GENG LENSA HIDUP

28 March 2015

ANAK KUCING HAMPIR MATI DICAT WARNA KUNING


CHINA, (MLP) – Dua ekor anak kucing ditemui dalam keadaan menderita dan hampir mati kerana badan kedua haiwan berkenaan dicat dengan warna kuning.

Orang awam yang dikenali sebagai Yue You Meng menemui dua kucing malang itu di dalam sebuah kotak yang ditinggalkan di tepi jalan.

You Meng yang terkejut akan tindakan individu tidak bertanggungjawab itu terus mengejarkan anak-kucing berkenaan bagi mendapatkan rawatan.

"Saya sangat terkejut apabila membuka kotak itu dan mendapati dua ekor anak kucing yang telah dicat dengan cat kuning,” ujarnya.

Menurut You Meng, cat yang disapu pada kedua-dua kucing itu hampir kering lantas menyebabkan kedua-dua belah kakinya melekat.

Tidak cukup dengan itu, mata anak-anak kucing itu juga turut diselaputi cat. 

“Mereka dalam keadaan yang sakit dan hampir mati," tambahnya lagi.

Pada mulanya, You Meng cuba membuang cat yang melekat pada kucing-kucing itu namun tidak berjaya lantas memaksanya membawa kedua-dua haiwan itu ke klinik veterinar. Doktor veterinar yang bertugas terpaksa memotong bulu-bulu kedua kucing itu.

Menurut laporan sebuah portal, anak-anak kucing itu kini semakin sembuh dan sudah mampu bergerak seperti biasa.

Kredit gambar: thehypemedia

27 March 2015

GERMANWINGS: JURUTERBANG TERKUNCI LUAR KOKPIT



PARIS, (MLP) - Salah seorang juruterbang pesawat malang Germanwings yang terhempas di Alps Perancis pada Isnin dilaporkan terkunci di luar kokpit sejurus sebelum nahas.


Akhbar The New York Times memetik seorang penyiasat berkata, rakaman audio menunjukkan sebaik pesawat memulakan penerbangan, seorang daripada juruterbang meninggalkan kokpit dan tidak dapat memasukinya semula.

Penyiasat itu memberitahu akhbar itu bahawa juruterbang berkenaan pada mulanya mengetuk perlahan pintu kokpit sebelum mengulanginya beberapa kali dengan ketukan lebih kuat. 

Ia berlarutan untuk beberapa ketika sebelum juruterbang berkenaan cuba untuk memecahkan pintu kokpit.

Pesawat Airbus 320 Germanwings milik syarikat penerbangan Jerman Lufthansa itu terhempas di kawasan pergunungan Alps Perancis pada Isnin dan meragut nyawa kesemua 150 penumpang dan anak kapal.

6 NAMA KUIH TRADISI PALING PELIK

"Orang kita makan macam-macam, tidak kira pagi petang siang malam, semua benda alamak boleh ditelan, batu, besi, paku, parang, kayu, papan".

Itu bait-bait lirik lagu berjudul Makan nyanyian Jalil Hamid. Lagu itu menggambarkan kepelbagaian makanan di Malaysia yang walaupun punya nama yang pelik, tapi keenakkannya tak dapat dinafikan.

Kali ini, saya mahu berkongsi dengan anda beberapa jenis nama kuih yang terdapat di negeri asal saya iaitu Kelantan. Kelantan dianggap ramai sebagai syurga makanan 'eksotik'. Tak percaya? Jom lihat senarai ini!

PUTERI MANDI


Di kalangan orang Kelantan, disebut 'Terri Mandi'. Berbentuk bulat, berwarna-warni dan rasanya lemak manis.

BUTIR NANGKA

Dipanggil Butir Nangka kerana bentuknya seperti biji nangka. Rasanya memang manis dan sesuai dihidang sebagai dessert.

NEKBAT

Selain di Kelantan, Nekbat juga popular di Terengganu. Sekali tengok, bentuknya seperti kuih baulu.

ULAT BULU

Eh? Jangan terkejut ya. Mungkin kerana bentuknya ia dipanggil ulat bulu. Adunan kuih ini tak banyak beza dengan kuih buah Melaka.

CEK MEK MOLEK

Bentuknya memang comel, sesuai dengan namanya. Dihasilkan dari adunan tepung gandum dan ubi keledek dengan gula sebagai inti.

GELEMBUNG BUAYA

Kuih ini bolehlah dikatakan adik beradik dodol. Rasanya lemak manis kelapa parut muda yang disebatikan dengan gula dan tepung.

So there you have it. Yang tak pernah rasa, bolehlah cuba selepas ini. Yang pasti, jangan tertipu dengan nama kerana semuanya sedap-sedap belaka!

Kredit: resipicitarasawan.blogspot.com, malaysiaria.com, intaidapur.blogspot.com, elissmie.com, sapphireruth.blogspot, ejamothman.com, norakristilla.blogspot

26 March 2015

5 'TRICK' DIET YANG BERKESAN


Banyak yang sering kita dengar tentang cara menurunkan berat badan. Kali ini, MLP berkongsi 6 'trick' yang anda boleh amalkan untuk memastikan perjalanan anda untuk mendapatkan berat badan idaman lebih mudah!

1. Elak rasa lapar

Jangan tunggu sampai perut keluarkan bunyi baru nak makan. Makanlah sebelum anda berasa lapar kerana ini akan membuatkan anda makan dalam kuantiti yang sederhana.

2. Guna peraturan warna

Pastikan tiga warna ini ada dalam pinggan anda setiap kali makan; merah, oren dan hijau.

3. Minum, minum dan minum
Air masak ya. Bukan air manis berperisa, apalagi air bergas. Minumlah sebanyak mungkin kerana ia takan beri kesan buruk.

4. Makan jauh dari hidangan

Kalau di rumah, carilah tempat lain untuk makan, selain daripada meja makan. Ini kerana makan berhadapan hidangan yang pelbagai akan buat anda rasa masih lapar walaupun sebenarnya dah kenyang.

5. Makan dan kunyah perlahan-lahan

Kajian saintifik menunjukkan mereka yang makan dengan kadar yang cepat punya berat badan yang lebih berbanding mereka yang makan perlahan-lahan.

6. Mulakan dengan sup

Nak kenyang walau makan nasi sedikit? Mulakan 'meal' anda dengan sup, lebih elok kalau sup sayuran. Kemudian barulah diikuti dengan nasi.


Foto: dailystar.uk

ZAYN MALIK SAH TINGGALKAN ONE DIRECTION


KL, 26 MAC 2015: Memulakan kariernya seawal umur 17 tahun akhirnya ahli kumpulan boyband terkenal dunia One Direction iaitu Zayn Malik telah mengumumkan bahawa bakal meninggalkan kumpulan asli Britain itu yang turut dianggotai empat jejaka lainnya.
Zain yang kini 22 tahun telah membuat keputusan tersebut pada tengahari Rabu, semalam dan ia mengejutkan ahli  One Direction yang lain iaitu, Niall Horan, Harry Styles, Liam Payne dan Louis Tomlinson.
“Perjalanan karier saya bersama One Direction adalah sesuatu yang diluar jangkaan saya . Tetapi selepas lima tahun saya merasakan ini lah waktu yang sesuai untuk meninggalkannya.
“Saya ingin memohon maaf kepada semua peminat jika ada menyinggung perasaan mereka namun saya terpaksa lakukan ini kerana mengikut gerak hati.
“Punca sebenar saya meninggalkan kumpulan ini kerana mahu menjalani kehidupan diusia 22 ini sebagai orang biasa. Saya ingin mempunyai waktu untuk berehat, rileks dan waktu untuk diri sendiri yang sebelum ini dibayangi populariti.
“Saya tahu dan yakin dengan empat orang rakan saya yang tinggal ini dan mereka pastinya akan meneruskan perjuangan One Direction untuk menjadi kumpulan terbaik dunia,”petikan kenyataan rasmi Zayn Malik semalam.
Dalam pada itu, One Direction yang kini tinggal empat orang telah membuat kenyataan balas menyatakan rasa sedih mereka melihat Zayn pergi tetapi menghormati keputusan penyanyi itu.
Simon Cowell juga yang menjadi individu yang bertanggungjawab melahirkan One Direction juga mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Zayn yang sentiasa memberikan komitmen kepada kumpulannya.
“Terima kasih diucapkan kepada Zayn dengan apa yang telah diberikannya kepada One Direction. Sejak bertemu dengannya pada 2010, sedikit demi sedeikit saya berbangga dengannya. Saya melihat perkembangan karier yang positif dan sedih melihatnya pergi meninggalkan One Direction,”ucap Simon Cowell.

KERANDA TERBUKA, PENGGALI KUBUR PENGSAN



JERMAN, (MLP) - Seorang penggali kubur pengsan selepas terkejut apabila penutup keranda yang ingin dikebumikannya tiba-tiba terbuka.


Bukan setakat terbuka, mayat di dalam keranda itu juga bertanyakan di manakah dia berada.


Terdahulu, warga emas berusia 92 tahun meninggal dunia di rumah orang-orang tua dan kemudiannya dibawa ke tempat pengebumian untuk disemadikan.


Pengurus rumah pengebumian kemudiannya memeriksa nadi wanita berkenaan dan mendapati nadinya masih berdenyut, sebelum membawanya ke hospital.


Seorang doktor telah dipanggil untuk membantu siasatan dan mengesahkan wanita berkenaan telah meninggal dunia sebelum dia dibawa pergi oleh seorang pengurus mayat.

5 SEBAB KENAPA HARUS MAKAN COKLAT




Anda penggemar coklat? Tentu dah biasa dengar orang cakap coklat menggemukkan dan tak patut diamalkan. Tetapi Cynthia Sass, seorang pakar nutrisi meletakkan lima sebab kenapa anda harus enjoy makan coklat tanpa rasa bersalah!


1. Coklat memiliki antioksidan yang sama dengan teh yang membantu otak anda lebih aktif dan fokus.

2. Coklat mampu menghalang kolestrol dari melekat di dinding arteri, sekaligus mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.

3. Dark Chocolate mengandungi magnesium yang mampu mengurangkan simptom PMS seperti kekejangan, keletihan dan kemurungan.

4. Pengambilan coklat juga membantu pengaliran darah yang lebih teratur, sekaligus bekalan oksigen dan nutrien juga disalurkan dengan lebih baik.

5. Dark chocolate mempunyai kandungan semulajadi yang mampu membangkitkan rasa 'euphoria', satu perasaan yang ditafsirkan ramai seperti perasaan jatuh cinta!

25 March 2015

SIRI X-FILES KEMBALI LAGI


LOS ANGELES, (MLP) - Cult sci-fi TV show "The X-Files" is ready to hit the screen for six new episodes after 13 years. 

According to Fox, the winning series which ran for nine seasons, or over 200 episodes (1993 and 2002) will begin its production this summer with the original casts. 

David Duchovny and Gillian Anderson will be back as FBI agents Fox Mulder and Dana Scully.

“I think of it as a 13-year commercial break,” the show’s creator and executive producer Chris Carter said. “The good news is the world has only gotten that much stranger, a perfect time to tell these six stories.”

Media reports, the series follows the adventures of Federal Bureau of Investigation (FBI) agents Scully and Mulder, who investigate the mysterious cases blamed on paranormal phenomena.

This global hit series won 16 Emmy Awards and five Golden Globe Awards. 

p./s: baru je cakap kat hubby lama dah tak tengok cite x-files he3 nampaknya dapat la nonton lagi =)

24 March 2015

KHAIRY JAMALUDDIN TIMANG ANAK KE 3



KUALA LUMPUR, 24 MAC 2015: Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) dengan nada ceria telah mengumumkan kelahiran anak ketiganya yang juga seorang putera menerusi akaun Twitter miliknya petang semalam.
Menerusi pengumumannya sekitar jam 4 petang itu, KJ menulis yang isterinya, Nori Abdullah telah selamat melahirkan anak pada jam 3.53 petang dan beliau sendiri tidak mengetahui jantina anak ketiganya itu sehinggalah bayi itu dilahirkan.
Beliau sendiri kemudiannya memuatnaik foto bayi lelaki tersebut yang mana turut disertakan sekali dengan namanya iaitu Raif 'Leo' Averroes Jamaluddin Abu Bakar.
Isteri KJ, iaitu Nori adalah anak perempuan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Endon Mahmood yang meninggal dunia akibat kanser pada 2005.
KJ dan Nori berkahwin pada 2001 dan sebelum ini mereka sudah pun memiliki dua orang anak lelaki iaitu Jibreil Ali yang dilahirkan pada 2007 dan Timor Abdullah, yang dilahirkan setahun kemudian.

PELAKON ADI PUTRA DIMASUKKAN KE HOSPITAL


Sumber Berita Harian
KUALA LUMPUR, 23 MAC 2015: Aktor popular, Adi Putra telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur selepas disyaki terkena gejala cakera teranjak atau slipped disc.
Menerusi laporan BH Online, finalis kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pelakon TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2014 (ABPBH 204) itu mula diserang sakit urat pada bahagian tulang belakang ketika hadir pada sesi promosi filem Isyarat Cinta di ibu negara, malam tadi.
Menurut Adi, dia diserang sakit belakang ketika pertengahan majlis promosi Isyarat Cinta dan terpaksa meninggalkan majlis lebih awal untuk ke hospital. Selepas diberikan suntikan tahan sakit, dia kemudiannya ditahan di wad kerana doktor mengesyaki berlaku slipped disc.
Tambah aktor yang berasal dari Singapura itu lagi, dia sendiri tidak pasti berapa hari akan ditahan di hospital kerana beberapa siri rawatan akan dilaluinya bermula hari ini, termasuklah menjalani imbasan Pengimejan Magnetik Resonans (MRI) MRI.
Justeru, Adi yang dibawa ke hospital oleh pembantu peribadinya, Jobot, memohon maaf kepada peminat apabila terpaksa meninggalkan majlis promosi dalam keadaan tergesa-gesa.
Jelas Adi kepada Berita Harian, sebelum ke majlis itu lagi dia sudah merasakan seperti tidak sedap hati, tetapi mengenangkan tanggungjawabnya untuk memastikan filem ini berjaya di pawagam, dia telah menguatkan semangat untuk menghadirinya.
Adi juga berharap peminat mendoakan agar penyakitnya itu tidak kritikal dan dengan izin Tuhan dia dapat kembali bekerja seperti biasa.

BINGUNG DUIT RM5 JUTA MUNCUL DALAM AKAUN




UNITED KINGDOM, (MLP) - Seorang lelaki bingung apabila membuka akaun bank miliknya secara atas talian dan mendapati baki akaunnya melebihi 1 juta pound (RM5 juta)!

Secara kebetulan, Kieran McKeefery sedang membuat persiapan untuk membeli sebuah kereta sehari sebelum wang itu muncul dalam akaunnya.

Kieran, 21, bagaimanapun membuktikan dia seorang yang jujur apabila menelefon pihak bank dan meminta mereka menyiasat dari mana datangnya wang tersebut.

Kieran kemudiannya diberitahu bahawa duit itu datang daripada sebuah syarikat pelaburan dan hanya syarikat berkenaan boleh menarik balik wang tersebut.

Syarikat tersebut hanya mengambil kembali wang berkenaan 10 hari kemudian, dengan Kieran memperolehi faedah simpanan sebanyak 210 pound.

23 March 2015

CABARAN DALAM MENGUBAH PERSEPSI GENERASI LAMA

Assalammualaikum

semoga semuanya  bahagia dan gembira dengan insan tersayang...

pernah tak? anda berhadapan dengan situasi... percanggahan pendapat dengan mak mak dan bapak bapak kita... atau atok dan nenek... dalam menjaga dan mendidik anak.

pendapat dan amalan yang kita yakini perlu diubah... dan tak salah kalau diubah... bukan menafikan istilah mereka yang lebih makan garam dulu... bukan nak bersifat kurang ajar atau apa sekalipun...

tetapi...

ada perkara yang sememangnya kita perlu ubah demi kebaikan anak-anak kita juga...

pertama
amalan seperti tangkal dan azimat... anak-anak kecil dipakaikan gelang atau rantai yang berwarna hitam atau kuning... dengan tujuan supaya tidak diganggu makhluk halus dan lain sebab untuk perlindungan anak tersebut... amalan tersebut pada aku wajib dihentikan... kerana kita perlu bergantung dan yakin dengan perlindungan Allah S.W.T sahaja...

kedua
anak-anak wajib minum susu... susu untuk tulang... tak minum susu tulang tak kuat... pada aku pertama sekali... perlulah di pilih jenis susu... utamakan susu ibu... kemudian susu kambing atau susu segar yang tak ada gula tambahan... bukan susu yang dah di tambah dengan 1001 satu kebaikan... tak makan yang lain pun tak pe... susu ni dah lengkap dan bagus!!! sedangkan badan manusia sangat perlukan khasiat yang seimbang seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam mineral dan lain-lain lagi...

jangan mudah percaya pada iklan yang mengatakan susu ini memberikan khasiat 100% untuk anak anda... haha itu semua tipu... jika kita tak bagi susu pada anak sekalipun... banyak lagi makanan alternatif yang tinggi kandungan kalsium dan bagus untuk tulang... bukan setakat dengan minum susu je... sebab itu kita disuruh membaca dan belajar... jadi pemikiran sebegini perlu diubah... bukan tak boleh nak minum susu dugro, dutch lady dan lain-lain tu... tapi janganlah berfikiran seolah-olah ohhhh berdosanya ko tak bagi anak ko minum susu... itu untuk masa depan dia!!! haha =P

ketiga
anak demam tak boleh mandi lap je dah cukup... ye memang mandi sewaktu seseorang tengah demam tu memang sejuk dan ngilu sampai ke tulang... tetapi hakikatnya dengan mandi lah juga salah satu cara untuk menurunkan panas badan dengan agak cepat...

selain banyakkan minum air putih... kerana sebagaimana kita belajar sains... haba panas akan mencari kawasan yang sejuk... dan tiada istilah panas yang terkurung... kerana haba akan keluar mencari kawasan yang lebih sejuk... dan prinsip itu juga diguna pakai semasa kita berwuduk... 

keempat
dah memang kehidupan kanak-kanak perlu makan gula-gula dan cekedis(jajan)... atau apa sekali pun junk food... ya memang kanak-kanak sangat suka... tapi siapa yang biasakan mereka makan? kalau bukan orang dewasa yang selalu beri?

nanti akan muncul alasan eh... dulu bagi anak-anak makan hidup je sampai sekarang... dah kawin pun... dah kawin... dah kawin lah... isunya sekarang adalah untuk mengelak bahan kimia dan pengawet yang berbahaya pada anak-anak kita.... selebihnya umur itukan aturan Allah =)

hakikatnya... itu semua tak ada khasiat langsung untuk tubuh... so kenapa mesti diteruskan tradisi tersebut? asal anak menagis dan merengek je... mesti kena hulur gula dan jajan...  apa kata tukarkan makanan sunnah buat anak? seperti madu, kurma, kismis, buah tin, aprikot... dan buah-buah segar. bukan tak bagi makan manis-manis untuk anak... tapi carilah manisan yang semulajadi... bukan gula buatan... yang penting jangan dibiasakan... nanti lama-lama anak-anak tak biasa makan jajan... kan bagus =)

kesimpulan
sebagai ibu bapa... kita pasti akan berhadapan dengan tentangan dan pelbagai tanggapan jika kita cuba mengubah tradisi ini... tetapi bersabarlah... kerana inilah yang terbaik buat anak-anak kita... belajar dan ketahui secara lebih terperinci... dan terangkan kepada mereka yang sering tidak seiring dengan anda...

dan kerjasama suami isteri sangat penting... agar anak-anak... hanya menikmati makanan yang berkhasiat dan berkualiti... dan semoga anak-anak kita mampu sihat dan cemerlang di dunia dan akhirat... bukan hanya sekadar dapat hidup je... hehe

p/s: sebenarnya banyak lagi perkara... tapi ini adalah di antaranya...


BELI BUKU ONLINE: MUDAH DAN CEPAT!!!

Assalammualaikum

semoga semuanya bahagia di samping keluarga tersayang...

sejak dah ada family ni masa untuk membaca buku agak terhad... sebab sibuk dengan family dan berniaga online... dan aktiviti sampingan lain...

tetapi sebelum ada baby dan sebelum kawin dulu aku rajin jugak beli buku secara online.... dekat Kedai Buku Online PTS


pada aku ia sangat mudah dan menjimatkan masa... dan setakat ni servis terbaik... adalah daripada Kedai Buku Online PTS

dengan harga yang berbaloi.... dan penghantaran yang pantas... 


so, sesiapa yang sangat sibuk dan tak sempat... pergi kedai buku... anda bolehlah beli buku secara online... terutamanya nak jadikan bahan bacaan untuk sendiri... atau hadiah buat suami dan anak-anak...

kerana urusan jual beli menjadi sangat mudah... dan menjimatkan masa... =)

ok babai

21 March 2015

GST: INSURANS KERETA NAIK 6 PERATUS



PETALING JAYA, (MLP) – Berikutan pihak penyedia insurans tertakluk di bawah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), insurans kereta akan naik sebanyak enam peratus bermula April 2015.

Bagaimanapun, Datuk Subromaniam Tholasy selaku Pengarah GST mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak mudah mempercayai khabar agin bahawa cukai jalan juga akan turut naik ekoran insurans kereta dikenakan GST.

Memetik laporan Mstar, individu yang akan memperbaharui cukai jalan di pejabat pos akan dikenakan GST sebanyak 12 sen.

Sementara itu Timbalan Pengarah Kastam, Tan Sim Kiat menggesa rakyat Malaysia supaya tidak terpengaruh dengan 'skim pemasaran' yang mensensasikan GST.

"Kira kos terlebih dahulu dan berhati-hati. Jika premium insurans anda adalah RM500, maka 6 peratus adalah RM30," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Subromaniam juga mengingatkan penduduk bahawa agensi keselamatan kejiranan akan dikenakan GST walaupun yuran penyelenggaraan kondominium dikecualikan daripada cukai itu.

Syarikat keselamatan yang menyediakan perkhidmatan kepada kawasan perumahan akan dikenakan GST maka bayaran perkhidmatan boleh meningkat sebanyak 6 peratus.

Kredit gambar: autobineegroup

20 March 2015

SAMPIN SONGKET HANYA RM45!!!

MERAH MIX DUSTY PINK SULAM SILVER

PUTIH GOLD LIMITED

UNGU BENANG SILVER

KELABU BENANG EMAS

PEACH MIX YELLOW

DUSTY PINK SULAM SILVER

KUNING KUNIYIT SILVER

BIRU MIX BENANG EMAS LIMITED

HIJAU LUMUT MUDA MIX PUTIH SULAM BENANG EMAS

HIJAU MIX BENANG EMAS

HIJAU KUNING SULAM EMAS

PEACH SULAM EMAS

RM45 EACH
POSTAGE RM6 SEM/ RM10 SS

UKURAN: 2 METER
BIDANG/LABUH: 31 INCI

MATERIAL COTTON SULAM BENANG POLYESHTER. TIDAK KERAS DAN MUDAH DIBENTUK

WHATSAPP 0129552047

VISIT OUR FACEBOOK PAGE:

SANGAT SESUAI DIJADIKAN HANTARAN, UNTUK NIKAH, BERTUNANG, HARI RAYA, MAULIDURASUL, DAN APA-APA ACARA YANG BERKAITAN

KENAL PASTI MASA IKLAN NUFFNANG KELUAR

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

mencari trafik dan meningkatkan unik visit antara cara untuk meningkatkan perolehan Buffered earning...

selain tu... mengetahui waktu iklan BE akan keluar juga antara faktor penyumbang kepada peningkatan  hasil BE anda...

publish entri ketika saat BE akan keluar... InshaAllah...

Ramai yang tak ambil kisah sangat. Tapi percayalah, anda boleh memaksimakan untuk memperolehi lebih ganjaran daripada Nuffnang. Pada ketika iklan Nuffnang keluar, CTR-bonus akan dikira dan tingkatkan traffik blog ketika itu. Jadi ketahuilah waktu mana iklan Nuffang akan keluar:
  • Waktu malam - ( 8 malam, 10 malam dan 12 malam)
  • Waktu pagi - ( 6 pagi, 8 pagi dan 10 pagi
  • Waktu petang - ( 12 tengahari dan 2 petang )

USTAZ KAZIM UMUM TARIK DIRI BERCERAMAH DI TELEVISYEN




BATU KURAU: Pendakwah terkenal Datuk Mohamad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mengumumkan menarik diri daripada menyertai sebarang program ceramah agama di televisyen.

Beliau bagaimanapun berkata bagi siaran yang telah dirakam dan yang telah ditandatangani kontraknya, ia tetap akan diteruskan.

"Saya juga menarik diri sebagai ahli panel Forum Perdana tetapi ceramah-ceramah biasa berjalan seperti biasa, cuma saya tidak lagi muncul dalam kaca televisyen melainkan dalam program 'Kalau Dah Jodoh' sebab saya masih ada kontrak dengan Astro.

"Saya rasa ini adalah penampilan terakhir saya dalam forum ini (Forum Perdana), saya ucapkan terima kasih kepada RTM, kepada para sahabat dan penyokong saya," katanya dalam Forum Perdana Hal Ehwal Islam secara langsung di TV1 di Padang Astaka Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Kamaruddin di sini malam tadi.

Ditemui pemberita kemudiannya, beliau berkata punca beliau menarik diri kerana beliau merasa kecewa berikutan terdapat pihak yang mengatakan beliau berdakwah untuk mencari duit sedangkan tujuannya adalah untuk membiayai Pusat Pendidikan Al-Barakah di Ipoh, Perak.

"Sebab kedua saya tidak pernah meletakkan bayaran terpulang kepada orang yang nak bagi dan duit bayaran ceramah itu dimasukkan ke sekolah tersebut.

"Saya merasa 'down' ada yang mengatakan saya (penceramah) penglipur lara sedangkan saya berceramah meninggalkan keluarga, isteri dan anak-anak untuk berdakwah, tiba-tiba dituduh sebagai penglipur lara.

"Saya mungkin terlalu keterlaluan berceramah dalam setiap saluran TV. Saya rasa saya kena beri peluang kepada penceramah lain untuk mengambil tempat saya. Jadi saya rasa saya akan berceramah di luar kaca televisyen, saya tidak menonjol seperti dulu," katanya.

Beliau berkata keputusannya itu lebih baik kerana Forum Perdana akan menjadi lebih ceria tanpa nyanyian dan "saya rasa itu yang terbaik bagi sesetengah pihak dan saya terima jika itu yang mereka mahukan."

Mengenai terdapat pihak yang mengatakan beliau berjenaka dalam menyampaikan ceramahnya, Mohd Kazim berkata itu adalah caranya untuk menarik hati pendengar.
 
"Kalau nak serius dengar hujah saya, pergi ke pondok pengajian saya dan saya tegas. Saya adalah pendakwah dan itu adalah cara saya untuk menarik hati golongan muda.

Apabila saya menyanyi, saya ketawa nanti ada orang marah saya. Orang mempertikaikan saya rasa sangat tak kena.

"Kalau yang pertikai orang tak pandai saya tak kisah, tapi yang mempertikai adalah orang alim dan saya menghormati orang alim. Jadi lebih baik saya mengundur diri.

"Saya kena hormat, lebih baik saya berceramah biasa di padang sekolah, masjid, surau tetapi tidak disiarkan dalam TV," katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang selama ini menyokongnya dan menyifatkan Zambry sebagai seorang yang sangat terbuka.


Sumber: AstroAwani

KU SANGKA NOH HUJAN!!!


pertama kali dengar lagu ni aku dengan konfiden cakap ni lagu Noh Hujan
haha
tapi bila tertengok Wanita Hari Ini...
baru tau Ippo Hafiz yang nyanyi
OMG sebijik macam Noh Hujan k...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...