GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label insurans kereta. Show all posts
Showing posts with label insurans kereta. Show all posts

21 March 2015

GST: INSURANS KERETA NAIK 6 PERATUS



PETALING JAYA, (MLP) – Berikutan pihak penyedia insurans tertakluk di bawah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), insurans kereta akan naik sebanyak enam peratus bermula April 2015.

Bagaimanapun, Datuk Subromaniam Tholasy selaku Pengarah GST mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak mudah mempercayai khabar agin bahawa cukai jalan juga akan turut naik ekoran insurans kereta dikenakan GST.

Memetik laporan Mstar, individu yang akan memperbaharui cukai jalan di pejabat pos akan dikenakan GST sebanyak 12 sen.

Sementara itu Timbalan Pengarah Kastam, Tan Sim Kiat menggesa rakyat Malaysia supaya tidak terpengaruh dengan 'skim pemasaran' yang mensensasikan GST.

"Kira kos terlebih dahulu dan berhati-hati. Jika premium insurans anda adalah RM500, maka 6 peratus adalah RM30," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Subromaniam juga mengingatkan penduduk bahawa agensi keselamatan kejiranan akan dikenakan GST walaupun yuran penyelenggaraan kondominium dikecualikan daripada cukai itu.

Syarikat keselamatan yang menyediakan perkhidmatan kepada kawasan perumahan akan dikenakan GST maka bayaran perkhidmatan boleh meningkat sebanyak 6 peratus.

Kredit gambar: autobineegroup
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...