi lom leh berfikir sangat... huhu

mase aku form 4... otak aku jalan laju sikit sebab da ade ambik subjek kimia dengan biologi... kebetulan aku rajin dok la layan cite mat saleh... aku terperasan yang roti mat saleh dengan roti yang ade kat malaysia ni lain warnanye..

kebiasaannya roti kat malaysia ni warna putih ye tak?
tepung gandum kat malaysia ni warna putih kuning... ye tak?

roti mat saleh warna coklat perasan tak?
tepung gandum mereka memiliki warna asli iaitu coklat... perasan tak?

tu la peranan benzoyl peroxide yang berperanan seperti bleach a.k.a peluntur... dan mampu melunturkan warna coklat pada tepung gandum hingga menjadi putih atau agak kekuningan hanya dalam masa sekitar satu jam...

benzoyl peroxide merupakan bahan toksid... bahan penggalak tumor... bahan yang boleh menyebabkan alahan pada kulit... bahan yang boleh menyebabkan mutasi pada sel badan... bahan peluntur yang sangat kuat...

tepung gandum yang telah dicampur dengan benzoyl peroxide ni akan menyebabkan khasiat tepung semakin merosot... kerana ia akan menukarkan protein gluten yang ada dalam tepung gandum... 

kerana adanya tambahan benzoyl peroxide ni la yang menjadikan penghidap gout dilarang makan produk makanan yang dihasilkan daripada tepung gandum... seperti mi kuning... roti canai... dan apa saja produk yang dihasilkan daripada tepung gandum berwarna putih....

manakala simptom gout insyaAllah tak kan timbul jika anda makan produk yang berasaskan tepung gandum yang bukan berwarna putih... kerana tepung tu tak dicampurkan dengan benzoyl peroxide... kesan ni bukan la hadir dalam tempoh masa yang singkat... tapi mengambil mase berpuluh tahun gak... sebelum anda semua dikesan menghidapi gout, kanser dan pelbagai penyakit lain...

korang cuba makan spageti, makaroni, atau ape-ape produk yang tak menggunakan tepung gandum putih... dan lihat hasilnya sendiri... (terutama bagi pesakit gout)

kan doktor akan soh pesakit gout berpantang daripada makan pape yang berasaskan tepung gandum... kerana kebanyakan di malaysia produk seperti mi kuning, roti canai, kuih-muih... menggunakan tepung gandum yang berwarna putih...

kerana tu semakin hari penyakit gout kini merupakan satu fenomena yang biasa di kalangan penduduk malaysia... disamping penyakit-penyakit moden seperti kanser dan diabetis...

nota: jika anda mahu berfikir bagaimana gandum yang asalnya berwarna coklat... setelah dituai... apabila ada di pasaran malaysia berwarna putih kuning... semestinya sudah diletakkan peluntur bukan?



roti yang berwarna coklat adalah lebih baik berbanding roti yang berwarna putih... =)

13 October 2010

LANTAI SEKOLAH RUNTUH

ALOR SETAR - Seramai 10 orang murid Darjah Empat Sekolah Kebangsaan Gunong di Gunung Keriang dekat sini cedera dengan dua daripadanya serius selepas lantai bangunan sekolah yang menempatkan kelas mereka runtuh pagi tadi.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi itu melibatkan 30 murid yang sedang mengikuti kelas Pendidikan Islam.
Lantai dikatakan runtuh secara tiba-tiba dan murid yang berada di dalam kelas itu terjatuh ke dalam lubang sedalam satu meter dan selebar dua meter persegi.
Lima murid lelaki dan lima murid perempuan itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini bagi mendapatkan rawatan, oleh pihak sekolah dan ibu bapa yang kebetulan berada di situ.
Salah seorang murid berkenaan, Mohd. Aliff Hakim Abu Bakar berkata, ketika kejadian, secara tiba-tiba lantai kelasnya reput (patah) menyebabkan dia terjatuh ke dalam lubang runtuhan itu.
“Saya merangkak keluar dan ustazah tarik saya keluar. Saya terkejut. Saya cedera kaki kanan,” katanya ketika ditemui di HSB.
Filza Nadhirah Idris yang juga cedera di kaki kanan berkata sewaktu kejadian dia merasakan kelas itu bergoyang-goyang sebelum dia terjatuh ke bawah. - Bernama
sumber: KOSMO

16 August 2010

CANTIK!!! SEMESTINYA CERAH KE?

salam
semoga semua sihat walafiat...
petang-petang sebelum berbuka...
mesti banyak aktivitinya... hohoho...

jalan-jalan di suatu petang... hohoho tengok awek.... mak awek... nenek awek... sibuk pilih-pilih juadah kat bazar... zaman sekarang ramai betol awek berkulit cerah kan? ade yang memang original... ade yang hasil gigih penggunaan kosmetik dan segala macam krim...

kulit muka cukup cerah berkilat... hehehe... tangan pulak gelap... adoi... sedarkah hai perempuan... banyak kosmetik dan krim kecantikan telah ditambah bahan terlarang? banyak media cetak dan media elektronik dah hebahkan... tak silap aku sejak tahun 2000 lagi da sibuk cakap merkuri, hydroquinone, timah hitam, AHA, dan macam-macam lagi... bahan aktif dalam kosmetik tu merbahaya... tapi masih lagi ade pempuan yang gunakan...

bukan ape... sebab nak cerah... baru cantik ma... tu belom lagi soal halal dan haram... produk AVON yang cukup sinonim dengan pempuan... tak pernah nak iktiraf produk mereka halal atau tidak... pon masih ramai pempuan yang gila-gila menggunakan produk tersebut... hohoho ye tak? ade jumpa logo halal kat produk AVON?

kembali pada topik asal perempuan = cerah baru ngam hoooo... 

memang nampak cantik ma lepas pakai krim yang segala bagai... cerah... mulus... hohoho tapi bila korang berhenti menggunakannya... macam-macam masalah timbul kan? (ni untuk sesetengah produk la...) dan dalam jangka masa panjang akan menyebabkan ketoksidan pada pengguna...

cam ne boleh jadi?

krim yang korang tepek setiap hari tu tentunya akan meresap ke dalam kulit... pastu bila da meresap dalam kulit... di bawah epidermis kita ni ade jaringan kapilari darah... of course la akan meresap dalam darah... hehehe... bila da meresap dalam darah... sistem tubuh kita ni akan memastikan jika tubuh mengalami ketoksidan... toksid tersebut akan dimusnahkan di hati... ok... bila hati da tak mampu memproses bahan toksid yang terlalu banyak dalam tubuh... semestinya darah diangkut ke seluruh tubuh tu tercemar bukan?

ni la akan menjadi punca pelbagai penyakit... akan wujud radikal bebas... radikal bebas ni la yang menjadi punca penyakit kanser... nanti mula la ade masalah bengkak hati... ade la masalah darah menjadi pekat (selain  masalah hi kolestrol la)... 

cara pembuangan dan pemusnahan toksid pada tubuh

boleh dilakukan di hati... melalui perpeluhan.... melalui kencing... melalui penyahtinjaan... anda berpeluh? (tiru iklan rexona) ohhh biarkan saja... (tapi jangan berbau suda)

cam ne kanser terjadi?

kanser terjadi akibat daripada proses pembahagian sel secara abnormal... dan proses tu berlaku tanpa henti...  sebab tu kalau kita lihat mane-mane bahagian yang telah terkena kanser rupanya tak cantik... betol tak? tak caye? jom usyar ni...

lung cancer

colon cancer 

liver cancer

sebenarnya semua organ yang kat atas ni kalau dalam keadaan normal elok je rupa parasnye... tak de cam kat atas tu... tu la kesan daripada pembahagian sel secara abnormal... so berhati-hati la ye... buat semua... jangan terlalu obses dengan bahan terlarang a.k.a bahan kimia yang akan memberi impak negatif pada tubuh...

buat pempuan... itam... gemuk... pendek... mereka pun manusia jugak ape? kalau nak cerah sangat gambar tu glow je la tak le bahaya sangat hahahaha

budak hitam!!! =)


nantikan entri tentang roti malaysia dan roti mat saleh ape bezanya?

p/s: halamak jebat ko ni sensetip btol la aku tak tanye kabo pun nak merajok cettt... jawap "ooooo" pon tak leh... nak jugak jawap panjang-panjang hadoi!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...